08 March, 2018

GUNUNG PULUT : Menikmati Keindahan Matahari Terbit & Awan Karpet

FEBRUARI 2018



Semakin banyak blog yang cerita tentang keindahan puncak Gunung Pulut di Gerik Perak. Kami pergi hari Sabtu, uhuuu ramainya hikers, mungkin sekitar 70 orang, merata satu Malaysia. Guide kami kata, kalau ramai orang ni, nanti akan jadi lambat terutama masa naik laluan batu yang mencanak 80 darjah. Jom explore pengalaman kami, team Kolej MARA Kuala Nerang.......

NAMA GUNUNG : GUNUNG PULUT
LOKASI         : GERIK, PERAK
KETINGGIAN : 651 METER
CUACA : Sepanjang laluan, cuaca PANAS. Bila sampai puncak, dah mula SEJUK dan berangin. Walaupun dah pukul 10.00 pagi, cuaca masih nyaman dan dingin. Uhuuuu...syoknya... 

STARTING POINT : Kampung Tawai, Gerik Perak. Boleh parking kenderaaan kat sini

TEMPOH PENDAKIAN : Masa kami naik jam 4.30 pagi dan sampai kat puncak jam 6.00 pagi, so 1 jam 30 minit. Masa turun, start jam 9.45 pagi dan sampai kat bawah 11.45 pagi, lebih kurang 2 jam. Kami turun agak lambat kerana ramai pendaki turun masa laluan berbatu dan curam, terpaksa le gilir-gilir.

CABARAN PENDAKIAN : 5/10. Pada peringkat awal, laluan adalah mendatar melalui kawasan ladang. Kemudian bila masuk hutan, baru la laluannya berbukit, melalui kawasan hutan tebal, hutan buluh, trek laluan jelas dan tanah kering dan rata. Kalau boleh, jalan berkumpulan sebab difahamkan trek gunung pulut merupakan laluan gajah dan banyak gak penyengat atau lebah. Pacat pun banyak gak kalau waktu hujan.

Baki 10% laluan sebelum sampai puncak...uhuuu...kita akan melalui laluan berbatu yang curam, 80 - 90 darjah kecuraman, agak licin, bahaya dan perlukan fokus serta sangat berhati-hati. Kiri kanan gaung yang agak menakutkan bagi hikers yang gayat. Kene panjat stail rock climbing le jawabnya. Jangan bimbang ada tali yang disediakan dan guide yang sangat membantu. Kalau ramai orang, rentak pendakian agak lambat di trek batu ni, sebab nak naik kena bergilir-gilir. Tak boleh naik ramai-ramai, takut risiko jatuh dan kecederaan.

PUNCAK GUNUNG PULUT : 100% hutan pokok renek, tanah berbatu, agak lapang dan sesuai untuk camping. Pemandangan 360 darjah dan sangat tenang dengan tiupan angin yang dingin. Sangat menenangkan untuk merenung kehebatan ciptaan Allah yang Maha Hebat. Pemandangan gunung-ganang dan boleh nampak kawasan penempatan sekitar Gerik. Puncak yang sangat strategik untuk melihat matahari terbit dan awan karpet, pemandangan yang sangat menakjubkan.

KEUNIKAN GUNUNG PULUT : 
1) Laluan Berbatu yang mencabar sebelum sampai puncak
2) Pemandangan 360 darjah dan dikatakan puncak terbaik untuk melihat Awan Karpet dan Matahari Terbit.
3) Puncaknya dingin dan dikelilingi pokok-pokok bonsai dan renek. Sangat strategik untuk melepak sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.

PAKEJ KAMI : Daypack

KAMI TIDUR KAT MANA : Disebabkan kami datang dari Kedah, so kami kena bertolak awal sikit dan bermalam jap dan beriktikaf di Masjid Jamek Pekan Gerik. Dari masjid Pekan Gerik ke starting point, tak jauh sangat lebih kurang 15 minit naik kereta. Rupa-rupanya, ramai gak hikers yang jauh-jauh berhenti rehat kat masjid ni.

KEKUATAN KAMI : 10 orang. Semua lelaki
GUIDE KAMI : En Sobri . No Tel : 013-4599815. Muda lagi dan sangat membantu. website dia : www.sobriyaacob.com

HARGA GUIDE : RM 250 daypack (bincang le dengan dia ye...)

ITTENARY : 
4.00 Pagi - Tempat berkumpul dan jumpa Guide di SMK Seri Tawai
4.30 Pagi - Pergi ke Kampung Tawai, starting point. Taklimat ringkas Guide, senaman dan doa
4.45 Pagi - Mula MENDAKI
6.15 Pagi - Sampai PUNCAK Gunung Pulut. Solah Subuh jemaah, Sarapan & menikmati keindahan
9.45 Pagi - Bergerak turun.
11.30 Pagi - Sampai di starting point & bersurai


STARTING POINT & LALUAN AWAL KAWASAN LADANG

LALUAN BERBUKIT DAN KAWASAN HUTAN

LALUAN BERBATU SEBELUM SAMPAI PUNCAK







SUASANA SUBUH DAN MENYAKSIKAN MATAHARI TERBIT & AWAN KARPET DI PUNCAK GUNUNG PULUT











PUNCAK GUNUNG PULUT

PEMANDANGAN SEKITAR PUNCAK













2 comments: