PESTA PULAU PINANG 2016 : Menyambut 50 Tahun Penganjuran...
Desember 2016
Pesta Pulau Pinang kembali meriah dan penuh warna warni dan paling istimewanyatahun 2016, genapnya penganjuran Pesta Pulau Pinang 50 tahun. Maksudnya kali pertama buat pada tahun 1966. Wowww..lama tu..Masih mengekalkan tiket dewasaRM 3, kanak-kanak RM 1 dan parking RM 5 yang bermula jam 6.00 petang - 12.00 tghmalam serta dilangsungkan sehingga 31 Disember. Dengan tiket yang murahmenyebabkan ramai pengunjung setiap hari. Masa kami pergi masa ni, dah lebih300,000 ribu pengunjung. Tema pesta kali ni lebih kepada perdagangan, pelancongan,kebudayaan dan fiesta. Lebih daripada 160 gerai jualan berkaitan pakaian, elektronik,kesihatan, pelancongan, hiasan, perabot, pokok hiasan, produk kraftangan danmacam-macam lagi.
Ada 80 program yang berkonsep kesukanan, riadah dankekeluargaan seperti konsert, malam kebudayaan negeri, pertandingan silat, pestatinju dan pertandingan Muay Thai. Pameran pun banyak daripada agensi kerajaan,swasta dan beberapa buah negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Gerai makan pun banyak dan tempat yang lebih selesa. Macam biasa, Fun Fair mesti ada la.Boleh tahan mahal. 1 token :RM 2. Sekali main sekitar 3 - 6 token. Kami naik EuroWheel, seorang 4 token, kalau naik 4 orang, abis RM 32.Kelainan yang ketara Pesta Pulau Pinang 2016, disediakan Taman Elektra yang mempunyai banyak hiasan lampu yang kreatif dan bergemerlapan terutama di kawasan terowong lampu. Pengunjungmemang suka sangat ambik gambar kat sini. Apa lagi Jom Pesta Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment