Gambar di bawah : Pemandangan dari kapal terbang...nampak macam banjir walhal tasik atau paya tu...
Gambar di bawah : Sungai Mekong yang terkenal dan suasana Airport Phnom Penh
Boleh tahan selesa bas rombongan kami... |
Kami check in di Puncak Hotel, Phom Penh. Difahamkan, pemiliknya adalah orang Malaysia...siap ada tanda halal lagi tu...bilik selesa dan agak murah 30 dollar je semalam berbanding hotel lain.Sarapan yang hotel sediakan pun sangat-sangat simple...Di sini motorsikal lebih banyak daripada kereta...jalan memang sibuk dengan jalan yang rosak sana sini, penuh dengan motorsikal, kereta, lori, teksi tut tut, traffic light yang sangat kurang dan diaorang tak boleh nak pandu laju, paling laju pun 40 km sejam...Kadang-kadang seram gak bila kenderaan-kenderaan ni main masuk selit-selit je... sepanjang 4 hari 3 malam kami di sini, tak pernah tengok kemalangan lagi...
Gambar di bawah :
Gambar di bawah...ini lah teksi utama Kemboja dipanggil Tut Tut...Pusing satu Phnom Penh boleh la 6-9 Dollar.Pemandu-pemandu Tut Tut ni kebanyakan takde rumah..Kalau waktu malam, diaorang tidur je kat Tut-Tut. Kadang-kadang rasa takut gak bila selisih dengan treller, lori, bas, kereta..maklum la kenderaan kecil...Jangan terkejut ye bila kita selidik-selidik pemandu tut-tut, ada dikalangan mereka berkelulusan ijazah Universiti...Kat sini kerja kurang, nak kerja dengan kerajaan pun payah, gaji pekerja kerajaan berijazah pun sekitar 300 Dollar. Syok gak bila pusing Phnom Penh ni, kita boleh lihat kehidupan sebenar Kemboja...Maybank, CIMB dan KFC Malaysia pun ada..Kat sini ramai orang putih datang, pastu banyak gak pusat-pusat hiburan (faham-faham sendiri la)...Yang agak menyayat hati bila tengok seorang anak kecil sedang dipangku oleh ibunya yang sedang tidur di tepi jalan...
Satu lagi, pemandu teksi kat sini nampak hormat dan setia kepada pelancong berbanding negara-negara tertentu...Nampak macam pemandu dan peniaga kat sini kurang ambik kesempatan untuk charge harga tinggi-tinggi atau menipu...setakat pemerhatian kami la...
Orang Kemboja ni memang sangat bergelut untuk hidup.Kat sini takde pinjaman bank.Kalau nak beli kereta kena 'cash'. Bayangkan rumah di Phnom Penh saja berharga sekitar US Dollar 100,000 - 200,000 ( Duit Malaysia RM 300,000 ke atas) dan kena cash pulak kalau nak beli... giler.... Cuba tengok gambar kat bawah minyak seliter 5000 Riel bersamaan RM 3.83...mahal kan...kita hanya RM 1.90 je seliter...
Jangan ingat kat Kemboja takde makanan halal...Kami makan tengahari dan malam di Cafe Malaya.Sempat la bersembang dengan pemilik kedai.Rupa-rupanya orang Sungai Petani Kedah je...semua lauk dimasak oleh isterinya orang Kemboja.Makanannya tak la sesedap di Malaysia tapi harganya sepinggan 5 dollar (RM 15)...mahalnya...ambik banyak ke..ambik sikit ke tetap 5 US Dollar.
Gambar di bawah : Lawatan seterusnya kami pergi ke Bangunan Kedutaan Malaysia di Kemboja...uiiii boleh tahan besar dan canggih tempat ni...Kami diberi taklimat oleh wakil kedutaan (ex UUM rupanya) berkenaan sejarah Kemboja dan isu-isu berkaitan kedutaan. Cerita yang paling saya ingati ialah bila wakil duta ni menceritakan tentang samseng Malaysia datang Kemboja untuk tujuan yang tidak baik, pastu bila nak balik Malaysia menangis.Maksudnya gengster Kemboja ni lagi ganas la kot.Moral nya...jangan buat benda-benda pelik la kat sini...
