
Saya bermalam di D'savoy Condotel, Family Studio dengan 2 katil dan ruangannya seperti apartment, luas dan boleh letak lebih 4 orang. Kena bawak toto la jawabnya dan tiada sarapan. Lebih RM 300 gak abis semalam. Selepas check in, tanpa membuang masa kami pergi lokasi yang PERTAMA iaitu :
WATER THEME PARK
Nak tau berapa harganya, cuba check web ni :http://afamosa.com/price-packages/
COWBOY TOWN
Dibuka bermula jam 6.00 petang - 12.00 malam. Kami ambil pakej penuh iaitu pertunjukan koboi, tayangan 4D, set makan malam seorang dan permainan Fun fair. Mahal gak, dekat RM 80 seorang.
Di pintu masuk lagi dah ada persembahan live band country dan bermula la pengembaraan dan imaginasi kegemilangan zaman koboi WILD WILD WEST dengan pekerjanya yang berpakaian koboi dan Red Indian, rumah dan bangunan kayunya seperti zaman koboi, makanan steaknya berkonsepkan koboi, iklan-iklan yang ditampal membangkitkan lagi persekitaran koboi, lagu-lagu countrynya yang merangsang keseronokan koboi, Fun Fairnya juga sengaja dibuat secara 'old fashioned', kuda koboi, kuda pony, gajah, keldai, monyet dan kambing biri-biri berkeliaran menggamitkan lagi era koboi.
i) RED INDIAN SHOW : Kami cepat-cepat ke tapak Karnival untuk menyaksikan persembahan Red Indian pada pukul 8.30 malam. Cukup gamat dengan lagu-lagu Red Indian sambil diselang seli DJ yang cukup pandai memberi suspen kepada pengunjung. Alaaa Red Indian orang Melayu je bukan betul-betul, so tak nampak thrill sangat.Mereka memulakan dengan mempersembahkan adat Red Indian, Tarian Red Indian dan akhir sekali persembahan api. Memang diaorang betul-betul sembur api ke udara.Akhir sekali, sesi bergambar bersama Red Indian ni dengan berbayar. Rehat 30 minit....bersedia untuk pertunjukkan seterusnya.
ii) CARNIVAL : Selepas pertunjukkan RED INDIAN, di tempat yang sama, bermula la perarakan street party. Suasananya cukup bising dengan lagu-lagu yang menaikkan mood keceriaan.DJnya juga cukup pandai menarik perhatian pengunjung. Bermula dengan persembahan tarian Malaysia dan tarian koboi.Kemudian persembahan kenderaan berhias, badut-badut yang mencuit hati, pejuang-pejuang Red Indian yang menyembur api tak henti-henti, koboi-koboi yang berjalan dengan keegoaan sambil mengacukan pistol. Selepas itu persembahan perarakan masuk gajah, kuda, keldai, lembu, kambing biri-biri, monyet. Seronok tengok perarakan ratusan burung-burung berterbangan di hadapan mata pengunjung dan tidak ketinggalan tikus-tikus yang comel pun turut berarak melalui tali yang merentang antara satu pentas dengan pentas yang lain. Rasanya pertunjukkan paling mengujakan dan klimat bagi segala persembahan ialah PERTUNJUKKAN BUNGA API pada jam 10.00 malam yang saya rasa letupan, percikan dan tarian bunga api yang mempunyai kelas dan koreografi tersendiri.
iii) 4D THEATRE - Selepas pertunjukkan, kami pun bergegas menyaksikan filem 4D berkaitan ikan di lautan dan cerita seram. 15 minit je dalam panggung dan skrin yang kecil. Sebenarnya kurang puas tengok sebab kami pernah tengok berkali-kali ganda lebih hebat di Lego Land Johor dan Universal Studio Singapore.
iv) FUN FAIR & CHILDREN THEME PARK - Disebabkan kami dah ambik pakej ni, terpaksa la kena layan gak Fun Fair & Theme Park yangggg rasanya kalau tak join pun takpe.Semasa di kaunter pembayaran pintu masuk utama, sapa yang ambik pakej ini, akan diberi siap kupon-kupon untuk bermain apa saja permainan yang disediakan. Kalau nak naik keretapi, gajah atau kuda pony, kena bayar asing di dalam Cowboy Town. Di sini cuma ada kereta kuda dan kapal terbang yang berpusing-pusing, keretapi untuk kanak-kanak, kereta langgar, permainan baling tin, masukkan bola pingpong, tembak botol, baling belon guna dart..ala senang cerita macam fun fair kat kampung-kampung tu. Rasanya ada 2 tarikan yang agak menarik iaitu Rodeo [tunggang lembu buatan] dan Trampoline Jumping macam sarkis.
