10 December, 2017

Ayer Keroh MELAKA : Jom pegi TAMAN BURUNG MELAKA - GALERI LEBAH MELAKA - TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA

TAMAN BURUNG MELAKA

Lokasinya di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka dan bersebelahan Melaka Wonderland. Dibuka 9.00 pagi - 6.00 petang dengan bayaran dewasa RM 17.80 dan kanak-kanak & warga emas RM 11.85. Harga tu termasuk macam-macam cukai. Kalau ada kad Bank Rakyat dapat la diskaun 10% seorang. Tambahan RM 10 untuk beli makanan burung.

Taman Burung Melaka merupakan taman burung yang pertama di buka di Melaka dan terbesar di Asia dengan kos RM 26 juta. Sangkarnya besar, lebih besar daripada Taman Burung Jurong Singapura dan taman yang dihias dengan persekitaran hijau yang cantik, siap ada air terjun yang tinggi dan kolam air yang besar. Sangkar burung pun dibuat kat tempat yang tinggi. Kita boleh tengok, pelbagai ratusan spesis burung yang terbang bebas dan hinggap bebas seperti burung Kakak Tua, burung Violet Necked Lory, burung Chapped Lory, burung Chattering Lory, burung Dusky Lory, burung Green Winged dan sebagainya.

Apa yang menarik kat Taman Burung Melaka :

  • Ada MENARA setinggi 12 meter dan sepanjang lebih kurang 108 meter dipanggil Skywalk dan Canopy Walk. Kalau tak larat naik tangga menara, boleh naik guna lif. Taman dengan jaring sahaja setinggi 27 meter
  • Boleh bagi MAKAN kat burung secara terus.
  • Konsep Taman Burung Melaka: melihat dan berinteraksi dengan semua unggas dari jarak dekat dengan 350 spesis burung. Satu-satunya taman burung di Malaysia yang membolehkan kita tengok burung secara terus, beri makan dan tidak diletakkan dalam sangkar 
  • Kat sini boleh tengok 21 spesis burung Kakak Tua. Burung Kakak Tua Scarlet Macaw dari Brazil, mempunyai warna yang cantik, kecerdasasan yang tinggi dan jarang ditemui berharga RM 20,000 - RM 25,000 seekor. Ada gak jeni Blue, Gold Macaw dan Electus Parrot dari Papua New Guinea
  • Selain burung, ada gak Burung Merak, Burung Nuri, Kasih, Enggang, Bangau, Ayam Api-Api, Peaceful Dove


GALERI LEBAH MELAKA

Masuk adalah percuma. Lokasinya dekat dengan Taman Botanikal Melaka. Dibuka bermula jam 9.00 pagi - 5.45 petang. Apa yang menarik tempat ni ialah kita boleh tengok SARANG LEBAH  BUATAN di sekeliling galeri ini tanpa ada apa-apa pagar yang menghalang. Lebah ni dibiarkan terbang bebas sebebas bebasnya, keluar masuk lubang kayu untuk menghasilkan lebah. Takut gak kena sengat tapi tengok macam lebah ni tak kacau orang. 

Dalam galeri ni pulak ada di jual pelbagai MADU ASLI yang diproses di sini dan boleh try pulak macam-macam madu yang disediakan. Ruangan PAMERAN LEBAH pun disediakan, so boleh tengok model sarang lebah semulajadi dan pelbagai gambar dan model berkaitan kehidupan lebah. Boleh beli pelbagai jenis madu, syampu madu, sabun madu dan pelbagai barang keperluan berasaskan madu dijual dengan harga berpatutan.

TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA MELAKA

Lokasinya, Lebuh Ayer Keroh, Melaka, dekat sangat dengan Tol Ayer Keroh. Dibuka jam 8.30 pagi - 5.30 petang. Bayaran, RM 22 dewasa dan RM 16 kanak-kanak 3 - 12 tahun. Diiktiraf oleh Tripadvisor 2016 dan 2017

Menarik tempat ni. Tempat luas, Sejuk je, taman yang rimbun, sangat semulajadi, penuh kehijauan dan tenang je tempat ni. Dibuka sejak 1991, lebih 25 tahun, lama, tu yang pokok tinggi-tinggi dan rimbun. Kat sini, jangan ingat ada rama-rama je tapi banyak lagi ruangan pameran reptilia yang lain. Berkonsepkan discovery, mula-mula kita akan berjalan melalui Butterfly Aviaries, pastu masuk ruangan Lizard Territory, kemudian Bugs Kingdom, seterusnya Kampung Buaya, Snake Garden, Bird Aviary, Emu Ranch, Tarantula Cave, Giant Snapping Turtle dan Koi Garden. Selain itu, kita boleh tengok Larva Advance Center, Museum, MossArt, Secret Garden dan Souvenir Centre.





















No comments:

Post a Comment