14 January, 2013

LEGOLAND, NUSAJAYA JOHOR : Dunia Lego Pertama di Asia...

JANUARI 2013

Lebih 50 juta lego dimana-mana tempat.Penat sangat berjalan melalui keluasan 30 hektar ni, lebih kurang keluasan 50 padang bolasepak. Bayangkan satu padang bolasepak pun dah mengah, apa lagi 50 padang.Kami masuk pukul 11.30 pagi dan akhirnya kami berjaya menguasai 90% Taman Lego ni, kecewa tak dapat masuk gua firaun sebab tiba-tiba rosak pulak.Kami keluar dekat pukul 7.00 petang gak walaupun Legoland tutup pukul 6.00 petang. Kalau sampai lewat mesti tak sempat nak 'conquer' semua.Nak buat camne, bayar dah mahal dekat RM 500 abis untuk 3 dewasa & 1 kanak-kanak.Pastu datang dah la jauh, dari Kuala Nerang, Kedah lagi tu, dekat 2,000 km perjalanan. So, kena lawat abis-abisan la.Kami memang sengaja datang hari khamis sebab tak ramai orang.Rasa macam Legoland tu kami yang punya.Memang banyak kali la kami main permainan kat sini, siap staf kat situ offer suruh main lagi tu sebab tak ramai orang.Kalau datang masa cuti sekolah atau cuti umum, confirm, dapat main sekali je la.

Tersesat gak nak pergi Legoland tapi saya follow je signboard Nusajaya dari Lebuhraya Utara Selatan.Kalau tak yakin, tanya je orang-orang kat situ.

Sedikit info tentang Legoland:
  • Dibuka September 2012. Masa pembukaan dulu lebih 20,000 orang datang.Setakat Nov 2012, lebih 250,000 orang pergi.Kalau lambat pergi Legoland ni takut lego-lego tu berlumut.Masa kami pergi ni pun, dah mula nampak berlumut.Try la tengok apa hebatnya legoland yang berharga RM 720 juta ni.
  • Pertama di Asia.Takde kat Jepun, takde kat Korea, takde kat China & takde kat Singapura.Hanya di Malaysia je.Tempat-tempat lain ada di Billund Denmark, Windsor England, California USA, Florida USA dan Deutschlad Jerman.
  • Ada 3,500 parking, lebig 40 permainan interaktif, 7 kawasan atau gugusan bertema.
  • Sejarah LEGO : ingat dari Amerika rupanya berasal dari Denmark. Dalam bahasa Denmark dipanggil 'Leg Godt'.Penciptanya bernama Ole Kirk Christiansen, seorang tukang kayu yang pernah bergelut dengan kehidupan yang sangat sukar semasa krisi ekonomi.Pada tahun 1932, Ole mendapat idea untuk membuat mainan LEGO yang bermaksud 'menyatukan secara bersama-sama'.Tahun 1935, Ole menjual permainan pertama kali dan mendapat sambutan.Pastu buat kilang Lego sendiri.Tahun 1944, kilangnya terbakar, Ole sangat sedih.Tahun 1947, dia bangkit balik dan keluarkan Lego yang diperbuat daripada plastik.Tahun 1957, permainan Lego dah berjaya menguasai sebahagian Eropah dan sekarang seluruh dunia mengenali Lego.
  • Makanan kat sini memang mahal sangat. Saya beli 2 nasi ayam, 1 nasi puti +kari, 1 kid meal, air mineral water = RM 70...Terlompat saya dengar...nasib baik ada 4 voucher diskaun RM 10 setiap satu.Tinggal la RM 30 je...legaaaa...dinasihatkan bawak la air mineral water sendiri dan makanan sendiri. Mineral water jenis kecil je harganya dekat RM6.
  • Kat sini cuaca panas dan kadang-kadang hujan lebat.Bawa la payung sendiri. Kalau tak, nanti akan tergendala nak jalan semua tempat dan mungkin tak sempat nak round semua tempat.
  • Saya rasa banyak permainan kanak-kanak dan kepuasan lebih kepada kanak-kanak.Jadi kalau pergi satu family bersama anak-anak kecil mesti seronok tengok diaorang gembira. 
  • Bila dah bayar tiket kat pintu masuk, kita boleh main apa saja kat dalam tanpa bayaran.
Dah sedia semua...Jom kita jalan-jalan...


1) MINILAND
Semuanya diperbuat daripada lego, lebih 30 juta kiub lego digunakan untuk menghasilkan replika mercu tanda kebanggaan dunia iaitu KLIA, Menara Berkembar Petronas, Masjid, Taj Mahal, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapore, India, Myanmar, China, Laos, Pirate, Brunei, Filipina, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kesemua replika dibina mengikut skala 1:20 daripada saiz asalnya...Memang seni yang cukup menakjubkan...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jom pergi sana pulak...

2) CITY STAGE
Kat sini tempat untuk buat pertunjukkan mengikut masa-masa tertentu.Alahai sekadar nyanyi lagu kanak-kanak je.Pastu lama pulak tu.Ingat ada maskot Lego rupanya takde ape-ape yang menarik...Orang pun makin bosan dan ramai yang keluar semasa persembahan dibuat.


 

3) LEGOLAND EXPRESS
Jom naik keretapi.Boleh la tengok keluasan tempat ni.


 
 


4) LEGO RESCUE ACADEMY
Kat sini, ala-ala macam bomba la.Kita boleh cuba aktiviti yang dijalankan dengan membawa kereta bomba ke bangunan, kemudian turun untuk pancutkan air ke bangunan yang terbakar.Sakit bahu dibuatnya...

 
 
 
 


5) LEGO CITY AIRPORT
Kat sini imaginasi seperti naik kapal terbang.Semua bunyi-bunyian seperti berada di lapangan terbang.

 
 
 

6) THE SHIPYARD
Kat sini taman permainan kanak-kanak yang direkabentuk seperti berada dalam kapal laut.

 
 

7) BOATING SCHOOL
Kat sini pulak, kita boleh naik bot elektrik dan kena control sendiri stereng bot tu.

 
 
 

8) MARKET RESTAURANT
Dah tengahari, kena makan dulu la.Dalam restoran ni pun ada Lego.Makanan memang cukup mahal.Saya pilih makanan yang paling murah pun kena RM70.Nasib baik ada voucher diskaun RM40.


9) JUNIOR DRIVING SCHOOL
Kat sini 2 aktiviti Driving School.Disebabkan anak saya tak cukup umur, maka main kat junior je.


 

10) AMBIK GAMBAR DENGAN REPLIKA LEGO
Lego-lego ni banyak bertebaran di tepi-tepi jalan.Cantik la diaorang buat.Teringin nak tau macam mane diaorang buat ni dengan kukuh.

 
 
 
 
 

 
 
 
 

11) TECHNIC TWISTER
 
 

 12) AQUAZONE WAVE RACERS




 

13) PROJECT X
Boleh tahan gak mencabar.Ingat, anak saya yang berumur 4 tahun tu takut nak naik..Rupa-rupanya dia lagi berani daripada papanya. 3 kali gak kami main sebab tak ramai orang.
 
 
 
 
 

 14) DRAGON'S APPRENTICE
 
 
 

 15) THE FORESTMEN'S HIDEOUT
 
 

 
 

 16) THE DRAGON
Memang terasa seperti raja-raja zaman Robin Hood la.Kita kena melalui selekoh-selokoh istana sebelum sampai ke keretapi dragon tu.Dengan menaiki keretapi Dragon tu, kita akan menyusuri lorong gelap istana dan melihat pelbagai replika Lego zaman-zaman raja tahun 1800 an yang bergerak-gerak. Pastu baru la masuk part yang mencabar iaitu jalan keretapi yang berpusing-pusing.Anak saya, sempat main 3 kali...syabas mrs syahabbb...
   
 

 17) OBSERVATION TOWER
Bila naik tower berpusing ni, kita boleh lihat keseluruhan Legoland dari tempat tinggi.Boleh tahan luas gak Legoland ni..

 
 

 18) LEGO STUDIO
Wowww..boleh tengok filem 4D yang betul-betul hidup.Nampak gambar-gambar tu berada betul-betul depan mata kita.Rasa macam boleh pegang je. Pastu ada pulak part bila salji, turun buih-buih betul pulak.Pastu siap ada angin kencang lagi tu kat dalam pawagam...Rasa macam kita berada dalam filem tu la.

 

 19) DUPLO PLAYTOWN & DUPLO EXPRESS
Baru la ada permainan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.Baru la nampak terhibur anak saya yang bongsu tu..Siap ada keretapi lagi tu dalam taman permainan ni..

 
 
 

 20) BUILD & TEST
Kalau nak merasa main Lego, sini la tempatnya.Kami tak sempat nak main, tak cukup masa
 
 

 21) KID POWER TOWERS & MERLIN'S CHALLENGE

 
 22) ROYAL JOUST
 
 

 23) DINO ISLAND
Anak saya  tak lepas pulak, nampaknya saya sorang je la kena merasa permainan ni...Kat Genting Highland, ada permainan ni..Habis basah seluar dan baju
 
 
 

24) LOST KINGDOM ADVENTURE
Rosak pulak tempat ni...kecewa-kecewa


 25) SURAU
Jangan bimbang kat sini ada 2 surau yang selesa disediakan.

5 comments:

  1. mcm teringin nak p ja... hahahaha...

    ReplyDelete
  2. waaa.. kami pun nak gi jugak.. tapi masa dan bajet masih tak menizinkan.. nanti kot lepas kumpul duit dan beli kereta sendiri dalam bulan Ogos tahun ni saya sampai sana.. Amin..

    ReplyDelete
  3. bila tgk gmbor ni rase xsabar nk g...mesti g ni...thanks

    ReplyDelete
  4. tq sister atas review yg diberi..mmg betul2 ikut susunan ye

    ReplyDelete