
Bagi saya, Dinosaur Kingdom agak unik kerana ianya dibuat di kawasan terbuka dan direkabentuk seperti habitat sebenar dinosaur. Kita seolah-olah melalui pengembaraan sebenar dunia dinosaur dan banyak aktiviti bersifat interaktif. Memang panas kat sini, sampai hitam anak saya, kalau hujan, memang akan terkena hujan. Cuma kalau nak main dan mengikuti semua aktiviti kat Dinosaur Kingdom ni, kena bayar duit ye melalui token yang disediakan. Mahal gak sebenarnya. Banyak aktiviti kat sini lebih berorientasikan kanak-kanak dan bertemakan keluarga.
PEMANDANGAN DARI ATAS, macam betul-betul tempat tinggal dinosaur
PINTU MASUK :
PTEROSAUR'S NEST : ni untuk kanak-kanak je, sanggup panjat sampai ke puncak sarang dinosaur
DINOSAUR WILDPARK : Boleh tengok macam-macam dinosaur yang bergerak-gerak dan ada suara seperti hidup betul.
FOSSIL DIVE : Terjun di kolam bola dan selesaikan teka teki berkaitan dinosaur
TRICERATOPS TRAIN : uhhhh, budak-budak memang suka naik train ni pusing satu kawasan tengok dinosaur.
RACING RAPTORS : Jom tunggang dinosaur yang sedang bergerak-gerak. eeeee haaaa
FOSSIL MUSEUM : Baca ler, banyak yang boleh belajar tentang dinosaur ni. Rangka dinasour pun ada
CARNIVAL ZONE : Aktiviti macam fun fair. Kalau berjaya kena sasaran dapat patung dinosaur. Tempat makan pun disediakan tapi makanannya terhad
LIVE SHOW THEATRE : Saksikan persembahan sketsa tentang dinosaur yang menghiburkan. ermmm, manusia gaduh dengan dinosaur....
DRIFT ISLAND : ni pun satu lagi kesukaan kanak-kanak, berlumba dengan kereta bateri
CLAW MANIA, MERCHANDISE ZONE, HUNTERS PARADISE : Banyak permainan indoor dan boleh beli pelbagai cenderahati berkaitan dinosaur
DINOSAUR KINGDOM PARADE : 6.30 petang, semua dinosaur akan keluar bertemu manusia untuk ambik gambar
THE SWAMP : ouhhh... berbaris panjangggg, aktiviti paling glamour. syoknya diaorang naik bot dinosaur guna bateri ni.
ICE FOSIL : Jom kita ramai-ramai pecahkan telur dinosaur yang telah beku. Pecahkan ais dan akan dapat hadiah dalam telur tu.
No comments:
Post a Comment