22 November, 2015

SKYTREX SHAH ALAM & SKYTREX LANGKAWI : Jungle Tracking di Udara

SKYTREX SHAH ALAM SELANGOR

Nov 2015 - SKYTREX adalah lokasi pelancongan khusus untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan fizikal. Biasanya kita jungle tracking di darat tetapi di sini kita akan jungle tracking di udara dari satu pokok ke pokok yang lain...tu yang best....menguji kesabaran...menguji kekuatan fizikal, emosi & mental....mengajar supaya tidak berputus asa dan mencabar untuk melawan ketakutan. Kat sini, peserta akan memanjat pokok, flying fox, meniti tali dan halangan dari satu pokok ke pokok yang lain menggunakan peralatan yang diyakini selamat.


Kami seramai 32 orang pelajar & guru Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah tiba jam 8.00 pagi di Taman Botani Shah Alam. Kami bayar dulu RM 3 seorang untuk yuran masuk kemudian menaiki bas Taman Botani ke tempat SKYTREX. Sampai je, kami kena serahkan borang SKYTREX yang wajib diisi setiap orang. Kalau nak jaga tangan boleh la beli glove di situ dengan harga RM 5+. Saya tak beli pun....Dah settle pendaftaran, sampai masanya, kami diberi taklimat bagaimana menggunakan alatan seperti Pully, Carabiner dan lain-lain.Kami ambik pakej Extreme Challenge (RM 55). Pakej lain ada gak Little Adventure (RM 35) dan Big Thrill (RM 45). Semua pembayaran adalah menggunakan online melalui website skytrex. Selepas selesai taklimat, apa lagi kami pun mulakan cabaran extreme yang mengambil masa antara 2 - 3 jam. 

Perjalanan dari pintu masuk Taman Botani ke Skytrex....
 Dah sampai .....
 
 
 Tempat ni untuk trek Little Adventure...kanak-kanak sesuai la...
 
 Sebelum memulakan cabaran, kena dengar taklimat dulu....
 
 Masa untuk adventure...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Walaupun kami tak fit terutama budak perempuan yang asyik terjerit-jerit, merungut penat dan sakit, akhirnya semua berjaya menyelesaikan semua cabaran dengan rasa puas dan gembira. 2 orang je yang gagal dipertengahan jalan, Apa-apa pun, Bestttttt.....walaupun letih...

Bergambar bersama FARA FAUZANA Hot FM.
Kebetulan dia buat program kat SKYTREX


SKYTREX ADVENTURE PARK LANGKAWI

Mei 2015 - Lokasinya selepas melepasi Telaga Harbour Park , Perdana Quay dan sebelum sampai Cable Car. Kalau terlajak sampai Cable Car maksudnya dah terlepas la tu.Tempatnya tepi jalan.Kami memang booking dulu untuk sertai aktiviti Skytrex jam 10.00 pagi. No. telefon Skytrex Langkawi 019-2805679. Difahamkan, baru 7 bulan tempat ni di buka. Syarat penting Skytrex, berat mesti kurang 100kg dan ketinggian lebih 1.5m. Kita boleh pilih mengikut kemampuan fizikal samaada Little Adventure, Eagle Thrill atau Island Extreme. Mula-mula tu kami pilih Eagle Thrill tapi setelah dinasihatkan oleh Instructor, kami pun tukar kepada Island Extreme. Sebabnya, Instructor tu kata ramai pelanggan yang merungut tidak puas bila join Eagle Thrill yang halangannya lebih kepada menguji fizikal manakala Island Extreme, cabarannya lebih banyak kepada Flying Fox.

1) Eagle Thrill : Ada 29 permainan, jarak trek melebihi 600 meter, 8 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 5 cabaran ascending, 5 cabaran descending.
2) Island Extreme : 33 permainan, jarak trek melebihi 700m, 15 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 3 cabaran ascending, 3 cabaran descending.

Taklimat & Halangan Panas Badan
Sebelum kita mulakan cabaran, Instructor akan beri taklimat tentang keselamatan, demonstrasi dan cara pemakaian alat keselamatan. Kemudian, kami pun diberi percubaan beberapa halangan mudah bagi tujuan membiasakan dengan alat keselamatan.
 



Cabaran Bermula....
Pada peringkat awal halangan, memang menguji fizikal dan berpeluh gak.Paling memenatkan dan mencabar fizikal bila panjat pokok kayu balak menggunakan tangga dengan ketinggian sekitar 20m. Tinggi dan sangat menakutkan bila pandang bawah. Masa ni la kena kuatkan semangat dan bagitau pada diri kita supaya jangan putus asa. Lepas tu, banyak halangan Flying Fox dari satu pokok ke pokok lain yang sangat tinggi.Mula-mula tu rasa macam gayat bila tengok bawah, lepas tu rasa seronok pulak. Lebih-lebih lagi, bila tengah Flying Fox tu kita boleh melihat pemandangan sekitar Gunung Mat Cincang yang cukup indah dan sangat mempesonakan. Bestnya terbanggggggg.....Saya tak nak komen banyak-banyak, tengok je gambar di bawah.














Kesimpulannya, setelah 3 jam, semua orang berjaya mengharungi semua cabaran dan takde sape yang cedera. Bagi kami tempat ni memang 5 bintang untuk aktiviti lasak. Sangat bagus untuk membentuk diri supaya tidak mudah berputus asa dan jadi orang yang kuat semangat.Sebenarnya sebelum ni kami pernah join aktiviti extreme di ESCAPE Pulau Pinang. Kalau nak tau ape perbezaannya, tengok kat sini

No comments:

Post a Comment