NOVEMBER 2010
MONUMEN UTAMA BUKIT FRASER
Sekarang baru saya tahu sebab apa Bukit Fraser nampak seperti Kurang Popular tapi Sebenarnya Popular.Saya akan beritahu apa yang saya rasa :
Gambar di atas : Dalam perjalanan kita akan melalui Empangan Kuala Kubu Bharu.Cantik pemandangan kat sini
Peta Bukit Fraser |
Baca la sendiri sejarah Bukit Fraser |
- Jalan menuju ke Bukit Fraser memang lebih mencabar berbanding Cameron & Genting.Selepas melepasi empangan, bersedia dengan plastik. Sebab takut muntah. Jalannya berbukit, ada jalan sehala, jalan kampung, bengkang- bengkok, tak nampak rumah, kiri kanan hanya nampak hutan, jalan ada yang rata, ada yang berlubang, sunyi sepi sebab kurang kenderaan. Dalam perjalanan, macam-macam monyet akan menjadi penyambut tetamu setia, begitu juga bunyi bising unggas dan tempikan ungka sepanjang perjalanan. Perasaan takut dan bimbang mesti ada.
- Satu : takut kereta rosak dan abis minyak. 'So' sape la nak tolong.Stesen minyak pun tak nampak. Dua: takut kena tahan dengan penjahat sebab kurang kenderaan. Tiga: takut ada pulak makhluk lain.faham-faham je la. Empat: takut kena serang dengan binatang buas.SEMUA NI KITA KENA LALUI LEBIH DARI 20 KM.
Gambar di atas : Pintu masuk menuju Bukit Fraser.Nak masuk Bukit Fraser kena tunggu giliran ye sebab jalan sehala...Kalau bawak 'slow', 20 minit gak baru sampai.
- Tiada tarikan yang mengujakan. Ada Pun :
Kayuh bot di tempat yang agak menakutkan, macam cerita seram, dikelilingi pokok-pokok hutan dan tak besar mana pun, kawasan airnya. Bayarannya RM 6 untuk 15 minit.Ingat nak main 30 minit. Tak sampai 15 minit dah berhenti. Sebab bosan.
Padang Golf. Ada duit ke...Kalau camtu ambik gambar je la kat belakang padang golf...
Air Terjun. Mula-mula tu tengok jaraknya hanya 4 km. Pastu dalam perjalanan terpaksa patah balik sebab takut...sunyi sangat dan menakutkan.
Taman Permainan Kanak-Kanak. ermmm anak saya je la yang 'enjoy'.Tempatnya pun agak lusuh.
Tengok Burung. Kepada peminat burung, boleh la bawa teropong dan kamera untuk menyaksikan 'taman burung semulajadi' dengan lebih 260 spesis burung endemik dan burung yang berhijrah. Sehinggakan Kementerian Pelancongan mengiktiraf Bukit Fraser sebagai 'destinasi memerhati burung terbaik Malaysia'.Sejak tahun 1988, pertandingan perlumbaan mengenal burung antarabangsa (International Bird Race) diadakan setiap tahun di Bukit Fraser.
Gambar Ihsan
- Kat sini, jangan bimbang banyak resort, hotel dan banglo. Pilih la mana yang berkenan. Saya pilih Shahzan Inn. RM 168 'golf view satu malam' untuk hari biasa.Boleh la tengok pemandangan cantik berhadapan dengan padang golf.Mula-mula tu pegi 'survey' kat Silver Resort.Ada promosi RM 60 semalam. Tempat dia kat puncak tapi tak jadi sebab takde orang, sunyi sepi, takut.Satu lagi yang saya perasan banyak sangat rumah banglo kat sini. Ada banglo persendirian, ada banglo syarikat, ada banglo kerajaan dan ada banglo untuk disewakan. Biasanya lebih RM1000 satu malam.
Gambar di atas : Hotel tempat kami menginap dan pemandangan daripada bilik hotel
- Kemudahan lengkap.Ada masjid cantik, Ada banyak kedai makan (semua satu tempat). Ada Pejabat Pos. Ada klinik. Ada Balai Polis. Ada Kedai Cenderahati. Ada Kedai Runcit.Cuma stesen minyak je tak nampak...kat mana ha...Bangunan kat sini terutama yang dekat dengan jam semua bercirikan ala-ala Inggeris (Macam bangunan Scotland kot)
- Cuaca kat sini memang sejuk. Waktu petang dan malam boleh mencecah bawah 22 darjah celcius.Kat sini tempatnya tenang, damai, nyaman dan sunyi dari kesibukan.
Untuk orang-orang biasa yang suka suasana seperti Cameron dan Genting, mesti diaorang sangat kecewa dan rasa tidak berbaloi datang Bukit Fraser. Tetapi bagi orang yang suka kan kehidupan yang tenang, damai, tenteram, aman, nyaman, sunyi, relaks kemudian dengan cuaca sejuk pulak, pastinya golongan jenis ni cukup suka dengan Bukit Fraser...
