25 March, 2016

KELIP-KELIP KAMPUNG DEW & MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG


MAC 2016

MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

Sebelum tengok kelip-kelip di Kampung Dew, kami singgah dulu makan malam kat Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Tempat ni dah jadi bualan orang ramai dan banyak orang cerita dalam media sosial. So kami pun try... Lokasinya, selepas keluar dari tol Taiping / Kemunting, ada simpang kat depan, belok kanan dan terus sehingga nampak signboard Kuala Sepetang dan ikut je signboard. Kami guna Waze je..senang.... 

Macam-macam menu rupanya yang berasaskan udang. Kami order mee goreng udang dan mee udang special. Special tu sebab udangnya lebih besar dan harganya mahal sikit. Boleh la...sedap gak...

 
 

 KELIP-KELIP KAMPUNG DEW

Selain kelip-kelip di Kuala Selangor, kita juga boleh menyaksikan keindahan kelip-kelip di Kampung Dew, Perak. Lokasinya, selepas keluar tol Taiping/Kemunting, ada simpang 4, terus belok ke kiri. Lebih kurang 2 km sampai ke Kampung Dew di sebelah kanan jalan. Dibuka bermula jam 7.00 petang - 10.00 malam. Nama Dew diambil daripada nama orang British Arthur T Dew, pemilik estet Perak Tengah pada awal abad 20. Produk pelancongan Kampung Dew ni bukan hanya melihat kelip-kelip tetapi juga boleh mengambil khidmat bot penduduk kampung untuk memerhati buaya, burung dan ikan lumba-lumba di kawasan sungai Sepetang. Ada juga pakej lawatan ke perusahaan arang kayu bakau, melawat paya bakau, memancing udang galah dan perkhidmatan homestay.

Disebabkan masa kami pergi tu takde orang, hanya kami je, so terpaksa la kami ambil pakej keluarga untuk satu bot RM 80 dengan perjalanan antara 30 - 40 minit. Merentasi Sungai Sepetang, ada gak perasaan takut sebab terlalu sunyi, gelap dan kebetulan air pasang yang menghayutkan sampah, batang dan ranting kayu. Takut gak ada buaya. Sepanjang perjalanan memang saya kerap bersembang dengan anak-anak supaya diorang tak rasa takut sambil menikmati angin sejuk, menyaksikan tumbuhan paya bakau dan melihat keindahan langit malam. 

Di pertengahan jalan, tiba-tiba gerimis pulak tapi sekejap je. Jauh gak perjalanan baru dapat tengok kelip-kelip yang hinggap berkumpulan pada pokok berembang yang menjadi kesukaan kelip-kelip. Baru la anak-anak saya mula seronok bila kelip-kelip ni berterbangan dekat dengan kami dan ada pulak yang tersesat hinggap kat baju. Kalau ikut kajian, cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip itu bertujuan untuk komunikasi dan mendapatkan pasangan mengawan. Dah rasa agak puas, kami pun berpatah balik ke jeti dan rasa lega sebab selamat. Pengalaman yang menakjubkan yang tidak boleh dilupakan.

 

No comments:

Post a Comment