30 May, 2017

PINE TREE HILL & TWIN PEAK, BUKIT FRASER : Perah tenaga gak....

12 MEI 2017



Nama Gunung :PINE TREE & TWIN PEAK
Tertinggi di Bukit Fraser dan 94 tertinggi di Malaysia

Lokasi                        : Bukit Fraser
Anggaran Ketinggian   : Pine Tree Hill : 1456 meter / 4,777 kaki
                                     Twin Peak : 1505 meter / 4938 kaki
Jarak                          : 5.5 km dari starting point

Masa Pendakian team kami
💢 Masa mendaki sehingga puncak Pine Tree Hill : 3 jam
💢 Masa mendaki dari puncak Pine Tree Hill ke puncak Twin Peak : 40 minit
💢 Masa turun dari puncak Twin Peak ke Starting Point: 3 jam 30 minit
💢 Jumlah keseluruhan masa : 7 jam 10 minit

Ciri-ciri Gunung   : Dingin, lembap, tanah gambut, berbatu, berlumpur, laluan banyak menempuh akar kayu.

Permit : Kalau ikutkan kena mohon permit kat Jabatan Perhutanan Pahang (Raub) bayaran melalui pos atau datang sendiri ke Jabatan Perhutanan Raub. Keterangan lanjut boleh buka website diaorang.

Guide  : Kami tak guna guide sebab trail jelas. Cuma kena bergerak dalam berkumpulan, takut sesat gak. Sebelum kami daki, dah ada kes group universiti Malaya sesat tapi trail lain, bukan trail Pine Tree

Trail :
Bermula dengan menurun kemudian mendaki kemudian menurun balik dan seterusnya mendaki sehingga ke puncak Pine Tree Hill. Kalau nak meneruskan ke Twin Peak perlu turun sikit antara 30 minit - 1 jam

Cabaran Pendakian : Penat dan memerah tenaga, kami bagi rating 7/10

Disebabkan kami datang dari kedah, kami bermalam di penginapan teratai yang terletak di Kuala Kubu Bharu, 5 minit je dari stesen keretapi komuter. RM 100 satu malam untuk katil 4 orang. Sebenarnya banyak kekurangan penginapan ni, takpe la redah je la...sekadar nak tidur je. Pukul 4.30 pagi, kami bertolak dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Dulu nak naik Bukit Fraser kena ikut masa tertentu. Sekarang dah boleh naik bila-bila masa dan jalan nak naik Bukit Fraser adalah sehala. Nak turun pun guna jalan lain dan sehala.

Masa ni tengah hujan, so dekat  1 jam 30 minit gak baru sampai. Terus kami solah subuh di Masjid kat atas Bukit Fraser ni. Wow...sejuk betul..menggigil dibuatnya. Pastu kami bersarapan di warung yang betul-betul kat sebelah masjid ni. Pukul 7 dah buka. Dah abis sarapan, kami tanya dulu kat pakcik warung tadi, arah jalan ke Pine Tree Trail dan perjalanan dari masjid ke Pine Tree Trail lebih kurang 10 minit je.


Kami bermula jam 8.00 pagi di pintu Gerbang Pine Tree. Dah semakin lusuh pintu gerbang ni. Mula-mula tu sesat sikit tapi kami tanya penduduk kat situ, so settle. Rupa-rupanya dekat dengan rumah banglo TM. Bermula waktu pagi, wow.. boleh tahan sejuk sekitar 16-20 darjah celcius. Malam tadi hujan lebat, so cuaca agak mendung, berawan tebal, berangin yang sejuk, cuaca lembap dan suasana hutan pun agak malap seperti cerita seram, trail pun basah, berlopak dan berselut, hujan masih renyai-renyai,berkabus dan berembun.

Trail bermula dengan laluan tangga berbatu, lepas tu melalui denai-denai yang banyak akar kayu, berlopak dan berselut. kadangkala laluan ni terasa sunyi sangat dan kadang-kadang bunyi bising dengan desiran serangga dan desiran angin yang kuat. Ada laluan landai dan berbukit sehingga curam 90 darjah. Ada laluan-laluan tertentu yang boleh tahan mencabar dan sangat memenatkan. Sebelum sampai puncak Pine Tree, ada satu laluan yang menegak dan curam dan memerlukan tali untuk naik.

Setelah hampir 3 jam, kami sampai di puncak Pine Tree Hill. Sejuk dan berangin...besttt...dan rasa tenang sangat dapat lihat keindahan pemandangan yang cukup menakjubkan. Maha telitinya Allah dan terasa dalam hati ini kebesaran dan kehebatan Allah. Rehat jap dan ambik gambar, pastu kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Twin Peak, lebih kurang 30-45 minit perjalanan. Di puncak Twin Peak, pemandangan gunung ganang, pokok-pokok renek dan hutan-hutan tebal yang menghijau serta awan cantik membiru. Sebenarnya pemandangan di Twin Peak lebih menakjubkan berbanding view di puncak Pine Tree Hill dan boleh saksikan pemandangan 360 darjah. So, kat sini kami lama sikit rehat sambil makan apa-apa yang patut. 

Setelah puas menikmati keindahan alam, kami pun beransur turun,Frankly speeking, masa nak turun ni kami rasa lebih memenatkan, lebih perit, dah kekurangan tenaga, kaki pun dah mula sakit-sakit. Sebab trail ni bukan jenis yang menurun. Kejap-kejap kena naik bukit pastu turun, pastu naik bukit balik, pastu turun bukit lagi. Tak tau la berapa kali naik dan turun. Tu yang rasa letih sangat. Alhamdulillah, lebih kurang 2 jam 45 minit, kami semua selamat sampai ke starting point dan terbaring kepenatan dan kekejangan kaki. Boleh tahan kotor kasut. Apa-apa pun, Alhamdulillah, misi berjaya dan Allah beri keselamatan dan perlindungan sepanjang pendakian.

LALUAN PENDAKIAN





REHAT jap di Gua yang diliputi akar dan pokok-pokok:


LALUAN BERTALI SEBELUM SAMPAI PUNCAK PINE TREE :





PUNCAK PINE TREE HILL & PEMANDANGAN SEKITAR







SAMBUNG PERJALANAN KE TWIN PEAK




 TWIN PEAK & PEMANDANGAN SEKITAR






Selamat Mendaki dan Menikmati Keindahan Ciptaan Tuhan

2 comments:

  1. Informative. TQ

    I naik on 24th April lepas.

    ReplyDelete
  2. MOUNT GUIDE SERVICE (Licensed Nature Guide)
    MEMBERS OF MALAYSIA MOUNTAIN GUIDE ASSOCIATE
    (MMGA) 3216#
    TEBING TINGGI BACKPACKER (FB)

    PROVIDES :
    -Forestry permit arrangements
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit
    -4x4 transport (if needed)
    -Camping gear(tent, fly and ground sheets)
    -Ration preparation
    -Porter service(optional)

    ANDY
    0179997790
    CALL /WHATAPS /SMS

    ReplyDelete