07 March, 2018

GUNUNG FAKIR TERBANG : eeee rasa nak terbang je....

JANUARI 2018


Alhamdulillah, pada Januari 2018, team Kolej MARA Kuala Nerang berjaya menawan Gunung Fakir Terbang yang merupakan gunung tertinggi di Banjaran Kedah-Singgora. Gunung ni pun dah semakin glamour di kalangan pendaki sebab view dan keunikannya yang tersendiri. Jom explore....

NAMA GUNUNG : GUNUNG FAKIR TERBANG

TEMPAT : PEDU, KUALA NERANG, KEDAH. Gunung ini terletak kawasan TASIK PEDU.


SEJARAH : Menurut cerita orang-orang lama, gunung Fakir Terbang mendapat nama berdasarkan kisah seorang yang fakir dan miskin bertapa di sekitar gunung tersebut bertahun lamanya. Akhirnya orang ini berjaya mencapai cita-cita untuk menunaikan haji ke Mekah. Betul atau tak betul cerita ni, hanya Allah mengetahui.

TINGGI : 574 meter / 1883 kaki.
BANJARAN : Banjaran Kedah - Singgora. Gunung Fakir Terbang tertinggi dalam banjaran ini.

STARTING POINT : Ada 2 kaedah -

1) Kalau naik BOT, tunggu kat PENGKALAN BOT, TAPAK DESA UTARA. Payah gak cari tempat ni, kami pun follow kereta guide je. Kalau ikut bot, boleh jimat 30 - 60 minit keseluruhan masa pendakian.
2) Pintu Masuk Resort yang telah ditinggalkan. Perlu JALAN KAKI untuk sampai ke kaki gunung.

KEKUATAN KAMI : 13 Orang ( 1 orang perempuan, 12 lelaki)

PAKEJ KAMI : Daypack je

KETUA GUIDE : PAK SU ( 011-55031956) bersama 1 orang pembantu, kami panggil Pak Andak. Kami tekejut bila tau umur Pak Su dah 61 tahun tapi masih gagah dan bersemangat untuk jadi guide. Pak Su adalah otai gunung Fakir Terbang, antara perintis dan pelopor trek ke Gunung Fakir Terbang.

HARGA GUIDE SATU KUMPULAN (Maksimum 15 orang) :
RM 500 - Daypack. RM 450 - 2 hari 1 malam (Peralatan tidur sendiri dan masak pun sendiri). Apa-apa pun, deal sendiri le dengan Pak Su. Dia ok je, ramah orangnya. Tapi, Pak Su lebih suka bermalam 1 malam untuk pendakian santai dan boleh tengok pemandangan yang sangat indah waktu pagi.

TEMPOH PENDAKIAN :Kami start daki lebih kurang jam 9.30 pagi dan sampai puncak lebih kurang 11.30 pagi (sekitar 2 jam). Kemudian turun dari puncak, jam 2.30 petang dan sampai lebih kurang jam 4.30 petang di kaki gunung (2 jam)


CABARAN TREK : 5/10
Masa Naik : Peringkat awal kami melalui kawasan semak samun dan lalang. Uhhhhh...hati-hati ye, banyak najis babi hutan. Kemudian melalui trek hutan berbukit dan masih tidak mencabar tetapi banyak gak pacat terutama waktu hujan.Kemudian kita akan melalui hutan buluh dan akan sampai kawasan trek yang berbatu dan akan melalui gua.Bila dah sampai laluan batu ni, maka bermula la pendakian yang lebih mencabar dan pacak 80 - 90 darjah. Kat sini pun, dah ada view-view yang menarik. Lebih kurang 30 - 40 minit memanjat laluan berbatu ni, akhirnya sampai la ke PUNCAK Gunung Fakir Terbang.

Masa Turun : Kami menggunakan laluan berbeza. Masa turun ni laluan agak mencabar gak sebab melalui laluan tanah batu yang tak stabil. Silap pijak batu, memang berguling-guling le batu tu jatuh ke bawah. Kene hati-hati, takut orang bawah kene batu. Keseluruhannya, kami banyak menggunakan laluan sungai yang berbatu, licin dan berpacat.

