02 October, 2017

LASER TAG : Aman Central Alor Setar, pertama di Kedah

SEPTEMBER 2017

Permainan Laser Tag sekarang ni dah jadi satu trend di Malaysia. Dah lebih 10 tahun ada kat Malaysia. Best main Laser Tag ni. Permainan yang boleh menyebabkan kita berpeluh, boleh memenatkan, penuh mengujakan, beradrenalin, imaginasi macam main game, kadang-kadang tu terover macam perang kombat, pemainan penuh muslihat dan berstrategi. Asalnya aplikasi teknologi ni daripada tentera Amerika Syarikat, bagi tujuan meningkatkan kemahiran menembak. Sekarang dah jadi salah satu aktiviti rekreasi yang best. Laser Tag menggunakan teknologi rift dan memerlukan gelombang wifi supaya semua markah akan di connect direct dengan TV yang menunjukkan markah daripada setiap tembakan yang kena.

 

Sekarang Laser Tag dah ada kat Aman Central Alor Setar, Tingkat 4, betul-betul sebelah pusat bowling. Di buka jam 10.00 pagi - 10.00 malam. 
Bayarannya : 1 battles (15 minit) : RM 15      2 battles (30 minit ) : RM 28        
3 battles (45 minit) : RM 37. 

Kalau melibatkan ramai peserta, seeloknya booking dulu. Whatsap nombor ni 016-715 3415
Kami ada 20 orang. So boleh la main 1 team 5 orang. Kalau tak cukup team, biasanya kena campur dengan orang lain yang kita tak kenal. Sebelum bermula, marshal akan suruh kita pakai jaket / Army suit dan ambik senapang / phaser masing-masing dulu. Pastu, marshal akan bagi taklimat apa yang boleh dan apa yang tak boleh. 
Contohnya tak boleh cakap lucah, bergaduh, no smooking, dilarang bawa makanan dan minuman dan sebagainya. Setiap peserta dikehendaki tembak atau pancarkan laser kat baju jaket dan senapang yang ada infra red. Kelajuan phaser atau senapang lebih kurang 4 tembakan per saat. Marshal kata kalau tembak kat phaser / senapang, markah lagi tinggi. Bila kita kena tembak, automatik senapang akan block, tak boleh nak tembak, lampu kat senapang dan army suit pun akan terpadam. Tunggu 5 saat, pastu baru la senapang tu berfungsi kembali dan kita pun hidup balik. 

Lokasi peperangan kami, agak gelap, banyak bilik-bilik kosong, banyak lorong-lorong, seolah-olah suasana peperangan dalam bangunan. Best sangat main sorok-sorok pastu tembak puas-puas. Bila dah abis main, jangan lupa tengok monitor kat depan, tengok berapa jumlah markah yang berjaya kita tembak. Jangan bimbang, permainan ni tak bahaya dan zero kecederaan. Apa-apa pun Laser Tag best sangat....

2 comments: