03 August, 2011

PERTUNJUKAN BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA) ; Saksikan keasyikan 400,000 ribu pokok bunga.....

JULAI 2011
 
 
 
Memang dah lama teringin nak tengok pertunjukan bunga dan taman kat Putrajaya ni sebabnya program ini mempunyai 'prestige' tersendiri dan pada tahun lepas sahaja, dikunjungi lebih 600,000 orang. Akhirnya, 15 Julai 2011, saya bersama pelajar saya berjaya melawat festival bunga yang terulung di Malaysia.
Semuanya, berkaitan industri hortikultur, produk komersial lanskap, pertunjukan taman pereka dan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara.Kesemuanya dipersembahkan dalam suasana taman. Tema tahun ni “Ros Untuk Selamanya”, cukup teruja melihat 100 spesis koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.


Di FLORIA ada lebih 400,000 tumbuhan berbunga melibatkan 80 lot pameran daripada persatuan penanam orkid, bonsai, heliconia, ros, agensi korporat, NGO, swasta, PBT, kerajaan, sekolah, Universiti dan 10 penyertaan luar negara.Lebih dari 200 aktiviti harian, hiburan, edutaiment, bengkel, demo dan perkebunan telah dilangsungkan sepanjang FLORIA. Jangan bimbang, kalau tak dapat pergi tahun ni, tahun depan ada lagi.Ni tempat-tempat menarik yang kami kunjungi :


Pameran Terbesar Ros & Limpahan Bunga- Koleksi bunga ros yang terbesar di zon-zon seperti Permaidani Bunga Gergasi, Taman Pameran, Lot Jualan, Zon Floral Alley, Floral Avenue, Gerbang Bunga, Meadow, Kawasan Permainan Kanak-kanak dan Taman Pengiat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Taman Pameran
Mempamerkan rekabentuk terkini para arkitek landskap dari dalam dan luar negara. Antara taman-taman yang dipamerkan adalah penyertaan dari pihak penganjur, syarikat korporat, badan bukan kerajaan, universiti-universiti dan sekolah-sekolah. Terdapat juga taman-taman bertema seperti Laman Rumahku, Taman Pameran Penanam & Penggiat dan Laman Halaman.
 
 
 
 
Taman Terapi-Taman terapi yang menyediakan perkhidmatan seperti urutan kaki, tangan dan bahu, refleksologi dan spa kepada pengunjung pada harga yang berpatutan.

Taman Sekolah & Universiti
Pelajar-pelajar sekolah dan IPT berganding bahu untuk menyiapkan taman rekaan masing-masing dengan menunjukkan kemahiran rekabentuk dan pembinaan landskap.

 
 
 
Pavilion Bunga
Pelbagai bentuk pameran gubahan bunga-bunga hiasan yang dipersembahkan secara kreatif oleh para pereka. Antaranya; Special Rose Garden, International Garden (10 lot), Spa Garden (Penyertaan kepada pengusaha spa), Vase with Rose competition, Red Carpet Dress competition (Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar jurusan Fesyen), Rose Tower dan Singgahsana Ros.
 
 
 
 
 
 
 
 Pameran dan Demonstrasi Taman
Pelbagai pameran oleh badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan seperti Pertubuhan Ros, Pertubuhan Orkid dan Pertubuhan Bonsai. Demonstrasi dan tips-tips mengenai cara-cara penjagaan pokok turut akan diberikan di sudut yang dikhaskan.

 
 Laman Seni
Laman Seni merupakan sudut seni khas untuk para pencinta seni lukisan dan kraf. Para pelukis akan mempamerkan lukisan hasil inspirasi tumbuh-tumbuhan, landskap dan alam semulajadi.

 
 Penyertaan Antarabangsa

Para pereka antarabangsa akan menghasilkan rekabentuk taman dan bunga-bungaan yang kreatif.10 negara terlibat seperti USA, UK, Japan, Korea, Indonesia, Taiwan, Macau, Hongkong, Canada, New Zealand.
 
 
 

No comments:

Post a Comment