13 October, 2012

CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI KEDAH: Bukan Sekadar Untuk Tidur....

5 OKTOBER 2012

Ni la slogan Resort Cinta Sayang  "Love & Affection is our way of life". Tak pasti la samaada slogan tu diamalkan atau sekadar slogan sebab semasa kami buat hari keluarga kat sini ada beberapa masalah yang men'tension'kan penganjur.Harap-harap diperbaiki pada masa akan datang sesuai la dengan imej resort 4-star.

Sedikit info : Lokasinya di Sungai Petani Kedah dan betul-betul bersebelahan dengan Taman Tema Carnival.Tempat ni sesuai untuk orang-orang bisnes, pelancong dan buat 'function' tertentu. Kawasannya memang luas dan adakalanya menyukarkan pergerakan. Nak pergi satu-satu tempat tu, kadang-kadang kena naik kereta. Kalau berjalan memang jauh. Macam-macam kemudahan, kita boleh sertai. Boleh mandi kat swimming pool, boleh naik kuda, boleh memanah, boleh main golf, karaoke, bilik gym. Percuma hanya swimming pool dan bilik gym...yang lain kena bayar.

Kesimpulannya, kalau nak menginap di sini, jangan la terlalu expect resort ni terlalu hebat. Saya cuma suka persekitarannya yang menarik, penuh kehijauan dan ada la beberapa tarikan yang menyeronokkan anak-anak saya. Dari segi bilik standard, biasa-biasa je, kadang-kadang ada gak yang rosak terutama aircond. Makanan pun terutama breakfast, alahai..simple sangat la..takde la hebat sangat.
 


Bilik Penginapan kami


Sampai je..tak sempat nak rehat...terus terjun..



Bila dah kecut tangan mandi kat swimming pool, kami naik kuda pulak...satu round je tapi bayar RM 10 seorang...








Ada masa lagi ni...
kami try main golf tapi kat Driving Range je...








Malam ni ada Barbeque...pastu ada pertandingan muka & personaliti sama antara anak dengan bapa/ibu. 
Apa lagi kami pun masuk la....


Nyanyian lagu Selamat Malam, Faizal Tahir ...duet antara saya dan anak saya Humaira..Tang ni yang buat kami menang ni...



Sebelum sukaneka kena sarapan dulu ni...


Sukaneka Hari Keluarga...






Anakkkk kuuuu...next year kita masuk pertandingan pulak ye...





Akhirnya....kami Champion.'Pertandingan anak & bapa serupa'...jangan riyak ye Humaira..

1 comment:

  1. Betul kata saudara. Jgn berimaginasi tinggi apabila ke CSR ni. Pengalaman sya pula, pernah ambil bilik suite tp sblm masuk bilik, pekerja resort kena sembur ridset dulu..haha. byk nyamuk!. Pastu bila order mkanan ke bilik, tiada pinggan/mangkuk di sediakan. dia beri plastik bungkus tu..lawak..lawak.. Peristiwa ni blaku 2 thn sudah. Skrg tak pasti camner.

    ReplyDelete