15 September, 2010

KOTA KINABALU + KUNDASANG + RANAU : Seronok dapat belajar budaya orang...

APRIL 2007

Ini memang lawatan bajet....kami menginap di MRSM Kota Kinabalu dan lawatan ni diuruskan oleh Koperasi MRSM KK.So sepanjang lawatan, kami naik bas MRSM.Tak semestinya orang MARA je boleh ambik pakej ni ye...orang selain MARA pun boleh.

Turun je airport, kami dibawa pemandu pelancong untuk 'kita makan dulu'. Kat sini, mana-mana pegi, saya mesti 'order' teh O Lemon punye la. Sebab kat Semenanjung, susah nak carik lemon. Lokasi pertama, pegi ke kaki Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan, sempat la singgah kedai cenderahati dan tempat orang jual sayur kat Kundasang. Sejuk & tenang tempatnya. Kat Kundasang ni kita boleh lihat dari jauh 'background' Gunung Kinabalu. Pemandu suruh kami makan sejenis makanan yang 'famous' kat sini. Kepak ayam yang dibuat ala-ala percik tapi bukan percik..pelik tu.Kami hanya sempat mendaki 'stage 2' Gunung Kinabalu je. Bukan niat mendaki pun sekadar menikmati pemandangan alam ciptaan Tuhan yang Maha Indah.Pastu, kami pergi ke Poring, kolam air panas semulajadi.Saya tak teruja ke tempat ni sebab kat Semenanjung 'berlambak' kolam air panas.


Kami sempat pusing-pusing kat Universiti Sabah pada waktu malam.Terletak kawasan tanah tinggi dan mempunyai 'view' yang menarik....boleh tahan lawa tempat ni.. Sapa-sapa yang nak belajar kat sini, dipersilakan....takde masalah.

Kami sempat pegi ke Pulau Manukan.Masa kat jeti, saya ada bersembang dengan sorang pekerja melayu yang jaga bot. Dia kata dia orang Selangor dan berkahwin dengan orang Sabah dan tak pernah balik Semenanjung.Pastu dia mengaku, sekarang ni dia PENGANUT KRISTIAN.Terkelu terus lidah saya.

Saya & beberapa pelajar saya, bersnokling sampai had paling maksima. Kat pinggir pantai, ikan kurang dan banyak batu karang yang rosak. Bila kami semakin jauh dari pantai...Ya Allah Ya Tuhanku...sekali kami bagi roti, berjuta ikan yang berwarna warni menyerbu ke seluruh badan kami. Memang terasa la ikan-ikan kecil tu mencubit-cubit..hii geli la. Jinaaakkkkk sangat ikan tu.Bila kita kacau je ikan-ikan tu, syok tengok ikan tu berenang berlari membuat bermacam-macam formasi dalam satu barisan, tak berpecah pun. Memang berjemaah betul la ikan ni.Setiap kali kami memandang ke dasar laut, kami merasai berada dalam dunia yang cukup indah, kehidupan hidupan laut penuh kerukunan dan penuh harmoni....syurga dunia yang mengasyikkan. Memang jelas kelihatan batu karang yang sebesar lori atau mungkin lebih besar lagi. Tapi ada gak kekecewaan dalam hati kami ni...ada gak kami terpandang batu karang yang telah mati dan rosak...sapa punye angkara tu ye...


Kalau nak tengok tengkorak-tengkorak bergantung atas para bumbung yang pernah di penggal oleh pahlawan bernama Monsopiad, meh la datang ke 'Monsopiad Culture Village'. Rasa tegak gak bulu roma nak masuk tempat ni. Siap berpantang dan kena baca beberapa mentera lagi tu...Saya tak baca pun...Tengkorak ni bukan sembarangan tengkorak.Meh saya 'story' sikit ye....Monsopiad ni pahlawan yang digeruni sekitar 200 tahun dulu. Kehebatan Monsopiad ialah berjaya memenggal 42 kepala pahlawan yang menentang beliau. Sekarang ni, semua tengkorak ada dipamerkan dalam Rumah Tengkorak Monsopiad. Nak tau camne Monsopiad mati...satu ketika beberapa pahlawan menyerbu Monsopiad di rumahnya ketika dia sedang berehat. Difahamkan Monsopiad kehilangan 'kuasa istimewa' disebabkan serangan menggunakan burung Bugang. Akhirnya tanpa kuasa istimewa tu, Monsopiad mati ditangan pahlawan-pahlawan tersebut.
Nampak tak tengkorak kat atas tu

Pastu kami dihiburkan dengan tarian Kadazan Dusun. Mula-mula tu syok je tengok orang pompuan menari. Pastu datang penari lelaki berperwatakan ganas dengan bawak parang dan sumpit, barulah terkedu kami...sapa yang tak bernasib baik, penari ni akan memilih secara rawak untuk dijadikan model kena pancung dan menyumpit belon..Kesian, merah padam kawan tu kena jadi model penari ni...Kat situ gak ada ditunjukkan macam-macam budaya dan adat yang diamalkan.Contohnya kita boleh main sumpit, main lastik, menumbuk jerami menggunakan kaedah zaman dulu, alat silap mata, menenun, permainan berjalan atas 2 batang kayu dan yang paling saya tak suka, makan ulat gonggok....'part ni' saya terpaksa lari...Ada satu patung tau, pekerja tu kata kalau tengok boleh mengandung atau dapat jodoh...So sebagai orang Islam, jangan percaya tau...bahaya, boleh syirik.

Muzium Sabah....biasa je...ada ke muzium yang menyeronokkan selain daripada Muzium Negara. Kami pusing-pusing 30 minit je, pastu abis.Kat sebelah muzium tu, kita boleh melawat Kampung Warisan, model rumah pelbagai kaum di Sabah. Kita boleh masuk rumah tu dan rasailah sendiri pengalaman berlantaikan, berdindingkan dan berbumbungkan buluh dan rumbia.

Pasar Filipino...ini tempat menghabiskan duit.Memang gelap mata tengok pelbagai mutiara-mutiara dan cenderahati yang dijual.Memang banyak sangat gerai kat dalam ni. Penjual tu kata mutiara ni asli...Tak tau la betul ke tidak.Kalau dia tipu pun kita bukan tau. Kat sebelah Pasar Filipina ni ada pasar menjual pelbagai makanan laut, sayur-sayuran dan barang keperluan. Ada berbelas gerai makanan yang menjual pelbagai makanan laut yang dibakar. Sotong bakar, pari bakar, ikan kembung bakar, cencaru bakar, udang bakar dan macam-macam bakar lagi la...semua jenis besar-besar punye...





Kami sempat gak dibawa ke 'shopping complex' yang terbesar di KK ni.Saya sebenarnya bosan pegi tempat ni.Kalau ikutkan 'Shopping Complex' kat Semenanjung 2 kali ganda lebih hebat..

Seronok atau tak seronok, itu persoalan ke 101. Apa-apa pun, yang paling penting kami dapat merasai pengalaman melihat budaya, adat dan kehidupan negeri orang...Betul tak...

2 comments:

  1. waaaa....kenangan terindah... ble lg nak merasa cmni lg yer..

    ReplyDelete
  2. kenangan yang terindahh..oo..dah macam lagu la plak.samsons

    ReplyDelete