23 January, 2012

PULAU PANGKOR & TELUK BATIK, PERAK : Masih ada lagi eksotiknya.....

DISEMBER 2011

Masih teringat lagi semasa berumur 12 tahun pada tahun 80an, saya menyertai ekspedisi berbasikal dari Jeram, Kuala Selangor ke Pulau Pangkor sejauh lebih 100 km. Ketika itu, saya hanya menggunakan basikal jenama Rolex yang ada bakul dihadapan seperti gambar di sebelah.Ketika itu, dengar je Pulau Pangkor memang sangat teruja nak pergi kerana pantainya yang hebat.

Pada 29-31 Disemberr 2011, Saya menganjurkan satu kursus bersama-sama dengan hampir 40 orang pelajar saya di Teluk Batik Resort, Teluk Batik,Lumut, Perak. Kadarnya berpatutan cuma peralatan bilik agak lama dan kurang menarik.Menariknya di sini kerana ada swimming pool yang 'best' dan berdekatan dengan pantai teluk batik, Muzium Siput dan Snorkling Park di darat yang pertama di Malaysia.
Gambar di bawah : 'Swimming pool' di Teluk Batik Resort...




Gambar di bawah : Suasana petang di Pantai Teluk Batik, Lumut. Meriah gak tempat ni...macam Port Dickson cuma pantainya tidak luas.Macam-macam kemudahan ada seperti kedai cenderahati, kedai pakaian, kedai makan, parking yang luas, lanskap yang menarik, ada Muzium Siput dan tempat jogging.







Sekarang dah ada dua jeti untuk ke Pulau Pangkor. Satu, Jeti di Lumut dan satu lagi di Jeti Marina Lumut.Kami membuat keputusan untuk menggunakan jeti Marina kerana banyak 'parking' berbayar yang dekat dengan jeti , lanskap & pemandangan yang menarik, tempatnya bersih & tidak berserabut, ada resort betul-betul mengadap laut, orang tidak ramai dan apa yang paling penting perjalanan feri yang singkat, rasanya antara 15 minit sahaja. Tak sempat mengantuk, dah sampai Pulau pangkor..cepat betul..Walaupun masa perjalanan pantas, tiket tetap RM 10. Malah sebelum beli tiket, saya dipaksa untuk jadi ahli Marina dengan bayaran RM10 seumur hidup. Dapat la satu kad. Cuma masalahnya di jeti Marina, perjalanan jetinya melibatkan sejam sekali. Kedai-kedai menjual makanan laut pun sangat kurang..


 
Kalau guna Jeti Lumut, Kelebihannya, di sana banyak kedai makanan laut. Kalau tak sempat beli di Pulau Pangkor, di jeti Lumut pun boleh beli.Tiket RM 10 gak dan perjalanan ambil masa 30 minit. Perjalanan feri setiap 30 minit. Pemandangan kat sini pun menarik gak. Cuma kat sini persekitarannya agak sesak dan sukar mencari tempat parking. Kalau tak bernasib baik dapat parking jauh dari Jeti.
Pemandangan di Jeti Lumut

Sampai di Pulau Pangkor, kami mencari teksi yang menawarkan pakej lawatan. Dapat la satu teksi RM 80 dengan muatan 10 orang. Diaorang akan bawa kami ke Kota Belanda Teluk Gadung, Taman Fu Lin Kong, Kilang Satay Fish, Pantai Teluk Nipah dan membawa kami pulang ke Jeti.



1) TINGGALAN SEJARAH, KOTA BELANDA, TELUK GADUNG




Terbina sejak tahun 1670 oleh Belanda melalui Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai gedung menyimpan bijih timah yang diperbuat daripada kayu kemudian diganti dengan batu-bata..Mereka berjaya memonopoli perdagangan bijih timah dan ini tidak disukai oleh orang-orang Melayu. Pada tahun 1690, orang Melayu di bawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut.  Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan.  Bagaimana pun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula.Gedung itu ditinggalkan sekali lagi kerana Belanda membina gedung baru di Sungai Perak.1973, Muzium Negara telah memulihkan kembali gedung ini dengan ukuran asal iaitu 3 x 5 meter persegi dana tembok batunya setinggi 6 - 7 meter.  Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui.Di sini juga terdapat Batu Bersurat Belanda dan tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar Belanda sewaktu mereka mendiami Kota Belanda sekitar tahun 1743.  Ianya dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.  Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas.  Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas dipercayai harimau sedang menangkap budak. Terdapat juga pahatan nama-nama pemahat seperti IK, R.O dan V.O.C(Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda.)


2) TAMAN FU LIN KONG
 Ini tempat Tokong Cina.Apa yang menarik di sini ialah adanya replika Tembok Besar China dan ikan sebesar manusia.Mungkin ada pemandangan menarik di sini.....




3) KILANG SATAY IKAN HAI SENG HIN.

Kat sini memang betul-betul kilang memproses makanan laut menjadi kerepek, keropok atau satay.Bukan saja memproses tetapi menjual sekali makanan ringan berasaskan laut. Memang pesta memborong betul la.Tak pasti la harganya lebih murah atau lebih mahal berbanding beli di kedai-kedai.




4) PANTAI TELUK NIPAH

Ini lah pantai paling popular di Pulau Pangkor. Apa yang menarik di sini pantainya bersih, boleh main jet ski, berkayak, banana bot, boleh naik bot (RM 10 je seorang) untuk pusing Pulau Pangkor, boleh pergi Pulau Mentangor dan Pulau Giam bagi tujuan mandi & snorkling (5 minit perjalanan menaiki bot dari pantai). Memancing pun boleh.Chalet pun banyak kat sini. Macam-macam kedai dan gerai ada di sini. Memang suasananya sesak dan meriah dengan pelancong. First time dapat tengok 2 ekor gamat sebesar kaki di pantai Pulau Mentangor.





Gambar di bawah... Pusing-pusing Pulau Pangkor dengan bot...Sempat la kami ditinggalkan sejam kat Pulau Mentangor. Sampai rasa sangat bosan....





 Gambar di bawah : Batu yang dikatakan menyerupai bentuk kepala buaya....

4 comments:

  1. seronoknya! dah lama tak pergi Pulau Pangkor.. =D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih informasi yg berguna. May bless u always. :)

    ReplyDelete
  3. Great sharing..tp price still sma ker?? Ehehe.

    ReplyDelete
  4. tak pasti harga tahun 2013 ni....

    ReplyDelete