GENOCIDE MUSEUM TUOL SLENG ATAU DULU DIPANGGIL OFFICE S-21
Muzium ini dulunya adalah blok sekolah dan dijadikan pusat penjara dan siksaan tentera Khmer Rouge.Semua yang ada di sini memang 'real'.Segala kekejaman siksaan dibiarkan untuk tatapan umum.Bila masuk penjara ni 'very speechless'...ramai orang tak sanggup nak meneruskan perjalanan setiap bangunan penjara ni...Saya gagahkan gak emosi saya supaya dapat melihat semua peninggalan kezaliman Rejim Pol Pot yang paling-paling-paling dasyat dalam sejarah dunia. Pada tahun 1975-1979, Penjara S21 diketuai oleh Kaing Guek Eav. Kali terakhir dengar berita manusia zalim ni pada 2012..baca la Utusan kat bawah ni...
UTUSAN arkib 4 Februari 2012 : Ketua Khmer Rouge dipenjara
Sebelum saya cerita pasal Penjara ni...saya nak cerita sikit pasal sejarah Kemboja...
Seperti yang dimaklumkan oleh Tour Guide kami, tentera Khmer Rouge mempunyai fahaman komunis yang sangat ekstrem akan membunuh semua orang yang bekerja dengan kerajaan terdahulu, orang-orang Budha dibunuh, orang-orang Islam dibunuh, orang-orang Kristian dibunuh, orang-orang atheis dibunuh, orang-orang agama seperti ulama, ustaz dibunuh, sami-sami pun dibunuh, orang-orang yang bekerja profesional seperti doktor, peguam, akauntan, guru, jurutera, pensyarah pun dibunuh dan orang-orang politik dan penentang juga disiksa dan dibunuh dengan kejam. Hatta kalau nampak orang bercermin mata pun mungkin dituduh, disiksa atau dibunuh.Tiada maklumat kematian yang tepat tapi anggaran sehingga 1.5juta mati atau 1/5 daripada penduduk Kemboja terbunuh disebabkan dibunuh, disiksa, kelaparan dan penyakit.
Bila dengar cerita camni, saya terfikir WHYYYY!!!!!.Jawapan daripada Tour Guide ialah Khmer Rouge nak penduduk Kemboja ni mempunyai cara berfikir yang rendah, dikhuatiri kalau golongan profesional dan orang politik ni tidak dibunuh akan menyebabkan berlaku penentangan disamping nak pastikan kesamarataan dari segi kekayaan dan ekonomi.
Bila dengar cerita camni, saya terfikir WHYYYY!!!!!.Jawapan daripada Tour Guide ialah Khmer Rouge nak penduduk Kemboja ni mempunyai cara berfikir yang rendah, dikhuatiri kalau golongan profesional dan orang politik ni tidak dibunuh akan menyebabkan berlaku penentangan disamping nak pastikan kesamarataan dari segi kekayaan dan ekonomi.
Menurut Tour Guide, orang Khmer Rouge akan bunuh semua keluarga yang berkaitan.Contohnya jika ayahnya seorang doktor akan dibunuh maka ahli keluarga lain seperti isteri, anak-anak, adik beradik, mak ayah dan saudara mara juga akan dibunuh sama. Pemberi maklumat tentera Khmer Rouge kadang-kadang dikalangan ahli keluarga sendiri contohnya anak sendiri yang jadi mata-mata gelap kepada ibu-bapa dan adik beradik sendiri. Memang perit keadaan masa tu....Semua orang diwajibkan bertani tanpa ada sebarang upah, bila masak kena makan ramai-ramai tak boleh makan sendiri-sendiri kat rumah.Perkahwinan mereka zaman tu sangat mudah.Dikumpulkan dalam satu tempat, pastu tentera Khmer Rouge akan pilih sendiri lelaki untuk dipasangkan dengan perempuan,pastu kahwin.....Pada zaman itu, semua penduduk Kemboja diwajibkan memakai baju hitam dan rambut perempuan akan dipotong.