KEUNIKAN GUNUNG FAKIR TERBANG :

1) PUNCAK GUNUNG : Wow...Maha Suci Allah. Pemandangan cukup menakjubkan berlatarbelakangkan TASIK PEDU dan GUNUNG-GANANG kemudian dengan angin gunung yang agak bertiup kuat yang sangat menenangkan. Kawasan hutan pokok renek dan amat sesuai untuk camping.

2) Di kawasan PUNCAK juga didasari hampir sepenuhnya batuan konglomerat yang dikenali sebagai Lapisan Saiong yang terbentuk kira-kira 2.58 - 66 juta tahun lalu. Uhuuu...rase macam masuk kawasan Jurassic Park le pulak.

3) Gunung Fakir Terbang merupakan sempadan Malaysia dan Thailand. Kalau sampai puncak, memang ada tanda sempadan Malaysia-Thailand.

4) Boleh menikmati pemandangan TASIK PEDU semasa perjalanan menaiki bot.

CUACA :
Waktu siang, cuacanya panas. Perlu bawak air secukupnya. Kalau waktu malam, difahamkan cuacanya agak sejuk dan berangin dan pemandangan puncaknya cukup menakjubkan. Subhanallah


PENGKALAN BOT TASIK PEDU & MENAIKI BOT DI TASIK PEDU

Lepas parking bot, kami melalui Laluan semak dan lalang sebelum sampai Starting Point Pintu Rimba. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Fakir Terbang... uhuuuuuuu...tinggiiiiii


Laluan yang mula-mula, mendatar, berbukit dan hutan tebal. Belum start mencabar lagi ni...


Pemandangan pertengahan jalan. Ni pun dah lawa...


dah start LALUAN BERBATU... dah mula mencabar ni...Kalau penat, boleh rest jap sambil tengok pemandangan tasik pedu...


Gua ni...


PUNCAK GUNUNG FAKIR TERBANG

Yeaaa...dah masuk Thailand


Ade viper pulak kat puncak ni...


uhuuuu...tengah pijak batuan yang berusia puluhan juta tahun

MASA UNTUK TURUN GUNUNG...LALUAN SUNGAI DAN BERBATU






REPEAT : GUNUNG FAKIR TERBANG : JUN 2018

Yup, kali ni saya bawa 30 orang student (15 lelaki & 15 perempuan) dengan 5 orang guide dan 3 orang penasihat. Macam biasa Ketua Guide Pak Su (011-55031956) dan Pak Andak (019-4791098). Owww, sepatutnya kami kena naik bas, tapi bila survey2, banyak dahan rendah dan jalan yang tidak rata, so tukar plan, naik van pulak.

Bezanya untuk repeat ni, kami tak naik bot untuk pergi starting point. Kami diminta untuk tunggu di depan pagar Mutiara Pedu Lake Resort (dah takde resort pun, dah lama tutup). 10.30 pagi kami berjalan masuk ke kawasan bekas peninggalan resort Mutiara ni, masih ada jalan tar, boleh nampak kesan padang golf dan bekas bangunan-bangunan yang telah diruntuhkan. Akhirnya sampai ke starting point. Uhuuu lama gak berjalan 40 minit gak, sempat melecet kaki.

Perjalanan agak slow sebab ramai dan terpaksa bergilir-gilir memanjat trek yang 80 darjah. Alhamdulillah sampai puncak lebih kurang 3 jam 30 minit. Ouhhhh, trip kali ni cuaca panas. Setelah puas bergambar, kami pun turun jam 3.00 petang dan sampai ke pintu masuk Mutiara Resort jam 6.15 petang hampir 3 jam 15 minit. 

Dari Pintu Masuk Resort Mutiara Pedu lake ke Starting Point



 ON TRACK



 PUNCAK GUNUNG FAKIR TERBANG


 TURUN DARI PUNCAK :



No comments:

Post a Comment