22 October, 2017

ROCK CLIMBING BUKIT KETERI PERLIS : Best jadi Spiderman

OKTOBER 2017



Yup...nak try jadi Climber pulak. Anjuran Aqua Perlis dan Perlis Climbers dengan bayaran RM 60 seorang. Lokasinya di Bukit Keteri, Chuping Perlis.Betul-betul depan Masjid Mahmudiah. Jurulatihnya cukup profesional dan mempunyai lesen yang diiktiraf. Contact : Puan Anis 013-5993269. Takde masalah nak bawak student atau mana-mana group. Deal je dengan Perlis Climbers atau Aqua Perlis dan mintak diorang share location. 20 orang peserta just nice. Kalau ramai, takut tak sempat nak climbing.


Pukul 10.00 pagi kami di beri taklimat oleh En. Mohd Zamharir Che Din atau Pak Don dan dua orang jurulatih yang lain di kaki Bukit Keteri. Kami dimaklumkan, di Bukit Keteri sahaja, ada lebih kurang 50 laluan berbatu yang boleh dijadikan aktiviti climbing dan telah diteroka sejak tahun 2007 lagi. Route Climbing Bukit Keteri ni dikatakan antara paling sukar di Asia Tenggara dan sesuai dijadikan tournament level antarabangsa. Boleh sampai 7 level dari segi darjah kesukaran. Climber Malaysia pun training kat sini. Apa yang kami belajar :

1) Pengenalan Peralatan : Harness, Chalk, Chalk Bag, Climbing Shoes, Helmet, Carabiner, Sling, Runner, Belay Devices dan Kernmantle Rope

2) Ikatan & Simpulan : Figure 8 Knot, Double Figure 8 Knot, Figure 8 Double Loops, Double Overhand Knot, The Prusik Knot, The Klemheist dan Tape Knot


3) Belay : Belajar jadi Belayer. Tanggungjawabnya melindungi pendaki yang sedang memanjat dan mengawal sebarang jatuhan. Selain itu belajar Tatacara Panggilan atau Climbing Call seperti On Belay, Belay On, Climbing, Slack Rope, Tight Rope, Fall, Rock Belayer, Down dan Off Belay.

4) ROCK CLIMBING & ABSEILING : Setiap peserta akan diajar teknik memanjat dan buat climbing sendiri. Masa ni yang takut ni. Kami disediakan route untuk route level 4 - 5. Susah gak sebenarnya terutama sapa-sapa yang first time. Perlukan tenaga yang banyak di tangan dan kaki.Mental kena kuat, ada keberanian dan keyakinan yang tinggi. Senang je, peserta bergayut pada tali, pastu cari le rekahan-rekahan atau lubang-lubang kecil yang boleh dipaut dengan jari dan dipijak dengan kasut climbing. Ikut je arahan dan motivasi yang diberikan oleh Belayer / Jurulatih, In sha Allah boleh naik dan sampai sasaran ketinggian yang ditetapkan. Jangan bimbang pasal jatuh. 99% selamat, 1 % je bahaya. Keselamatan sangat dijaga dan jurulatih sangat profesional dan berpengalaman. Lepas dah abis buat climbing wall, peserta diminta untuk buat Abseiling pulak. Best sangat dapat turun bukit yang curam dengan tali.

Apa-apa pun best sangat climbing ni terutama bila kita sampai kat atas dan turun balik ke bawah. Rasa puas dan terdetik di hati sebenarnya segala kekuatan dan kehebatan hanya dari Tuhan sahaja. Alhamdulillah semua selamat. Done... X-Treme check list




No comments:

Post a Comment