Gambar di atas : itu adalah tempat siksaan dimana mangsa akan digantung kaki di atas dan kepala di bawah, kemudian dipukul sehingga pengsan kemudian direndam dalam tempayan. Asalnya tempat tersebut dulu adalah tempat bersenam budak-budak sekolah.
Gambar dibawah : Penjara ni ada empat blog dimana menempatkan mangsa-mangsa yang berlainan identiti.Orang politik dan penentang akan ditempatkan di blog A manakala selebihnya blok B,C dan D. Penjaranya sangat kecil tapi dimuatkan ramai orang dengan kaki digari.Mereka akan disiksa mengikut identiti.Kalau orang politik dan penentang siksaannya sangat dasyat seperti potong jari dan kuku, tebuk kepala dengan gerudi, disebat sehingga mati dan 'tak mampu saya nak ceritakan'....tengok la sendiri gambar kat bawah. Apa yang pasti lebih 20,000 orang disiksa dan mati di penjara ini...
Gambar di bawah : Khmer Rouge ni sebelum menyiksa dan membunuh, mereka akan ambil gambar dan filem dulu...Semua gambar-gambar di bawah adalah orang-orang yang disiksa dan dibunuh.
Gambar di bawah...tengkorak betul yang dijumpai di sekitar penjara S21
THMEY MARKET / CENTRAL MARKET
MASJID DI PINGGIR PHNOM PENH (lupa lak namanya)
MENAIKI BOT DI SUNGAI MEKONG....
Kalau naik bot kat Putrajaya ni mesti mahal ...tapi kat sini bayar 20 Dollar je untuk satu bot besar dan kita boleh pusing Sungai Mekong selama 1 jam, melihat pemandangan di sekitar Phnom Penh...Bila ramai-ramai naik ni syok sikit pastu bayar pun sikit je...Apa yang paling penting, kami berjaya gak merasai aura Sungai Mekong yang digunakan sejak zaman logam sejak 2100 sebelum masihi lagi, merasai kehebatan sungai ke-10 terpanjang didunia, merasai kemisteriannya sungai yang ke-10 terbesar isipadu air, dengan panjangnya 4880km seluas 812,000km persegi yang menghubungkan China, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam....
KILLING FIELD
Aduuuhaiii...tempat kat sini lagi 'very very touch my heart la' berbanding Penjara S21.Di sini adalah kawasan yang dikhaskan oleh rejim Khmer Rouge bagi tujuan pembunuhan dan perkuburan besar sepanjang tahun 1975-1979. Berdasarkan analisis terdapat sekitar 20,000 lubang kubur besar (mass grave) dan menurut kajian Universiti Yale terdapat 1,386,734 juta mangsa. Menurut kajian lain mengatakan ada lebih 1.7 - 2.5 juta dibunuh daripada 8 juta penduduk Kemboja ketika itu. Pastu ada kajian lain kata 2.5-3 juta mati kerana dibunuh. siksa, kelaparan, kerja teruk, buli....senang cerita berjuta la rakyat Kemboja mati...
Kat sini kita akan melalui sekitar 20 seksyen bermula seksyen di mana mangsa diturunkan daripada trak sambil diikat sehingga la seksyen yang lebih menyayat hati iaitu kubur besar mangsa dan kawasan siksaan dan pembunuhan.
Gambar dibawah : Dalam kubur ni je ada lebih 450 mangsa...dan banyak lagi kawasan lubang perkuburan yang mempunyai beratus-ratus mangsa...cukup menyayat hati apabila melihat kawasan kubur yang dikatakan mempunyai mangsa tanpa kepala dan lubang yang dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak tanpa pakaian....
