26 April, 2013

SINGAPURA : Menjelajah SCIENCE CENTRE SINGAPORE & WINDOW SHOPPING di ORCHARD ROAD...

15 - 18 April 2013

Kali ini, saya diberi peluang untuk mengiringi 14 orang pelajar mengekplorasi Singapura. Kami bertolak dari Kuala Nerang, Kedah menaiki van jam 8.00 pagi kemudian sampai di Hotel JA Residence, Johor Bharu pukul 9.00 malam, sejauh 800 km. Patah pinggang dibuatnya. Kami bermalam di hotel 19 tingkat, berharga RM120 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang, betul-betul dekat dengan jalan menuju imigresen Woodlands. Uniknya hotel ni, kalau nak parking, kenderaan kena masuk lif, pastu lif akan bawa kenderaan kita ke tingkat 7. Wow, maju..maju...Malam tu, kami makan malam ayam penyek kat sekitar hotel, pastu tukar duit RM 500, dapat la Singapore Dollar 200.80 dengan kadar SGD 2.49. Kalau jual balik duit dapat la SGD 2.41. Sikitnya dapat duit Singapura, nak buat camne duit kita murah.

 
Jam 8.00 pagi, bas pelancong yang sangat selesa pun datang. Kami bayar pakej bas 1 hari = RM 1,000. Kami sewa 2 hari, jadi RM 2,000.Pemandu pelancong kami bernama Harbhajan Singh (Registered Tourist Guide for Singapore and Malaysia) berasal dari Johor Bharu, berumur 75 tahun tapi masih tegap dan sihat, berpengalaman lebih 20 tahun, sangat mahir tentang Singapura, boleh cakap Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami bayar kat dia 200 Singapore Dollar [No telefon  016-7548559 / 07-3332924].

Dari pukul 5 pagi lagi, jalan menuju ke Imegresen Woodlands cukup sesak. Difahamkan 200,000 rakyat Malaysia setiap hari berulang alik ke Singapura untuk bekerja atau melancong. Mula-mula kena melalui Imigresen Malaysia, kena turun bas dan selesai scan pasport, naik bas balik menuju ke Imigresen Singapore pulak.
 
 
Peraturan kat Singapura memang ketat sebab nak pastikan negara ini bersih sebersih bersihnya. Mula-mula tu rasa macam duduk asrama pulak bila masuk Singapura, banyak sangat peraturan.Memang saya akui, susah nak tengok sampah di Singapura dan sangat sedikit orang yang merokok di kawasan awam.Nak merokok kena pergi tempat-tempat tertentu atau menyorok. Polis pun susah nak nampak samaada di jalan raya atau kawasan awam. Difahamkan, waktu siang, polis kat Singapura memakai baju biasa. Macam mata-mata gelap la.Sesiapa yang melanggar peraturan, jangan terkejut bila tiba-tiba ada orang tangkap atau saman kita.Setiap kali melanggar peraturan bersedia untuk didenda SGD 100.

Antara peraturan unik di Singapura ialah dilarang menjual & membuang gula-gula getah, dilarang memetik bunga dan pokok-pokok hiasan, dilarang merokok tempat awam, dilarang melakukan perkara-perkara berkaitan ponografi, dilarang buang air kecil di elevator, dilarang berpelukan tempat awam, dilarang membuang sampah, denda kepada mereka yang tidak menyiram mangkuk tandas awam, dilarang berjalan sambil berbogel dan sebagainya.
 
 
 
 
 
Singapura merupakan negara paling global di dunia dengan 5 juta penduduk yang mana 42% penduduk adalah orang asing. Orang Cina berjumlah 74%, Melayu 13% dan India 9%. Agama Islam hanya 30% manakala Budha 43%. Kerajaan Singapura mengiktiraf Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi. Namun begitu Bahasa Inggeris adalah paling utama.Mempunyai pelabuhan yang antara top 5 paling sibuk di dunia.Selain itu, Singapura juga dianggap kualiti hidup terbaik di Asia dan top 15 terbaik dunia. Ekonominya cukup pesat sehingga digelar Harimau Asia.
SCIENCE CENTRE SINGAPORE
Kami membeli tiket dengan harga SGD 18.00 untuk pakej Science Centre & Snow City. Tempat ni sangat.. sangat.. sangat sesuai untuk pelajar kerana di dalamnya lebih 1000 pameran interaktif berkaitan kehebatan pendidikan sains dan teknologi. Jutaan pelawat setiap tahun melawat dan dikatakan setakat hari ini, lebih 18 juta pelancong telah melawat. Sesiapa yang masuk kat dalam ini, memang akan jatuh cinta dengan ilmu sains dan teknologi. Bukan setakat pameran je tapi digabungkan teori dan praktikal.Kita boleh mencuba sendiri bagaimana sesuatu teori sains dan teknologi itu berlaku.Mungkin itu la yang uniknya berbanding pusat sains di Malaysia.

Kalau inginkan kepuasan, kena lawat tempat ni lebih 3 jam sebab tempatnya cukup luas melibatkan 18,000 sqm, 2 tingkat tempat pameran dan ada 12 pusat pameran. Science Centre ini berjaya memenangi Best Enrichment Experince 2010 &2011 dan Best in Education & Outreach 2011. Pusat pamerannya seperti Waterworks, Kinetic Garden, The Mind's Eye, Toy Exhibition, The Marque, Mathematics, Movie Lab, Digital Design Studio, DNA Lab, Sound, Live Animal Exhibit, Ecolab, Tesla Coil, The Mendel, The Maxwell, Marine Alcove, Bioethics, Microbes, Climate Changes, Fire, Genome, Earth, Living With Viruses,Annexe Lobby, Laser Maze, Robotic Learning Centre, Newton Room, Quirky Inventions, Einstein Room, The Observatory dan Ecogarden. Memang banyak sangat...tak mampu nak tengok semua...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 SNOW CITY
Kami ambik tiket pakej dengan Science Centre SGD 18. Tempatnya, betul-betul bersebelahan bangunan Science Centre. Jalan je sampai...Lepas tu, kami pun ambik baju sejuk dan kasut.Kalau nak glove kena bayar sikit.Tempat letak barangnya paling murah SGD 1.Kamera dan video tak boleh masuk.Suhunya dibawah negatif 10 darjah celsius. Pandangan saya, Snow City di I-City Shah Alam lagi luas dan lebih menarik berbanding tempat ni http://haizanrunsah.blogspot.com/2011/06/i-city-shah-alam-selangor-bandar-cahaya.html
 
 
Kami pun keluar setelah dah kesejukan yang amat sangat..lama sangat nanti jadi fros pulak. Kat dalam tadi banyak camera man berbayar ambik gambar. Kami pun ambik pakej beli lebih daripada 5 keping saiz 6R dapat SGD 11. Kalau beli satu keping sahaja SGD 20.
MASJID SULTAN, KAMPONG GLAM
Sejarahnya sejak 1824, terletak di Kampong Glam Malay Heritage District. Kini, masjid ini boleh memuatkan melebihi 5,000 jemaah dalam satu-satu masa. Uniknya, ahli jawatankuasa masjid mewakili kaum Melayu, Bugis, Jawa, Arab, India Muslim dan Tamil yang beragama Islam.
 
 
Kampong Glam mempunyai sejarah tersendiri yang merupakan penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa pada zaman dulu. 
Dihadapan masjid ini, ada beberapa kedai makan India Muslim. Apa lagi, kami pun makan nasi Biryani dan Murtabak saiz besar berharga SGD 10.
 

 ORCHARD ROAD
Di sini adalah tarikan pelancong yang gemarkan membeli belah dan berhibur. Ada lebih 20 pusat membeli belah, pelbagai hotel, restoran, sangat sesak dengan pejalan kaki, ada MRT, keindahan rekabentuk bangunan moden, produk yang cukup eksklusif dan berjenama. Kami tak mampu nak beli apa-apa barang sebab mahal, sekadar beli keychain atau baju yang berharga SGD 10 untuk 3 atau 5 unit. Bila kami survey, produk elektronik seperti I-Phone, I-Pad, Tablet, Camera lebih murah dekat RM 200-500, berbanding beli kat Malaysia. Teringat tahun 80an dimana Orchard Road terpaksa ditutup kerana banjir besar.
 
 
 
 
 
 
 
 


 MERLION PARK & WATERFRONT
Kami tiba hampir jam 8.00 malam. Wow, tempat ni cukup menarik untuk melihat pemandangan sekitar Singapura dari tepi sungai Singapura pada waktu malam yang penuh dengan warna warni. Ada pulak Tugu Kepala Singa yang berbadankan ikan setinggi 8.6 meter dengan berat 70 tan. Di sini juga disediakan bot pelancong untuk bersiar-siar sekitar Singapura dengan harga sekitar SGD 20. Terpegun melihat keindahan rekabentuk Hotel mewah Marina Beach Sand berkos SGD 8 billion dan termahal di dunia. Terpegun melihat keindahan warna-warni bangunan teater Esplanade berkonsepkan reka bentuk buah durian. Terpegun melihat keindahan warna-warna bangunan pencakar langit.
 
 
 
 

MUSTAFA SHOPPING CENTRE
Ramainya pelanggan berbangsa India kat sini.Mustafa Shopping ni macam Mydin kat Malaysia. Uniknya, tempat ni dibuka 24 jam sehari.Nak shopping pukul 3 pagi pun takde masalah.Barang-barang kat sini yang berjumlah melebihi 150,000 item, sebenarnya murah kalau menggunakan Dollar Singapore. Kalau fikir convert kepada RM, jadi mahal balik. Kalau waktu cuti, Mustafa Shopping Centre ni dibanjiri melebihi 15,000 pelanggan.Uniknya, tempat ni juga ada hotel sendiri di bawah satu bumbung sehingga diberi trademark 'Shop and Stay'.Pekerjanya melebihi 1,300 orang dan jualan setahunnya mencecah SGD 300 juta.
 
 
Pukul 10 malam, kami pun balik semula ke Johor Bharu untuk menginap di MRSM Johor Bharu. Ok masa untuk tidur dan sambung balik esok.....zzzzzzzzz...zzzzzzzz...zzzzzzzzz...
Sila lihat cerita tentang Universal Studio Singapore dan Song Of The Sea
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-universal-studio-singapore.html 
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-song-of-seasatu-satunya-di.html 

No comments:

Post a Comment