Berjaya Times Square Theme Park telah dibuka sejak tahun 2003 dan masih mengekalkan status Malaysia Book of Records sebagai Taman Tema 'Indoor' terbesar di Malaysia. Lokasinya di tingkat 5 dan 7 di dalam bangunan Berjaya Times Square.
Dibuka hari Isnin hingga Jumaat : 12 tengahari - 10 malam. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dibuka bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.
Tiket dewasa (13 tahun ke atas) : RM 55. Kanak-Kanak 3-12 tahun : RM 45. Warga emas 55 tahun ke atas : RM 20. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma. Kalau booking tiket secara online boleh dapat diskaun 15%, di berjayatimessquarethemeparkkl.com
GALAXY STATION

800 meter panjang paling menguja adrenalin kerana diiktiraf sebagai 'multiple-inverted roller coaster terpanjang di Asia Pasifik dengan dengan kelajuan 80 km sejam.
Spinning Orbit : Terbang diangkasa bersama 48 penumpang setinggi 30 meter dengan 10 kali pusing setiap minit.
- Ooorts' Express : Adrenalinkan diri anda dengan berpusing 17 pusingan per minute.
- Dizzy Izzy : Memeningkan kepala berada di dalam mesin seperti labah-labah dan berpusing seperti gasing.
- Robo Crash : Seronok melanggar kereta orang lain seperti bumper car.
- Cosmo Climb : Ada 3 cabaran yang berbeza untuk di panjat.
- Beat Saber : Permainan virtual masa hadapan seperti berada di dunia nyata.
- Cosmic Games : Cuba la main beberapa permainan yang nampak mudah tetapi mencabar. Jika berjaya, anda akan dapat Teddy Bear yang comel.
- Arcade Games : mesin permainan perang-perang
FANTASY GARDEN
- Ooops' Playhouse & Ooort's Super Run : Permainan imaginasi interaktif sesuai untuk kanak-kanak
- Cosmo Theater : Kanak-kanak akan mewarna haiwan kegemaran dan jangan lupa tulis nama. Kemudian saksikan haiwan anda berada di dalam filem fantasi di skrin besar.
- Fantasy Trail : Jom naik keretapi satu family, ronda-ronda melihat dunia fantasi.
- Botanic Drive : Menaiki jeep bersama keluarga mengeliling taman fantasi.
- Molly-Cool's Swing : Kanak-kanak pasti teruja menaiki kapal laut.
- Crazy Bus : Menaiki bas terbang di udara.
- Honey Bump : Seperti bumber car, hanya sesuai untuk kanak-kanak.
- Flying Bumble Bee : Terujakan kanak-kanak dengan menaiki lebah yang berterbangan.
- Buddy Go Around : Menaiki pelbagai haiwan kesukaan dan enjoy berpusing sambil mendengar lagu yang ceria.
- Kidz Playground, Fantasy Games, Zoofari Fun Ride
VIRTUAL REALITY
Semarakkan keterujaan anda untuk merasai permainan virtual seperti Beat Saber, Commando League, Starship, Haunted House, X-Fighter dan Doomsday Survival
No comments:
Post a Comment