23 June, 2016

TASIK KENYIR TERENGGANU : Menikmati Keindahan Alam di Tasik Buatan Terbesar Asia Tenggara

MEI 2016
Tasik Kenyir adalah antara destinasi popular di Hulu Terengganu yang sering dilawati sejak 1985 lagi. Perjalanannya dari Kuala Terengganu sejauh hampir 60km.Lebih-lebih lagi, bila Tasik Kenyir Water Park telah dibuka, makin ramai orang dan semakin meriah. Masa kami datang, jambatan utama yang menghubungkan darat dengan pulau Tasik Kenyir Water Park masih dalam pembinaan, jadi diorang masih menggunakan bot untuk pergi tempat tu. Luas betul Tasik Kenyir ni, 260,000 hektar, kalau nak explore semua tempat kat sini ambik masa 5 hari gak. Selain daripada menjadi tadahan air, banyak aktiviti dan tempat pelancongan yang boleh diterokai di kawasan Tasik Kenyir seperti air terjun, gua, memancing, bermalam di rumah bot, taman orkid, taman herba, taman rama-rama, penternakan ikan kelah, berkhemah, pusing-pusing tasik naik bot, jungle tracking, tengok gajah, mandi di water park dan sebagainya. Kami bercuti 1 hari je di Tasik Kenyir, so kita tengok apa yang sempat kami lawati....

1) PERKAMPUNGAN KONSERVASI GAJAH KENYIR
Lokasinya berhampiran Tasik Kenyir, kami pun sesat gak, so kena tanya orang atau tengok signboard. Beza betul la tempat ni berbanding dulu, sejak syarikat swasta yang ambil alih, tempat ni dah jadi sangat menarik dan semakin mengujakan. Harga tiket dewasa, 13 tahun ke atas RM 40,  7-12 tahun RM 20, 1-6 tahun RM 5. Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi - 5.30 petang. Bila kita dah bayar tiket kat kaunter, akan ada pekerja yang akan temankan dan bagi penerangan kat kita sepanjang lawatan. Aktiviti yang kita boleh buat seperti menaiki jambatan gantung, menaiki gajah (dikenakan bayaran), pertunjukan gajah, memberi gajah makan, bergambar dengan gajah dan menonton gajah mandi. Namun demikian, dinasihatkan, kalau nak datang perkampungan gajah ni kena tengok timetable di bawah sebagai panduan :

9.00 - 10.30 pagi  : Menaiki Gajah / Memberi Makan Gajah
10.30 pagi            : Pertunjukan Gajah
11.00 pagi            : Gajah Mandi
11.30 - 2.00 ptg   : Menaiki Gajah / Memberi Makan Gajah
2.00 petang          : Gajah Mandi
2.30 - 3.30 ptg     : Menaiki Gajah / Memberi makan Gajah
3.30 petang          : Pertunjukan Gajah
4.00 petang          : Gajah Mandi
4.30 - 5.30 ptg     : Menaiki Gajah / Memberi Makan Gajah
















2) TAMAN ORKID

Kami sewa bot di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Harga sewa bot bergantung kepada berapa banyak tempat yang nak pergi. Biasanya sewa sekitar RM 120 - RM 200 satu bot dan boleh duduk sehingga 12 orang. Makin banyak tempat nak pergi, makin mahal caj bot.

Memang cantik pemandangan sekitar Tasik Kenyir ni. Banyak hutan-hutan semulajadi di setiap pulau, airnya pun biru kehijau-hijauan, dikatakan ada 340 pulau yang merupakan puncak bukit yang tidak ditenggelami air. Signboard pun ada kat pulau yang menunjukkan jarak km dari satu lokasi ke lokasi lain.

Orkid paling mahal. Harga beribu
Nak masuk Taman Orkid kena bayar RM 10 dewasa. Banyak gak spesis pokok orkid yang cantik-cantik, yang kecil, yang besar, yang berbau harum, yang bau busuk, yang murah, yang mahal, orkid liar, okid hibrid, spesis moden, spesis hutan, spesis hampir pupus,semua ada. Dikatakan ada lebih kurang 3000 spesis dan yang paling mengujakan saya, ada satu orkid warna hitam yang harganya mencecah ribuan ringgit. Kat sini, kita pun boleh beli bunga dan pokok orkid. Student Universiti pun biasa datang ke sini bagi tujuan penyelidikan. Pulau Orkid ni gabungan dari 3 pulau kecil yang dihubungkan dengan jambatan batu dan jambatan gantung. Pemandangannya memang marvelous..



















3) TAMAN RAMA-RAMA
Selesai tengok orkid, kami dibawa pula ke pulau yang menempatkan rama-rama, pelbagai jenis serangga dan haiwan eksotik dalam satu bangunan yang besar. Masuk percuma. Tapi sayang, rama-ramanya sangat sikit, boleh dibilang dengan jari. Boatman kami kata, dulu banyak rama-rama, sekarang banyak mati disebabkan faktor cuaca. Namun demikian, kita boleh tengok pameran lain seperti haiwan serangga dan haiwan eksotik.














4) TAMAN HERBA

Taman Herba terletak di Pulau Sah Kecil dan terdapat sekitar 26,000 pokok herba. Lebih kurang 1,200 spesis herba yang direkodkan mempunyai nilai perubatan. Pokok Tongkat Ali kat sini memang tinggi-tinggi. Kacip Fatimah, Mas Cotek, Jerangau dan macam-macam pokok herba ditanam dengan subur. Kat sini, ada dapur kayu yang bertujuan untuk memasak herba yang segar dan kita boleh rasa air Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain-lain herba yang pahit secara percuma










No comments:

Post a Comment