APRIL 2011
Jangan bimbang kalau terlepas tahun ni, tahun depan ada lagi. Tahun ini Pesta Buku diadakan pada 23 April hingga 1 Mei 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema Buku: Dunia Tanpa Sempadan. Ada 729 gerai pameran yang melibatkan 166 buah syarikat penerbitan tempatan dan antarabangsa. Boleh tahan besar pesta ni kan...tapi tak boleh lawan Pesta Buku Frankfurt, Jerman ( Pameran buku terbesar dunia).
Sangat bagus pergi tempat camni. Kat sini ibarat seperti "Syurga Buku". Terlalu banyak pilihan buku dengan potongan harga sehingga 70%. Banyak buku yang berkualiti samaada tempatan atau antarabangsa. Kalau bernasib baik, kita boleh berjumpa sendiri penulis buku. Contohnya tahun ni, Dr Mahathir Mohamad sendiri meluangkan masa menandatangani buku terbarunya A Doctor in the House. Semasa saya jalan-jalan kat pameran ni, sempat la jumpa penulis novel popular Ain Maisarah dan budak genius matematik Adi Putra.
No comments:
Post a Comment