Gambar di bawah : ini lah seksyen yang paling... paling... paling... paling...beremosi.Pokok ini digunakan oleh tentera Khmer Rouge untuk membunuh bayi dan kanak-kanak...kepala kanak-kanak akan dihentak di pokok ini sehingga mati kemudian akan dicampakkan ke dalam lubang besar yang berhampiran...kalau bayi atau kanak-kanak kecil, diaorang akan pegang kedua belah kaki sambil dihempas kepala ke batang pokok...Ya Allah....tak boleh nak bayang begitu dasyatnya kekejaman Khmer Rouge.Fitrah manusia sepatutnya at least ada la sedikit simpati at least sebesar habuk pun takpe...tapi Khmer Rouge ni memang takde hati dan perasaan...singa pun ada perasaan untuk memeluk anaknya...
Gambar di bawah : Pokok ini digunakan oleh tentera Khmer Rouge untuk memasang speaker besar dengan bunyi-bunyian yang kuat.Tujuannya ialah untuk menenggelamkan pekikan dan jeritan mangsa yang dibunuh.
Gambar di bawah : Tempat ini juga terdapat sebuah muzium untuk tatapan umum. Terdapat banyak gambar-gambar dan kelengkapan peninggalan tentera Khmer Rouge dipamerkan...Tayangan video pun ada...
TOUL TOM PONG atau RUSSIAN MARKET
Mungkin disebabkan ramai orang Rusia pada tahun 1980an maka di gelar la Pasar Rusia.Tempat ni mungkin kurang selesa, agak sempit dan panas berbanding Central Market.Kat sini harga lebih kurang sama dengan Central Market dan silap-silap gaya lebih murah..barang-barang pun banyak seperti pakaian, kain, permata, cenderahati, ukiran, barang perhiasan, kasut, pasar basah pun ada...
MAKAN TENGAHARI TERAKHIR DI
RESTORAN HALAL MAMAK MALAYSIA (BERSEBELAHAN GOLDEN STADIUM HOTEL, PHNOM PENH)
(855) 81896190. email : asyary_cambodia@yahoo.comGAMBAR DI BAWAH : MASA UNTUK PULANG KE KUALA LUMPUR menaiki AirAsia berlepas jam 4.20 petang dan sampai ke KL jam 7.30 petang....
MENARIK :)
ReplyDeleteTQ UTK PERKONGSIAN..SDG MENCARI INFO UTK KESANA
TQ diatas segala info yang diberikan. Boleh berikan contact no guide semasa berada disana. Insyallah saya sememangnya berhajat untuk kesana.
ReplyDeletecuba berhubung dengan facebook ustaz wahid abdullah, kami dah 2 kali rombongan melawat kampung Cham melalui ustaz ni...
Deletehttps://www.facebook.com/wahid.abdullah.12?fref=ts
banyaknyee! saye bace separuh... pastu tengok2 gamba je.. ihihi.... tapi nk tanyalah.. jual beli kat sana sebenanye guna USD atau KHR? saya konfius.. sbb ade blogger yang tulis gune USD... ade yang KHR.. then... seeloknye tukar duet dari malaysia atau tuka kat sana? insyaAllah saya nk kesana bulan march nnt..
ReplyDeletepenjual kat sana boleh terima kedua2 mata wang KHR dan USD untuk beli barang...tapi diorang lebih suka terima USD...masa kami kat sana, kami tukar dua matawang. USD pun ada, KHR pun ada
DeleteTukar duit kat Malaysia lebih menguntungkan...
Deleteohh camtu ye... terima kasih for the info!
ReplyDeletesy bcadang nak.ke siem teap dan ohnom.penh raya haji akan dtg. Info di blog ni dpt bantu.tkasih.
ReplyDeletesy klu jln2 suka shopping je...kubur2 x main la...ada x pakej utk shopping dan makan je.
ReplyDeleteAda tak pergi ke tempat perkampungan islam?
ReplyDelete