27 November, 2016

FESTIVAL KRAF ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016 : Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay

24 - 27 NOVEMBER 2016 : KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY
10.00 pagi - 10.00 malam

FESTIVAL KRAF ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (#KLICF) merupakan kali ke-2 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Di Festival ini, kita akan dapat tengok pelbagai rekabentuk kraf yang cantik-cantik, unik, sangat kreatif dan mengagumkan dari 400 usahawan kraf yang terdiri 27 buah negara seperti tuan rumah Malaysia,Argentina, Azerbaijan, Colombia, Republic Czech, Ecuador, Mesir, Ghana, Hungary, India, Indonesia, Iran, Kazakhstan, Kenya, Mauritius, Mexico, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Syria, Thailand, Turki, United Kingdom dan Uzbekistan

Selain daripada kita tengok hasil kraf, banyak lagi aktiviti yang disediakan seperti persembahan kebudayaan dari Malaysia, Nepal, Indonesia, Thailand, Cuba, persembahan artis tempatan, persembahan band, pertunjukan fesyen, demonstrasi hasil kraf, sesi interaksi dan permainan. Kalau datang waktu petang, banyak la aktiviti yang dipersembahkan. Waktu pagi ni, pengunjung tak ramai, so sekadar tengok pameran kraf je la.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 

 DEMONSTRASI KRAF

 
 

   ni paling kreatif dan mengujakan....monyet yang diperbuat daripada buah KELAPA

No comments:

Post a Comment