02 January, 2012

JALAN MASJID INDIA : Terkenal kerana kain, Masjid India, Bangsa India & Suasana Negara India.....

 NOVEMBER 2011

Orang-orang luar KL kalau masuk KL mesti terfikir untuk pergi Jalan Masjid India (dulu dikenali Dickson Street). Apa yang hebatnya Jalan ni sehingga menjadi popular kepada para pengunjung...

Patut la...Jalan Masjid India ni 'special' kerana :
  • Rasa macam dekat negara India. Mana kan tidak...semua kedai dan premis perniagaan dimiliki oleh orang berbangsa India samaada Muslim atau pun tidak.Pengunjung pun ramai berbangsa India.Ada la bangsa lain seperti Melayu atau Indon yang bekerja atau membuka gerai di tepi-tepi jalan...orang cina yang meniaga sangat sikit...
  • Kat sini syurga bagi pakaian, langsir, kain dan barang-barang keperluan dengan harga yang berpatutan. Kalau ada musim hari raya atau deepavali mesti penuh dengan manusia.Pengurup wang pun banyak kat sini.
  • Ada kedai Mamak kat sini yang dah berusia lebih 50 tahun...wow memang 'sentimental value'.gerai-gerai kecil cukup banyak menjual pelbagai hiasan diri dan barang keperluan terutama tempat jalan berbumbung.

  • Di sini ada Masjid India. Imamnya berbangsa India, baca kutbah dalam bahasa India. Kalau solah jumaat, memang tak muat sehingga kan kena solah di jalan raya atau sepanjang jalan di kedai. Masjid ni wujud sejak 1863 lagi yang didirikan oleh Pedagang India Muslim. Disebabkan adanya Masjid India maka jalan ini dinamakan Jalan Masjid India.
 
  • Kalau hari sabtu dan ahad biasanya ada pasar diadakan di jalan yang berdekatan.Shopping complex dan mydin pun ada di sini atau jalan yang berdekatan.Kadang-kadang tu ada karnival yang menghangatkan lagi jalan ini.

  • Jalan Masjid India ni semakin menjadi tumpuan kerana orang berjalan kaki nak pegi LRT yang berdekatan. 

Saya seronok berjalan je mencari apa yang 'special'...belinya oh tidak...takut gak sebenarnya lalu jalan ni, kena hati-hati sikit....

 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment