11 April, 2015

LANGKAWI KEDAH : SKYTREX : Extreme di Hutan. SKYCAB & SKYBRIDGE : Terbang ke Gunung. KILIM GEOFOREST : Meneroka Keindahan Sungai & Laut

2-4 APRIL 2015


Kali ni, saya akan ceritakan pengalaman yang sedikit berbeza di Langkawi bersama student saya.Kami bertolak jam 6.00 petang dari Jeti Kuala Kedah dengan tiket dewasa RM 23 dan kanak-kanak RM 17. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam  45 minit. Lama betul nak sampai. Rasa nak muntah pun ada, pastu dengan bau asap diesel lagi dalam kabin. Hampir pukul 8 malam, kami pun sampai. Kami pun ambil kereta sewa Myvi dan Saga dengan harga RM 60 sebuah sehari menggunakan khidmat Pak Long 012-4471041 /010-7788599dinitravel.blogspot.com/ . Malam ni kami menginap di Inapan Gamat Asli di Pekan Kuah berdekatan dengan Maybank dan CIMB. Satu Malam RM 60 je. Boleh tidur 6 orang. Malam tu, di Pekan Kuah ada Uptown. So boleh jalan je dari tempat penginapan.



SKYTREX ADVENTURE PARK LANGKAWI

Lokasinya selepas melepasi Telaga Harbour Park , Perdana Quay dan sebelum sampai Cable Car. Kalau terlajak sampai Cable Car maksudnya dah terlepas la tu.Tempatnya tepi jalan.Kami memang booking dulu untuk sertai aktiviti Skytrex jam 10.00 pagi. No. telefon Skytrex Langkawi 019-2805679. Difahamkan, baru 7 bulan tempat ni di buka. Syarat penting Skytrex, berat mesti kurang 100kg dan ketinggian lebih 1.5m. Kita boleh pilih mengikut kemampuan fizikal samaada Little Adventure, Eagle Thrill atau Island Extreme. Mula-mula tu kami pilih Eagle Thrill tapi setelah dinasihatkan oleh Instructor, kami pun tukar kepada Island Extreme. Sebabnya, Instructor tu kata ramai pelanggan yang merungut tidak puas bila join Eagle Thrill yang halangannya lebih kepada menguji fizikal manakala Island Extreme, cabarannya lebih banyak kepada Flying Fox.

1) Eagle Thrill : Ada 29 permainan, jarak trek melebihi 600 meter, 8 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 5 cabaran ascending, 5 cabaran descending.
2) Island Extreme : 33 permainan, jarak trek melebihi 700m, 15 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 3 cabaran ascending, 3 cabaran descending.

Taklimat & Halangan Panas Badan
Sebelum kita mulakan cabaran, Instructor akan beri taklimat tentang keselamatan, demonstrasi dan cara pemakaian alat keselamatan. Kemudian, kami pun diberi percubaan beberapa halangan mudah bagi tujuan membiasakan dengan alat keselamatan.
 



Cabaran Bermula....
Pada peringkat awal halangan, memang menguji fizikal dan berpeluh gak.Paling memenatkan dan mencabar fizikal bila panjat pokok kayu balak menggunakan tangga dengan ketinggian sekitar 20m. Tinggi dan sangat menakutkan bila pandang bawah. Masa ni la kena kuatkan semangat dan bagitau pada diri kita supaya jangan putus asa. Lepas tu, banyak halangan Flying Fox dari satu pokok ke pokok lain yang sangat tinggi.Mula-mula tu rasa macam gayat bila tengok bawah, lepas tu rasa seronok pulak. Lebih-lebih lagi, bila tengah Flying Fox tu kita boleh melihat pemandangan sekitar Gunung Mat Cincang yang cukup indah dan sangat mempesonakan. Bestnya terbanggggggg.....Saya tak nak komen banyak-banyak, tengok je gambar di bawah.














Kesimpulannya, setelah 3 jam, semua orang berjaya mengharungi semua cabaran dan takde sape yang cedera. Bagi kami tempat ni memang 5 bintang untuk aktiviti lasak. Sangat bagus untuk membentuk diri supaya tidak mudah berputus asa dan jadi orang yang kuat semangat.Sebenarnya sebelum ni kami pernah join aktiviti extreme di ESCAPE Pulau Pinang. Kalau nak tau ape perbezaannya, tengok kat sini http://haizanrunsah.blogspot.com/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html


LANGKAWI KILIM GEOPARK

Geopark maksudnya kita melihat keindahan pelbagai formasi batu, lanskap yang cukup indah yang mempunyai nilai warisan yang tersendiri. Kami mengambil pakej 2 jam dengan RM 200 satu bot yang boleh memuatkan 10 orang. Dalam tempoh 2 jam kami dibawa melawat keindahan geopark ke-49 dunia dan pertama di Asia Tenggara yang berusia lebih 550 juta tahun

1) Gua Kelawar : Boleh masuk gua dan tengok beribu kelawar yang sedang bergantung di dalam gua. Melihat kejadian stalactites dan stalagmite dan Melihat keindahan paya bakau dengan ikan belacak yang terlompat-lompat.










