04 October, 2018

LANGKAWI : CROCODILE ADVENTURELAND & LANGKAWI NATURE PARK

SEPTEMBER 2018

LAVIGO RESORT
Biasa la, kalau ada kolam renang kat hotel/resort, mesti budak-budak suka punya la. Sekarang ni Lavigo Resort agak viral di FB sebab ada kolam renang mini dan harga bilik yang berpatutan terutama bilik untuk 'family'. Lokasinya berdekatan dengan Pantai Cenang. Tepi jalan utama jer. Dekat dengan airport dan memang kerap la tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Tiada sarapan disediakan tetapi jangan bimbang ada kedai makan yang berdekatan. Mesin dobi pun ada. Cuma lanskap dan pemandangan sekitar resort kurang menarik le.








CROCODILE ADVENTURELAND


Tempat ni dah lama dibuka sejak 25 tahun dulu tetapi selepas dibuat penjenamaan semula, best pulak tempat ni dan telah disenaraikan oleh TripAdvisor (website pengembaraan terbesar dunia) sebagai tarikan utama pelancong di langkawi. Dikatakan sekitar 4,000 buaya dipamerkan. Terletak di Mukim Air Hangat, 10 minit je dari Cable Car dan dibuka jam 9.00 pagi - 6.00 petang. Pengunjung boleh pilih mana-mana daripada 4 pakej kombo yang disediakan :


1) Combo Package 1 (Mykad) :  Dewasa : RM 25, Kanak-Kanak : RM 20
Ni yang kita dapat :
  • Tiket masuk.
  • Beri makan buaya ( 2 pellets).
  • Saksikan persembahan buaya / buaya lompat / demo memberi makan buaya.
2) Combo Package 2 (Mykad) : Dewasa - RM 36, Kanak-Kanak - RM 31
  • Tiket masuk.
  • Ada seorang guide akan bersama dan bersembang dengan anda tentang buaya sepanjang lawatan.
  • Persembahan buaya / buaya melompat.
  • Demo memberi makan buaya.
  • Talkshow berkaitan buaya
  • Anda sendiri akan memberi makan buaya.
3) Combo Package 3 (Mykad) : Dewasa - RM 66, Kanak-Kanak - RM 60

  • Tiket masuk.
  • Ada seorang guide akan bersama dan bersembang dengan anda tentang buaya sepanjang lawatan.
  • Persembahan buaya / buaya melompat.
  • Demo memberi makan buaya.
  • Anda diberi peluang untuk memancing dan memberi makan buaya.
  • Ambil gambar bersama anak buaya.
4) Combo Package 4 (Mykad) : Dewasa - RM 53, Kanak-Kanak - RM 43
  • Tiket masuk.
  • Persembahan buaya.
  • Memancing dan memberi makan buaya.
  • Ada guide akan menemani anda
  • Voucher makanan untuk dewasa dan kanak-kanak
Kalau nak datang, kena tengok masa persembahan ni, kalau tak, rugi tak dapat tengok :
  • Persembahan Buaya : 11.15 pagi dan 2.45 petang
  • Persembahan Buaya Melompat : 10.30 pagi dan 5.30 petang
1) PERSEMBAHAN BUAYA
Persembahan 20 minit, berani mati yang menakjubkan. Saksikan secara dekat dan live, bagaimana petugas menjinakkan buaya, dan mencium buaya.










2) LAWATAN KOLAM BUAYA MASIN DAN BUAYA CACAT
Saksikan secara dekat ratusan buaya tembaga bergelimpangan di sekitar kolam. Ada gak kolam yang dikhaskan untuk buaya yang tak cukup sifat.




3) Saksikan bagaimana petugas MEMBERI MAKAN KEPADA BUAYA yang sedang kelaparan dan boleh tengok bagaimana buaya-buaya besar ini menerkam dan makan dengan begitu lahap.

4) KOLAM BUAYA
Kolam ni paling luas dan paling banyak buaya yang menyorok di dalam air dengan berselindung di sebalik rumpai. Boleh lihat sendiri buaya-buaya yang sangat besar dan anak-anak buaya membina habitat dan koloni sendiri.






5) FOTO BERSAMA ANAK BUAYA
Pengalaman yang sangat hebat, bila pertama kali dapat pegang buaya yang mempunyai kulit yang lembut dan lembap.

6) MEMANCING DAN MEMBERI MAKAN SENDIRI KEPADA ANAK BUAYA
Melompat-melompat buaya ni, bila kami beri makan menggunakan batang pancing. Bestttt...







7) PEMBELAJARAN : ORGAN DALAMAN BUAYA
Guide akan beri taklimat dan tunjuk organ-organ dalaman yang betul kepada pengunjung. Banyak maklumat yang boleh kita boleh belajar.




8) Makan ringan-ringan jap kat CROCODILE KAFE ni


9) KEDAI KULIT BUAYA
Kat sini dijual pelbagai beg tangan, tali pinggang, beg duit dan pelbagai produk yang diperbuat berasaskan kulit buaya tulin yang diambil daripada tempat ni gak. Harganya wowwww, ada yang sampai mencecah hampir RM 40 ribu.



LANGKAWI NATURE PARK


Tempat ni baru dibuka dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri. Lokasinya di Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat. Dekat dengan Bird Paradise Wildlife Park Langkawi. Dibuka bermula 10 pagi hingga 9 malam. Tiket masuk : Dewasa RM 28, Kanak-Kanak - RM 18, bawah 3 tahun - percuma.


Di sini, selain menyaksikan pelbagai spesis haiwan, pengunjung boleh mencuba MANGROVE BOARDWALK di mana pengunjung boleh berjalan santai lebih kurang 30 minit melalui kawasan paya bakau dan kemudian sampai di jeti dan boleh menaiki cruise selama 45 minit dengan menyaksikan pemandangan indah semula jadi kawasan hutan paya bakau. Tiket Cruise : dewasa - RM 38 dan kanak-kanak - RM 28. Masa perjalanan jam 10.45 pagi, 12.45 tgh, 2.45 ptg dan 5.45 ptg.

BIRD AVIARY
















WILD SAVANNAH & TROPICAL RAINFOREST





PREDATOR CASTLE








BEAR ENCOUNTER




PYTHON ISLAND


CABLE CAR LANGKAWI
Tak tau la, dah berapa kali naik cable car ni, tapi syok, tak pernah rasa jemu melihat pemandangan indah kawasan gunung dan hutan gunung dengan suasana sejuk, lembap dan berkabus.




TIME TRAVEL
Dulu takde benda ni, Pakej baru kot yang ditawarkan secara kombo dengan tiket cable car. Banyak permainan maya 3D secara interaktif. Ok la untuk budak-budak. Seronok gak diaorang.










PERSEMBAHAN 6D

No comments:

Post a Comment