04 January, 2012

GUNUNG JERAI, KEDAH : Gunung yang penuh mistik.....

DISEMBER 2011

Macam-macam cerita mistik tentang Gunung Jerai yang tidak berbanjaran ni.Dengar cerita kat sini tempat orang mencari batu permata dan batu lumut secara mistik.Pastu daripada cerita orang-orang tua, Gunung Jerai ni adalah tempat buangan banyak jin-jin daripada bomoh-bomoh...Itu sebabnya, pegawai perhutanan bagitau kat kami sebelum mendaki kena jaga mulut, jangan sombong, jangan ambil benda-benda pelik sepanjang perjalanan dan jalan secara berkumpulan...


 
 
 

Gambar di atas : Lokasi Titi Hayun (tempat memulakan mendaki)

Sebenarnya mudah je nak pergi Gunung Jerai. Ikut Highway PLUS Utara Selatan. Kemudian exit Gurun dan ikut je papan tanda Gunung Jerai atau Regency Resort Gunung Jerai. Daripada highway lagi kita boleh nampak gunung yang tersergam indah. Disebabkan kami nak daki gunung maka kami kena naik di Titi Hayun. Untuk ke sana kena masuk Guar Cempedak dan pastu tanya la orang.Gunung Jerai juga dipanggil Puncak Jerai, dulu dipanggil Pulau Serai, setinggi 1,217 meter, sempadan antara Kuala Muda dan Yan

 
 
 
 
Menurut cerita Pegawai Hutan yang menguruskan pendakian kami, pada zaman dulu, kedudukan Gunung Jerai adalah sangat strategik sebagai panduan pelayar untuk berdagang di negeri Kedah. Ada cerita mistik dikaitkan dengan Gunung Jerai iatu Raja Bersiong la yang sebenarnya membuka kawasan penempatan di Gunung Jerai. Ntah betul ntah tidak....Diceritakan di sini ada batu besar seperti sebuah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja cuba nak labuhkan kapalnya di Gunung Jerai. Memang susah nak percaya.....

 
 
 
 
 
Setelah hampir 4 jam bersama-sama 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, akhirnya berjaya gak sampai kat atas. Pendakiannya tak la mencabar sangat. Mula-mula naik lebih 1000 anak tangga, pastu ikut jalan curam sikit, pastu ada jalan landai sikit, pastu sampai. Boleh tahan gak letih sebab tak 'training' sebelum tu....
 
 

Gambar di bawah : Di sini la tempat kami berkhemah. Di sini ada sebuah rumah besar dengan 2 bilik, ada pentas terbuka, ada swimming pool herba, airnya datang daripada gunung cuma hitam la sikit, dikatakan ada unsur herba daripada akar-akar kayu. Bagus untuk menyembuhkan sakit berkaitan kulit.Surau pun ada begitu juga toilet.Kira semua 'complete' la bagi tujuan perkhemahan. Cuma yang sedikit menakutkan, menurut Pegawai Perhutanan, di kawasan ini adalah pusat penempatan bunian. So kena berhati-hati la sebab dah 10 orang hilang di Gunung Jerai yang tidak dijumpai hingga sekarang.

 
 
 
Gambar di bawah : Pemandangan dari tapak khemah.menarik..menenangkan tengok sawah terbentang luas.
 
 
 
 
Gambar di bawah : Tak sangka atas Gunung Jerai ni ada Muzium Perhutanan. Semuanya berkaitan pameran alam semulajadi. Yang paling menarik perhatian saya ialah burung cenderawasih yang telah diawet

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Hari seterusnya kami berjalan pergi ke tempat yang dikatakan bersejarah iaitu Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh. Ceritanya cukup menarik... Ini cerita pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).Ketika itu, Sultan Kedah ke-9 bernama Maharaja Derbar Raja merupakan seorang hindu. Diceritakan datang seorang alim dari negeri Shahir, Yaman bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri ke negeri Kedah dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Beliau mengadap Sultan Kedah untuk berdakwah dan dengan izin Allah, sultan memeluk Islam dan menggantikan nama beliau sebagai Sultan Muzaffar Shah. Sultan pun melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat sultan. Pada suatu hari, Sultan bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia di Tanah Arab. Sheikh menjawab 'Menara' bagi tujuan melaungkan azan. Maka, Sultan Muzaffar menitahkan agar dibuat Menara di puncak Gunung Jerai bagi tujuan azan dan memperingati pertukaran nama sultan dan negeri. Ketika menara tersebut sedang dalam pembinaan, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan mewasiatkan agar beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Padang Tok Sheikh hingga sekarang.
 
TELAGA AIR TOK SHEIKH....Air yang cukup jernih dan boleh diminum....
 
Memang meletihkan naik ke puncak gunung Jerai semata-mata nak tengok lokasi Padang Tok Sheikh..Lebih sejam gak...sakit kaki dibuatnya...

 
 
 
 
 

6 comments:

  1. anda menunjuk tempat yang menarik di G.Jerai.Saya juga sering kesana,tap tidak jumpa tempat ni.Tolong lah beritahu saya laluan terperinci dgn kereta bermula dari somewhere di bawah,saya ingin kesana.kerjasama anda sangat dihargai.Terima Kasih.(saya stay di KL)

    ReplyDelete
  2. naik gunung jerai menuju regency hotel...kat situ nanti ada papan tanda menuju tempat-tempat menarik.Tanya pekerja regency, kalau rasa blur.Klau nak pegi Padang Tok Sheikh kena naik atas gunung lagi...tempatnya agak sunyi dan jarang dilawati...naik kereta pun ok gak..tapi sy jalan kaki,lebih kurang 45 minit gak baru smpai

    ReplyDelete
  3. minta maaf..tempay yang awak beritahu..saya memang selalu pergi..saya nak tahu tempat yg ade sign board kem reakreasi gunung jerai..yag ada gambar khemah2 tu..saya nk tahu tempat tu dimana..

    ReplyDelete
  4. kem rekreasi tu dekat dengan muzium perhutanan gunung jerai.Parking kereta kat muzium tu dan ada tangga disediakan di sebelah muzium. Kalau nak masuk guna kereta, 100 meter sebelum muzium ada satu jalan di sebelah kanan...boleh lalu situ...boleh tahan bahaya jalan tu...tanya pekerja muzium...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas maklumat En. Hazzrin..

      Delete
  5. salam. nak tanya kalau nak buat pendakian berkumpulan. macam mana nak hubungi renjer hutan kawasan tu.

    ReplyDelete