21 August, 2010

MEDAN INDONESIA.....HORASSS

Pemandangan Danau Toba
Mei 2009

"Kenapa orang kata pegi Medan 'best' ye". Kena siasat ni. Nak tau, bacala sampai abis .Terima kasih lah CT global (Travel Agent) yang membawa kami ke sana.Terkejut kami...turun-turun je dari kapal terbang, tiba-tiba datang bas panjang 'parking 'depan tangga kapal terbang.Saya tanya kawan " nak buat camne ni napi ".Kami pun buat dek je la.Tiba-tiba ada orang panggil "bapak naik bas ni, jauh nak berjalan tu..".Apa lagi, kami pun malu la.

Keesokan pagi kami pergi ke Danau Toba menaiki MPV jenama Kijang.Kat Malaysia dipanggil Naza Ria.Jalan memang sangat teruk dan sempit.Lubang dan lopak banyak.Lori, kereta dan motorsikal pun banyak.Jalan sehala.Pemandu pelancong tu kata ini adalah jalan utama.Kalau ikutkan jarak lebih kurang 100km je, macam satu setengah jam perjalanan dari Alorstar ke Penang.Tapi kami, dekat 5 jam baru sampai.Sepanjang perjalanan sempat la kami berhenti beli kuih yang terkenal iaitu kuih Ting-Ting & Tung-Tung.Kat tepi jalan terutama kawasan sawah banyak betul pondok-pondok atau rumah kecil yang agak pelik.Kami pun bertanya "ape bende tu".Pemandu pelancong tu jawab " itu adalah makam / kubur masyarakat batak.Mayatnya tak ditanam.Diletak dalam rumah itu".Banyak gak orang jual kelawar tepi jalan.Kami pun berenti meninjau.Memang besar kelawar tu.Penjual tu kata "kalau goreng sodapp" (translate Indon ke Bahasa Melayu la).Kami juga banyak terserempak kedai makan yang masak daging anjing dan khinzir.Kalau nak tau, kedai camni dia ada tulis depan kedai B1 atau B2 (tak silap saya..lupa la)

Dalam perjalanan juga, banyak kali kami terserempak orang perempuan bertudung hulur bakul atau jaring macam tangguk ikan (bahasa jawa) pada setiap kenderaan yang melalui jalan tersebut."Ape bende tu ye".Pemandu Pelancong tu kata "itu orang mintak derma untuk bina masjid pak".Ya Allah memang semakin jauh perjalanan semakin takde masjid..yang banyak gereja.Kemudian banyak kali gak kami terserempak majlis perkahwinan orang Batak.Memang colourful betul la.Banyak sangat hiasan bunga kat tepi jalan.Menu utama kenduri kawin diaorang khinzir.Kami ni kan, kalau  nampak benda yang lain daripada yang lain mesti suruh pemandu berenti.Contohnya kami tengok kebun pokok kayu manis, tengok sayur-sayuran yang ditanam tepi jalan terutama lobak, tengok pokok yang boleh buat minyak gas, makan durian tepi jalan dan sebagainya.Sampai Di Danau Toba...pemandangan tasik dan tanah tinggi memang cukup indah.Kami dapat tengok segumpulan awan biru yang menurunkan hujan...memang menakjubkan .Subhanallah....Kami menginap di hotel Antares.



Keesokannya kami menaiki feri untuk pergi ke Pulau Samosa.Melihat perkampungan dan budaya orang-orang Batak.Jgn lupa cakap Horass kat orang Batak ni ye.Sebab ucapan tu sebagai penghormatan kepada mereka.Kami di bawa ke rumah dan makam orang Batak yang unik.Ada pulak demonstrasi bagaimana orang Batak zaman dulu menjalankan hukuman pancung kepala.Kami tanya pada pemandu pelancong. " Bukan orang batak dulu makan orang ke". Jawapannya " iye..memang ada zaman dulu tapi hanya suku-suku kecil sahaja atau mungkin kes-kes terpencil sahaja".Kedai-kedai kraftangan kat sini memang sangat banyak...hati-hati ye sebab pujuk rayu peniaga perempuan Batak ni memang boleh melemahkan iman kita.Dia akan kejar kita bila kita dah tawar barang tu tapi tak beli.Pastu peniaga jalanan pulak, diaorang akan tunggu kat depan kita sampai kita keluar duit untuk beli..kami sampai terpaksa kena pura-pura tidur tau, baru la diorang tak datang.Lepas satu bala....

Dah selesai 'round' satu Danau Toba kami pun balik menuju ke Berastagi.Lebih kurang 2 jam gak perjalanan.Kat sini udaranya agak sejuk...sempatla tengok air terjun yang tinggiiiii dan tengok gunung berapi aktif daripada jauh je..keluar asap lagi tu.Suasana macam ala-ala Cameron Highland.Mak aiii ramainye orang Malaysia kat hotel kami niiiii (Green Hotel) dan semua hotel la.Menurut pemandu pelancong tu " memang, Medan ni antara destinasi popular orang Malaysia pak".Semasa perjalanan pulang kami sempat singgah minum teh kat kawasan tanah tinggi Berastagi.Tu aje kat Berastagi...abis crita.

Di Medan pulak kami pergi Istana Maimun dan banyak abis masa kat kedai pakaian dan cenderahati.Ramainya peminta sedekah kat sini terutama kanak-kanak.Bila kita sedekah duit kat sorang, lepas tu makin ramai la yang mengejar kami.Pantang kereta kami berenti mesti ada la yang ketuk tingkap kereta.Memang tak dinafikan, pakaian kat sini terutama batik dan kain telekung memang murah.Makanan kat sini memang banyak lauk dihidangkan.Paling saya suka makanan ala-ala pecal...lupa la ape namanye ha! dan air buah campur "fresh'.Memang 'colouring' betul dia buat, sampai 2 cawan sorang kami 'order'.Kebetulan masa nak cari kek lapis Medan, jalan sesak betul.Rupa-rupanya ada orang besar mati...keliling jalan penuh dengan bunga-bunga yang dihias mengikut perkataan tertentu.

Dah sampai masanya untuk kami pulang.Kat 'airport' (tak secanggih KLIA dan LCCT), masa kami check in sempat lagi polis imigresen tu mintak duit kat kami.Anyway kami sangat puas hati dengan pemandu pelancong kami.Ada la duit sikit.Kami pun bagi la sikit sebagai sedekah.Yang kami terharunya bila dia terima duit tu...dicium duit tu dan banyak kali dia cakap terima kasih dan alhamdulillah..alhamdulillah.Maksudnya diaorang memang susah nak cari rezeki.Bila dapat sikit..dia betul2 bersyukur.

So kesimpulannya kenapa orang Malaysia suka pergi Medan ye... jawapannya. mudah.'SHOPPING'. Bagi kami, itu bukan matlamatnya tetapi apa yang paling penting kami syukur kerana dapat melihat beberapa keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan yang tiada di Malaysia dan memahami budaya dan kehidupan masyarakat luar..Banyak pengajaran tersirat yang kami perolehi.. biarlah ianya tersemat dalam hati kami...HORASSSS (Selamat datang dalam bahasa Batak)


3 comments:

  1. sy dah sampai medan... seronok! horass!!

    ReplyDelete
  2. saya pun dah sampai ke Medan & Danau Toba...memang best...cuma ngak suka suasana Medan...macet banget tuh....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete