15 April, 2011

KUALA TERENGGANU PART II: Taman Monumen, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Ketapang & Keropok Lekor Losong

2010
TAMAN MONUMEN :TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU

RM250 juta semata-mata nak buat Taman Monumen pada tahun 2008. Bayar RM 25 seorang dan saksikan dengan mata sendiri 21 buah monumen Islam seperti Masjid Negara Malaysia, Kudus Minar Indonesia, Masjid Pattani Thailand, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei, Taj Mahal India, Masjid Badshahi Pakistan, Baitul Muqaddis Palestin, Masjid Samarra Iraq, Masjid Sheikh Lutfallah Iran, Makam Abu Nasr Parsa Afghanistan, Masjidil Haram Mekah, Kota Aleppo Citadel Syria, Masjid Mohamed Ali Egypt, Masjid Nabawi Madinah, Masjid Suleyman Turkey, Masjid Qairawan Tunisia, Istana Al-Hambra Sepanyol, Menara Kalyan Minaret Uzbekistan, Masjid Agadez Niger, Masjid Kul Sharif Rusia dan Masjid Xian China.

Tujuan utama kenapa sanggup menghabiskan duit beratus juta hanya untuk membina monumen (hanya sampel bangunan je) ialah untuk mengimbas kembali zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam masa kini dan masa lalu. Walaupun monumen tapi direkabentuk menyamai standard bangunan atau masjid sebenar dari segi rupa bentuknya, warna dan kehalusan teksturnya. Cuma satu je tak sama iaitu saiznya.

Bagi saya, ok je nak pegi sini. Walaupun sekadar monumen, sekurang-kurangnya kita tau, inilah pusat kegiatan umat Islam di negara tertentu. Kat sini pun ada aktiviti lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan kayak pun ada. Kalau malas berjalan, naik keretapi je tapi kena bayar sikit.Apa-apa pun, kepuasannya tak sama berbanding tengok sendiri kat negara tersebut. Dah takde duit nak pegi 'oversea', tengok kat sini pun kira ok la.....
  
  
 
  





MASJID KRISTAL
 Masjid berharga hampir RM 30 juta ni memang menarik kerana diperbuat marmar, kaca ,keluli dan sedikit kristal. Boleh muat 700 jemaah dalam satu masa. Tak mau la asyik direnung kecantikan fizikal je tapi masjid kosong, tak diimarahkan. Solah Jumaat pun tak boleh buat kat sini. Jangan jadi masjid Dhirar sudah.....

PANTAI KETAPANG
Best dapat main layang-layang kat Pantai Ketapang ni sebab angin kuat. Macam pesta layang-layang pulak. Tempat ni dah jadi tumpuan orang ramai. Kalau waktu petang, mak aiii, ramai orang. Syoknya kat sini  sambil tengok pantai, kita boleh pegi gerai jual ikan goreng tepung, sotong tepung, pari tepung, keropok lekor dan jemput-jemput.

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH KUALA IBAI, TERENGGANU.
Sebelum ada masjid kristal, masjid ni jadi tumpuan orang tempatan dan pelancong singgah untuk beribadah.Keunikannya ialah masjid ini dibina di atas tasik.So dianggap masjid terapung.

  

KEROPOK LEKOR, LOSONG.
Saya malas sangat nak pergi sini sebab ramai sangat orang terutama pelancong tempatan atau orang luar. Kadang-kadang tu dah berbaris sejam, tiba-tiba makcik penjual tu kata "im sorry, keropok dah abis". Frust...
Sekarang ni , keropok adik-beradik paling popular.Memang gerai ni cepat abis dan ramai orang beratur.

No comments:

Post a Comment