Kesimpulannya:
Bagi saya, walaupun jalannya agak mencabar, saya rasa seronok kat Bukit Fraser dan menenangkan hati saya. Tenang melihat kehijauan hutan. Tenang rasanya dapat keluar daripada dunia kesibukan dan kezaliman manusia.Tenang rasanya bila dapat menunaikan solah dalam suasana sejuk dan sunyi sepi.Saya rasa, inilah tempat yang paling sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengeratkan hubungan kekeluargaan....
Teka apa nama serangga macam ranting kayu ni... |
Gambar di atas : Kenapa kat Bukit Fraser tak banyak taman bunga macam kat Cameron ye...pada hal cuaca sama je...masalah tanah ke...
TGK TMPT DIA PUN MCM OUT JE..
ReplyDeleteMCM XDE PE2 YG BLAKU KT CNA..
TRIGIN NAK G..XPI MCM X BEST JE
Dah pernah pergi sekali. memang aktiviti kurang. Tapi suasana nya memang sunyi dan sgt sejuk sekali. Sesuai untuk menenangkan kepala otak yang berserabut dan untuk merehatkan urat, minda dan jiwa. Teringin untuk pergi lagi bersama keluarga.....
ReplyDeletejauh berjalan,byk pengalaman...
ReplyDeletepi jejalan waktu siang je,pas too balik
Ramai pencinta burung luar negara yang datang siap dengan kamera meriam mereka. Sesuai untuk rileks2 sekeluarga dan disyorkan untuk honeymun.
ReplyDeletemcm ne rupanya Bukit Freser..xpnh pegi pn..huhuhu
ReplyDeleteklu honeymoon mmg sesuai sgt....coz tenang je. Tp gi bkeluarga mcm boring skit, x byk tempat menarik n sunyi sepi..utk yg risaukan pasal stesen minyak x der tu..sebenarnya di kedai runcit sana ada jual minyak tp dlm botol la...harga dia pun 3 kali ganda rasa nyer...tp ok la tu coz nak htr bekalan kat sana bukan senang...at least blh gak kete tu bernafas klu dah sesak sgt..
ReplyDeleteCadang nak pg, jalan dari bkt frazer ke raub ada byk cabaran x mcm Jln nak naik ke sana. Sapa2 blh share, tq
ReplyDeleteaku naik sana bawak lori 10 tayar..seriau skit sebab sempit dengan cerun dekat. beware landslide pada musim hujan
DeleteInsyaallah..akn kesana jgk..sbb mmg sukakan tmpat yg dingin n sjuk n tenang
ReplyDeleteMula2 agak kecewa dgn jalan naik ke atas..seram n pening kepala amat sgt..bila smpai atas.. pun kecewa jg sbb tgok mcm tak ada apa2.. tp bila jln ats tu..wahhh bestnya, Tenang..!! Nyamannya udara,pemandangan cantik n suasana yg sgt harmoni.. kedai mkn pun xmahal..byk jg aktiviti utk dilakukan utk 2h1m stay.. ok la.. disyorkan utk psgn2 yg nk berhoneymoon..
ReplyDeleteHarga minyak xmahal sgt..10liter rm25.. kat kedai mkn sebelah masjid tu.. fmly yg run kedai mkn tu mmg org situ..mmg standby minyak.. ok la.. best!
ReplyDeleteSuasana nyaman, tenang & cantik ,berbaloi sampai kesini, jalan sehala yang berlainan untuk naik dan turun memberi sedikit kelegaan, pertama kali sampai 12 Jun 2015, niat akan kesana lagi bersama ahli keluarga yang lebih ramai..insyaallah..
ReplyDeleteInsha ALLAH... nnt plan ramai2 lagi best
Deleteyup
ReplyDeleteTerima kasih utk penerangan yg mmg best itu. Dh plan nk bawa anak naik ke atas. Blh bertenang tenang di sana.
ReplyDeleteBaru balik dari Bukit Fraser semalam... Memang tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran dan kesibukan bandar...
ReplyDeletemacam best je .. harini suami ajak jalan2 ke Fraser Hill dengan mak mertua.. bagus juga dapat tempat yang damai tenang gitu.. last week pi Cameron.. serabut.. dengan jem lagi.. poketpun ikut jem.. hahahaha
ReplyDeletenice info tqvm
ReplyDeleteOo baru aku tau bukit fraser camni.. suka lak dengar cite pasal laluannya yg mncabar tu.. bercadang nk gi sana bulan depan.. smlm gi bukit tinggi.. ok jugak.. laluannya pun terbaikk..syok main kona2... hihi..bab citer soram tu tak heran sgt. Yg pnting ingat allah byk2..baca doa byk2 sudaa..
ReplyDeleteBaru saja pergi Fraser Hill 18/3 lepas dengan keluarga. Suasananya menyegarkan. Saya rasa Fraser Hill lebih sejuk berbanding Cameroon Highland yg semakin panas. Kedai makan pun tidak meletakkan harga yang terlalu mahal. Sekarang sudah ada jalan turun dan jalan naik yang berlainan.
ReplyDeleteDah umur 50 nie..saya plan naik 3 bulan sekali naik motosikal. Tidur 1 malam dan balik. Fresh air dan sunyi. Suhu pun sejuk..😊
ReplyDelete