A'FAMOSA ANIMAL WORLD SAFARI
Dengan keluasan 150 ekar yang menempatkan lebih 100 spesis haiwan, banyak pengalaman menarik boleh disaksikan. Konsep Animal World Safari berbeza dengan Zoo di mana Haiwan di sini bergerak dengan bebas dan pengunjung boleh menyentuh dan berinteraksi dengan lebih dekat kecuali binatang yang ganas-ganas la.Kami membeli pakej tiket yang ada makan tengahari. Makanan ni di sediakan berdekatan dengan jeti Monkey Islands.Boleh tahan sedap...
i) PERTUNJUKKAN GAJAH
Pukul 10.15 pagi, masa untuk tengok persembahan gajah.Bukan senang nak tengok gajah pintar dari Thailand yang suka berguling-guling kat tanah, bermain bola, berjalan dua kaki, melukis gambar pokok, menarik kayu balak, pecahkan buah kelapa, gajah berjoget, pura-pura mati, berjalan melepasi orang yang sedang baring,menyembur air kat penonton dan gajah merayu minta derma dengan membeli tebu.
ii) WALK-THRU AREA
Dah selesai tengok persembahan gajah selama 30 minit, kami pun berjalan-jalan sambil melalui sekumpulan flamingo pink berkaki panjang, emu dan ostrich, angsa yang berenang-renang, sekumpulan pelbagai spesis arnab yang comel, kambing biri-biri dan kuda pony yang jinak, burung merak yang megah mengerbangkan ekornya, raccoon yang berbau, Orang Utan yang pemalu dan banyak lagi gelagat haiwan yang jinak.
iii) MULTI ANIMAL SHOW
Pukul 11.20 pagi, kami pun menyaksikan persembahan haiwan-haiwan yang pintar dan jinak. Seronok tengok monyet duduk di atas badan kerbau yang sedang berjalan, kucing-kucing bergimnastik, memerang yang bergayut atas tali, Otter yang hebat bermatematik, tikus putih comel yang meniti di atas tali dan banyak lagi aksi haiwan yang menarik.
iv) COLOUR OF THE BIRDS SHOW
12.00 tengahari, kami terus menyaksikan persembahan burung yang cukup terlatih, jinak dan berwarna warni.Persembahan bermula apabila ratusan burung-burung yang berwarna-warni dilepaskan dan berterbangan melewati pentas. Seronok tengok burung kakak tua bercakap 'how are you', 'apa khabar', 'terima kasih' dalam bahasa inggeris, cina, tamil dan arab.Kemudiaan, penonton disajikan dengan ahli gimnastik terkenal dari burung merpati. Paling mengagumkan ialah burung hornbill hinggap di lengan penonton dan burung helang putih yang menangkap makanan. Cukup mengujakan, apabila puluhan spesis burung dan flamingo dilepaskan di atas pentas, sangat colouring, jinak dan cukup comel.
v) MENUNGGANG KUDA, GAJAH DAN UNTA
Nak buat camne, anak-anak dah bising, kena naik juga la. Takpe la pengalaman dan pembelajaran untuk anak-anak saya.First time, naik unta....
vi) MONKEY ISLAND
Di tengah-tengah tasik dalam World Safari ni ada sebuah pulau kecil yang menempatkan spesis monyet luar negara yang jinak seperti Brown Lemurs dari Madagascar, Squirrel Monkey dan Capuchins dan Tiny Red-Handed Tamarinds dari Amerika Selatan. Ada juga spesis monyet White-Handed Gibbon, Slump Tail Macaques, Long Tail Macaques dan Pig Tail Macaques. Selain itu, ada juga ayam-ayam katik, tupai-tupai dan kambing jinak yang menjadi penghuni pulau.Nak pegi tempat ni kena la naik bot khas selama 10 minit perjalanan.
vii) WILD-WILD WEST SHOW
2.15 petang, masa untuk tengok pertunjukkan Cowboy. Awal-awal lagi dah ada scene tembak-menembak dan letupan yang menyebabkan penonton semakin teruja untuk melihat sehingga tamat.Lagu dan sound effectnya cukup tepat dengan konsep persembahan koboi.Pertunjukkan ni cukup menghiburkan kerana kepelbagaian watak koboi yang ditunjukkan terutama elemen lawak yang membuatkan penonton ketawa. Aksi stunt koboi yang jatuh dari tempat tinggi pun boleh tahan menarik.Kesimpulannya, persembahan koboi ni memang cukup 'real', memang macam koboi betul la.
viii) SAFARI ADVENTURE
Lepas tengok persembahan koboi, kami pun cepat-cepat naik truck untuk melihat haiwan liar yang hidup bebas seperti dalam habitatnya.Teruja bila tengok harimau, singa dan beruang berjalan memandang kami sambil menghampiri truck kami. Seronok tengok zirafah, kuda belang, sekumpulan rusa, unta, badak, seladang dan lembu hidup bermasyarakat bersama-sama dalam satu kawasan tanpa ada gaduh-gaduh dan dengki-mendengki. 30 minit gak kami meronda sehingga anak saya tertidur kepenatan.
mak aiiii....bestnya...
ReplyDeleteteringin la plk nk g sana.....dah lama xsmpai melaka...
Hi,
DeleteSesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100 7380, layari FB dan IG NIRZAB2001.
Hi,
DeleteSesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100 7380, layari FB dan IG NIRZAB2001.
Thanks utk info yg menarik.
ReplyDeleteinfo yg full package...terime kasih..
ReplyDeletethanks for the very detail info & a lots of photo...rasa teruja nak plan cuti2 malaysia..
ReplyDeleteHai, please feel free to vist us at our beautiful villa at A' Famosa Reosrt.
ReplyDeletewww.villafamosaresort.com
teringinnyer udah lama.. tapi belum kesampaian... sob.. sob... tq 4 best info
ReplyDeleteterima kasih atas infonya sangat membantu.saya sekeluarga ambil yg haq sahaja dulu,kini dan selamanya
ReplyDeleteAlamak water park nya kotor ek hihi x jadi la nak gi
ReplyDelete