14 June, 2016

JOHOR PREMIUM OUTLET: Kedai Berjenama Terkenal dengan Harga Diskaun

Jun 2016

Johor Premium Outlets (JPO) yang terletak di daerah Kulai merupakan pusat membeli belah yang mempunyai keunikan tersendiri kerana menghimpunkan 130 kedai/outlet yang bejenama terkenal dalam satu bangunan 2 tingkat yang merangkumi fesyen, pakaian sukan, pakaian kanak-kanak, kasut, barangan kulit, aksesori, perhiasan, barangan rumah, cenderamata dan makanan / minuman. Kedai berjenama terus dari kilang ini mempunyai sentuhan pereka terkemuka dengan diskaun harga sekitar 25% - 65% setiap hari seperti Armani, Ralph Lauren, Padini, Adidas, Canali, Guess, Michael Kors, Nike, Timberlands, Gucci, Poney, Anakku, Polo Ralph dan sebagainya.


Semasa dibuka akhir 2011, JPO merupakan Pusat Membeli Belah yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kedai premium berjenama mewah. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi - 10 malam. Jika ada sales atau event tertentu mungkin masa perniagaan dilanjutkan sehingga larut malam dan  diskaun sehingga 70%.

 
 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment