07 January, 2013

RESORT REGENCY GUNUNG JERAI, GURUN, KEDAH [BAHAGIAN 2] : Makin Best Pulak Tempat Ni....

NOVEMBER 2012
 
Sebelum ni saya ada post berkenaan Resort Regency Gunung Jerai :

http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/02/resort-gunung-jerai-kedah-tenangmemang.html

Pengalaman pertama kali pergi tempat ni dulu, cuacanya memang sejuk ditambah dengan angin kencang.Pengalaman kedua ni, cuaca masih sejuk dan tiada angin kencang cuma kalau waktu malam, kabus memang sangat tebal. Syok tengok tiupan kabus tebal yang laju meluru masuk kafetaria ketika kami sedang minum malam

Saya akui, memang semakin cantik & mempersonakan Resort ni..Cuma satu masalah je...jalan masa naik gunung aritu memang agak merunsingkan sebab diaorang tengah baiki jalan yang masih runtuh...wuiiiiih...banyak beristighfar gak dibuatnya....

Kali ni kami berkesempatan mengunjungi Ladang Cendawan Shitake di puncak Gunung Jerai ni..Susah nak cari Ladang ni kat tempat lain di Malaysia ni...Harga sekilo pun sehingga RM 45. Ladang ni diuruskan oleh Dr Shirley bersama keluarganya atas nama syarikat AgroBio Future.Kami diberi taklimat dan dibawa melawat proses pembuatan cendawan shitake yang nampaknya macam mudah tapi merumitkan.Bagusnya cendawan shiitake ni ialah boleh beri sistem imun untuk menentang penyakit seperti kanser paru-paru, melawan bakteria, virus, toksin dan sel tumor...patutla harganya mahal....
  






























 
 
 











Best nye tidur sejuk-sejuk ni...he he he

1 comment:

  1. Ada contact number pengusaha ladang shiitake ni tak? nak masuk kat situ kena call dlu atau bole walk in?

    ReplyDelete