23 November, 2013

MENARA KUALA LUMPUR : Ikon Kota Raya Kuala Lumpur....

NOVEMBER 2013
Dah lama tak masuk Kuala Lumpur dengan kereta. Nasib baik ada GPS Garmin ni, perjalanan pun jadi mudah. Ada masa terluang ni, kami pun jalan-jalan ke Menara Kuala Lumpur. Waktu operasinya bermula 9.00 pagi dan berakhir 10.00 malam.Kebetulan kami datang masa tengah hujan, jadi nampak malap je pemandangan di kawasan KL ni......

Memang ramai pelancong kat sini mungkin disebabkan KL Tower ni ikon terkenal kota raya Kuala Lumpur dan pelancong boleh tengok keseluruhan bangunan pencakar langit, lanskap & pemandangan menakjubkan kemodenan Kuala Lumpur.

Ketinggian Menara Kuala Lumpur adalah 421 meter dan diiktiraf sebagai Menara Telekomunikasi ke-7 tertinggi di dunia yang bertujuan meningkatkan kualiti pancaran telekomunikasi dan penyiaran. Menara KL sudah wujud sejak 1996 dan dibina di kawasan Hutan Simpan tertua di Bukit Nanas dan masih ada pokok Jelutong yang berusia lebih 110 tahun di kawasan ini.
 
Sekarang ni, dah banyak tarikan di Menara KL. Kita bukan saja boleh melihat panorama Kuala Lumpur di PELANTAR PEMANDANGAN di ketinggian 276 meter, malah kita boleh merasai pengalaman di F1 SIMULATOR, XD THEATER dan KL TOWER PONY RIDE. Atau boleh melawat BLUE CORAL AQUARIUM, 1MALAYSIA CULTURAL VILLAGE, KL TOWER ANIMAL ZONE dan TAMAN EKO BUKIT NANAS. Atau makan di RESTORAN BERPUTAR sambil berputar 360 darjah melihat pemandangan Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment