26 March, 2016

CAMERON HIGHLAND : Percutian Popular Malaysia....

MAC 2016
Kebetulan kami pergi waktu cuti sekolah, memang banyak kereta dan banyak jalan-jalan utama di kawasan tarikan pelancongan yang sesak teruk. Kadang-kadang jarak 3 km je tapi sebelum nak sampai tempat tu dekat sejam terperangkap dalam kesesakan. Kebetulan juga, masa ni adalah musim panas ekuinoks, waktu siang cameron agak panas bersuhu sekitar 25 - 28 darjah celcius tapi malam masih lagi sejuk, harga sayur pun agak mahal sebab peniaga merungut bekalan kurang sebab sayur-sayuran kurang menjadi, strawberi pun bila petik waktu pagi, petang dah jadi lebam. Apa-apa pun Cameron tetap best....

PENGINAPAN : HOTEL HERITAGE
Malam pertama kami menginap di Hotel Heritage, jauh sikit dari Pekan Brinchang, bilik family dengan harga RM 300, ada 2 katil queen, ada tv, sarapan untuk 3 orang (makanan sedap), ada kipas, dapat bilik tingkat 4 mengadap pemandangan yang cantik. Kemudahan pun banyak, ada taman, gym, mini perpustakaan, bilik permainan kanak-kanak dan sebagainya. Suasana malamnya sangat sejuk, tenang, penuh kehijauan dan tidur pun sangat lena.



PENGINAPAN : MARINA CHALET
Malam kedua, kami tempah chalet di Marina Chalet di Kampung Taman Sedia dengan harga RM 180. Ada 2 katil queen, tiada kipas, tiada sarapan, tiada tuala, tiada kit sabun, tv pun kecil, nyamuk pun agak banyak dan mungkin kurang selesa untuk orang yang high taste. Chalet ni sesuai untuk pelancong yang nak berjimat dan bajet rendah. Bila waktu malam, tempat ni sunyi, jauh dari kesibukan dan rasa sejuk sangat.


LAVENDER GARDEN
Lokasinya betul-betul tepi jalan utama. Kalau lalu dari Simpang Pulai menuju ke Brinchang mesti jumpa tempat ni. Tarikannya cukup mengujakan, pemandangan lanskapnya cukup cantik dengan ribuan bunga berwarna-warni, hiasan pokok-pokok renek dan bergantungan menghiasi taman menambahkan lagi kecantikan dan ketenangan, ladang strawberry yang memerahkan persekitaran dan boleh dipetik sendiri. Terdapat kedai cenderamata, perhiasan, baju, makanan dan minuman, jualan pokok bunga dan sebagainya. Jangan lupa rasa aiskrim levender dan yogurt strawberry. Tarikan percutian yang cukup sempurna.















CAMERON BHARAT TEA SHOP

Kalau lalu dari Tapah, kita akan nampak Tea Shop ini di kawasan tanah tinggi dan berdekatan ladang teh. Selain minum teh bertemankan pemandangan ladang teh dan beli pelbagai perisa teh, tempat ini juga menjadi tumpuan orang ramai untuk berhenti rehat dan menggunakan kemudahan tandas.


PASAR MALAM BRINCHANG
Waktu malam, ramai orang bertumpu ke Pasar Brinchang untuk membeli strawberry, sayur-sayuran, bunga-bunga, cenderamata, makanan dan minuman gerai atau saja-saja melepak cuci mata sambil merasai suasana malam yang sejuk. Kalau time cuti, memang jam jalan ni.







BOH TEA CENTRE SUNGAI PALAS
Dibuka 8.00 pagi - 4.30 petang. Jalan untuk masuk Boh Tea Centre adalah berdekatan dengan Hotel Nova, kemudian kita akan memasuki jalan yang sempit, tidak selesa, bahaya dan melalui kawasan tanah tinggi. Namun demikian, perjalanan hampir 30 minit yang mencabar dihiasi dengan pemandangan ladang teh yang sangat cantik. Apabila sampai parking, kita kena berjalan naik bukit sikit ke Boh Tea Centre. Banyak gak aktiviti yang kita boleh buat kat sini :
  1. Ambil gambar berlatarbelakangkan ladang teh, memegang daun teh dan berjalan di kawasan ladang. 
  2. Minum teh, kek, pai dan sebagainya kemudian bersantai sambil menikmati udara sejuk dan pemandangan yang indah. 
  3. Beli pelbagai perisa teh di Tea Shop 
  4. Berehat jap sambil menonton video tentang pemprosesan teh 
  5. Melihat peralatan dan teknologi yang digunakan untuk memotong daun teh dan memproses daun teh. 
  6. Melihat kat depan mata kilang pemprosesan daun teh daripada daun akhirnya menjadi serbuk teh.













KAMPUNG TAMAN SEDIA
Kampung Taman Sedia, Tanah Rata adalah satu-satunya penempatan orang Melayu pertama di Cameron Highland. Dibuka sejak tahun 1959 secara gotong royong dan dibuka secara rasmi oleh Sultan Pahang. Dulu sebelum diteroka, kawasan ini dikelilingi bunga-bungaan, pokok-pokok renek, tumbuhan menjalar, anak sungai dan kawasan rusa liar seperti taman semulajadi yang indah. Maka sebab itu lah, Taman Sedia diberi nama yang membawa maksud 'Taman yang sudah Tersedia'. Aktiviti yang boleh dibuat di sini :
  1. Boleh singgah gerai atau cafe yang menyediakan makanan berasaskan strawberry seperti waffle, scone, yogurt, kordial dan sebagainya sambil dikelilingi pokok-pokok strawberry. 
  2. Boleh petik strawberry dengan bayaran tertentu. 
  3. Ada surau di sini. 
  4. Homestay dan chalet yang terdekat pun banyak









 TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI
 Taman yang luas ini terletak di Tanah Rata, diuruskan oleh Mardi dan ditubuhkan sejak zaman British 1925. Bayaran masuk dewasa RM 5 dan kanak-kanak RM 3, dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, hari Isnin ditutup kecuali cuti sekolah dan cuti umum. 

Apa yang menarik di sini terlalu banyak seperti Taman English, Taman Orkid, Taman Herba, Taman Ros, Plot Strawberi, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Salad, Plot Anggur, Plot Asparagus, Plot Epal, Plot Cendawan, Plot Organik, Plot Entomologi dan Ladang Teh.Kemudahan dan tarikan lain seperti Muzium Teh, Menara Pandang, Tempat Rehat, Kafetaria, Pusat Jualan, Nurseri, Tempat Parking dan Surau.




















CAMERON VALLEY TEA HOUSE & SAFARI LADANG TEH 
Dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi - 6.00 petang. Kalau hari cuti ditutup sehingga jam 7.00 petang. Kalau melalui jalan dari Simpang Pulai, mungkin ini tempat menarik yang pertama kita akan lalui dan betul-betul di tepi jalan utama Kuala Terla, sebuah kampung di antara Tringkap dan Kampung Raja. Ada dua ladang teh di kawasan Tea House ini iaitu milik Bharat Tea dan milik Cameron Valley.

Apa yang menarik di sini :
1) SAFARI LADANG TEH : Safari di ladang teh menggunakan jip 4x4 atau ATV. Harganya kalau bersiar-siar menggunakan 4x4 : RM 10 seorang, ATV Safari : RM 35 dan Extreme ATV : RM 199. Jauh gak perjalanan naik bukit kemudian turun bukit, yang landai, yang curam dengan pemandangan kiri kanan kehijauan daun teh dan pemandangan tanah tinggi yang memukau. Semua ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bila dah sampai puncak, kita diberi peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan pokok teh yang sangat indah.
2) Dah habis bersafari kita boleh MINUM TEH sambil makan kek strawberry
3) Boleh membeli belah pelbagai jenis teh dan cenderamata.
4) Kemudahan surau disediakan, begitu juga toilet.












4 comments:

  1. perjalanan yang mengesankan, terima kasih sudah disempatkan berbagi. semoga selanjutnya saya bisa ke sana

    ReplyDelete
  2. taman bunganya indah sekali,
    terima kasih ya foto2nya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di www.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!

    ReplyDelete
  4. Plan hbis cuti sekolah nt nk naik sane la. Terbayang scones & teh tarik die. Perrgghhh..

    Btw. Salam perkenalan dear 😊

    ReplyDelete