01 October, 2010

KERETA KABEL LANGKAWI: syoknya bila dapat terbang....

JULAI 2007
Saya memang cepat teruja bila melihat pemandangan yang indah.Sebab lama-kelamaan hati kita akan semakin mengenali Pencipta yang mencipta segala keindahan dunia.Biarkan mata kita sendiri melihat segala bukti keindahan, kebesaran dan kekuasaan Allah agar nanti hati kita semakin-semakin-semakin meyakini bahawa Allah itu memang benar-benar wujud.

Perjalanan menaiki kereta kabel sehingga ke puncak Gunung Machincang memang mengasyikkan.Kalau boleh tak nak kelipkan mata agar tidak terlepas melihat pemandangan kehijauan alam, keindahan kebiruan beserta kehijauan Lautan Andaman sambil ditemani gugusan pulau dan teluk,cenuram puncak batu menggerunkan yang semakin memutih, kabus-kabus awan bergerak laju sambil diiringi angin sejuk menerpa ke muka dan kejap-kejap menyelinap disebalik celah-celah gunung, pepohon hijau merendang yang menutupi permukaan bumi, langit membiru pekat yang mengindahkan lagi panorama pemandangan, sesekali burung-burung kecil dan helang berterbangan bebas menghiasi alam.Subhanallah...itu sahaja yang mampu diluahkan...inilah peta semulajadi secara 'live' keseluruhan Pulau Langkawi.  

Kalau nak tau, kereta kabel bersaiz lebih 900 m ini, diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai 'The Longest Free Span Single Rope Cable Car' di dunia.Pastu kereta kebal ini bergerak sehingga melalui kecerunan 42 darjah dan diiktiraf sebagai laluan cerun yang tercuram di dunia.

Kita akan 'stop' di bahagian tengah stesen dulu ye...Kat sini disediakan ruangan khas untuk melihat pemandangan yang begitu menakjubkan.Bila kita berdiri di atas plantar ni, seolah-olah kita berada di awang-awangan.Memang mendinginkan, lebih-lebih lagi bila datang segerobolan kabus putih bersama-sama rintik-rintik hujan menerpa wajah dan tubuh kita.Tak boleh lama-lama kat sini sebab kabus semakin banyak, takut tak nampak pemandangan yang lagi cantik kat puncak stesen.

Kat puncak stesen ni ada denai laluan untuk memudahkan pergi ke jambatan gantung yang menghubungkan stesen dengan banjaran gunung Manchincang...Ya Allah Ya Tuhanku...Rupa-rupanya, pemandangan kat sini lagi cantik berkali-kali ganda.Macam cerita pengembaraan 'Lord of the ring' & 'Indiana Jones'. Bila berada di di atas jambatan puncak gunung, keadaannya sejuk berangin dan semakin kerap berkabus.Kadang-kadang sedikit menakutkan, kedengaran desiran angin yang semakin kuat apabila berlaga dengan besi dan aluminium.Bila tengok kat bawah jambatan kelihatan gaung dan jurang yang dalam dan begitu menggerunkan dan menggayatkan.Menakjubkan apabila melihat awan-awan nipis bergerak tenang.Rasa macam nak terbang je....Rintik-rintik hujan semakin kuat..rasa berat hati nak meninggalkan tempat ni....

No comments:

Post a Comment