01 September, 2010

LADANG ANGGUR BERIS SIK KEDAH : Tidak perlu tengok anggur di Moldova, Thailand, Switzerland & California

JULAI 2010

Mesti ada yang terkejut....kat Malaysia ada ladang anggur rupanya.
Masa saya sekolah menengah tahun 80an...saya ada bertanya kepada cikgu Sains Pertanian.

Saya : "cikgu.... anggur ngan epal boleh tanam kat Malaysia tak..."
Cikgu Sains Pertanian saya :  "Mana bolehhhhhhh...dan mustahil....kat Malaysia ni kan monsun khatulistiwa, panas, lembap dan selalu hujan. Nak tanam anggur ni kena negara 4 musim.Ada musim sejuk, musim panas, musim luruh, musim bunga."
Saya : "ooooo ye ke..."

Tapi sekarang semua dah berubah.Kalau nak tau di Sik ni cuacanya panas dan selalu hujan, tapi boleh tanam anggur dengan subur.Camne diaorang buat ye..Ada la teknologi yang digunakan tu.Anggur kat Sik ni lebih manis dan lebih rangup.Saya dah cuba rasanya...memang lebih rangup.Tak sempat sampai rumah, saya dah abiskan 2 bungkus dulu dalam kereta.

Kalau nak tau..syarikat Bumiputra ni dah tanam sejak tahun 2007 dan hasil pertama pada tahun 2008.Maksudnya setahun gak baru dapat hasil ni.Sekarang ni keluasan ladang anggur ni lebih kurang 12 hektar dengan lebih 7000 pokok anggur berjaya ditanam.wowww...nak masuk ladang ni kena bayar ye...rasanya RM5 seorang.Pastu bila masuk ada had masa tau, lebih kurang 30 minit je.Pastu jangan menggatal nak petik anggur tu pulak...diharamkan.Suasana kat dalam memang sejuk dan redup je dan beratapkan daun-daun anggur yang menjalar rendang..eeee geram betul rasa nak petik je..Bayangkan la..beratus buah anggur yang rendang, buah yang lebat, kemerah-merahan dan kehijau-hijauan kat atas kepala kita.Secara peribadi, memang tempat ni mengujakan betul la.

Anggur kat sini ada empat jenis iaitu black opal, white malaga, lose plite dan black grape.Masa kami pergi aritu, anggur hijau je yang dah dituai tapi kat ladang tengah masak anggur merah.Kat sini ada Beris Cafe yang berdindingkan kaca dengan suasana tasik Beris.Macam-macam makanan dan minuman berasaskan anggur dijual seperti kek anggur, pancake anggur, kuih anggur, jus anggur, jelly anggur, kordial anggur.Sabun, cenderahati anggur dan losyen anggur pun ada jual.Senang crita semua anggur la.


So kesimpulannya...
Bila saya pulang..terlintas dalam hati dan fikiran saya.Sekarang baru saya faham dan percaya.Dalam hidup ni kita kena buang 'mind set' yang tak betul dalam akal kita.Kalau kita berusaha sangat gigih, memohon petunjuk Allah, pasti benda yang mustahil dilakukan akan tidak mustahil boleh dilakukan. Terima kasih ANGGUR kerana memberi saya ilham dan kesedaran....Ampun cikgu Sains Pertanian Tingkatan 3 Seri Pagi saya.Semoga cikgu dirahmati Allah setiap masa....

3 comments:

  1. cmne nk ke situ ye..kalu ikot tol gurun

    ReplyDelete
  2. susah nak jawab sebab tak pernah lalu situ..sori

    ReplyDelete
  3. ikut tol gurun belok ke kanan menuju ke JENIANG-SIK lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Pekan Sik..sampai ke pekan SIK dah xjauh dah dengan ladang anggur BERIS...bagi yang KAKIPANCING..ada byk lubuk kt Tasik Beris...saya ada kawan sewa bot...FB Zril_83@yahoo.com

    ReplyDelete