2) Restoran & Penternakan Ikan : Melihat penternakan ikan sangkar seperti ikan kerapu, ikan nyok-nyok, ikan patin, ikan pari dan sebagainya. Nanti ada la budak yang akan buat demo bagi makan ikan pari. Pastu, kita boleh makan atau minum kat restoran terapung...best...







3)  Gua Buaya dan Mangrove Sightseeing : Memang gua tu macam bentuk buaya. Disebabkan air dah surut maka kami berjaya melalui dan menyusuri gua buaya tu. Kemudian, tengok pokok-pokok bakau matang yang cukup menakjubkan.





4) Melihat Helang. Kalau nak tengok helang biasanya pemandu bot akan kuatkan bunyi bot kemudian bagi kulit ayam. Pastu saksikan berpuluh helang terbang rendah sambil menyambar makanan di dalam air.



5) Melihat keindahan Laut Andaman : Boleh nampak sempadan laut Thailand, beberapa pulau berbentuk kasut. Memang mempersonakan





6) Icon Kilim Geoforest Park : Ada la tulisan Kilim Geoforest kat bukit. Kemudian ambik gambar.




SKYCAB , SKYBRIDGE, SKYDOME & DUCKTOUR
Semua tempat ni di kawasan oriental village. Kami ambik pakej 4 dalam 1 dengan harga RM 52 seorang dan RM 35 kanak-kanak.



1) SKYDOME
Sebelum naik cable car, kami kena masuk SkyDome dulu sebab dah ambik pakej ni. Rasa teruja jugak sebab tempat ni merupakan pertama outdoor Skydome di Asia. Tujuan dibina untuk mengurangkan kebosanan semasa menunggu.Persembahan pun tak lama, 10 minit je. Keistimewaannya, ada 12 projektor, boleh tengok 360 darjah dengan imej 3D. Kesimpulannya, pening la tengok persembahan 3D ni



2) SKYCAB
Tempat ni memang tumpuan pelancong, kalau lambat datang, memang beratur sangat panjang. Nak naik cable car kena tengok cuaca gak. Kalau hujan lebat atau angin kuat, diaorang akan stop operasi. Kalau nak selamat, datang waktu pagi.Kami 9.30 pagi dah terpacak kat situ.

Pengalaman memanjat Gunung Mat Cincang menggunakan cable car ni memang cukup mengujakan, kecuali orang yang gayat. Kalau dapat tergantung lama kat atas tali tu kan best sebab tak puas nak tengok pemandangan hutan hijau dan batu yang berusia lebih 550 juta tahun. Kemudian nampak pemandangan air terjun, pemandangan lautan yang berwarna biru dan hijau, nampak pulak pulau-pulau yang beraneka bentuk, kemudian tiba-tiba nampak burung-burung berterbangan, pemandangan langit dan awan berkepul-kepul yang cukup indah. Pastu cuba adjust tingkap cable car tu, kemudian rasai la angin sejuk yang sangat segar.

Perjalanan dari base station ke middle station lebih kurang 10 minit kot dengan jarak 1700 meter. Kemudian ambik gambar puas-puas kat Middle Station. Kalau dah rasa bosan, kita naik balik cable car untuk pergi top station.Kat sini lagi la sangat hebat pemandangannya. Memang tak terkata.








3) SKYBRIDGE
(World’s longest curve suspension bridge)
Kita masuk part yang mencabar pulak ye. Tempat ni baru buka setelah ditutup bertahun.Disebabkan escalator nak pergi ke jambatan gantung tak siap lagi, maka semua pelawat nak tak nak kena berjalan kaki, jungle tracking sikit dengan jarak 400 meter, mengambil masa 20 minit gak nak sampai jambatan. Sebelum tu, nak masuk kena bayar dulu RM 5 dan jangan lupa beli air sebabnya perjalanannya cukup memenatkan bagi orang yang jarang bersenam. Mula-mula tu turun bukit pastu naik bukit yang agak curam lebih kurang 60-80 darjah. Memang confirm badan akan berpeluh, baju, seluar dan kasut mungkin akan kotor. Kadang-kadang kesian gak tengok makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek pun ada yang cuba gak nak pegi tempat ni. Saya pun terpaksa dukung anak saya yang kecik, nasib baik ada student, boleh mintak tolong dukung gilir-gilir...he..he..he

Akhirnya sampai, lega yang amat sangat. Terduduk gak kepenatan, tapi bila tengok pemandangan di atas puncak Gunung Machincang, terus hilang penat.Ya Allah....cantiknya pemandangan..cantik yang amat sangat dengan hutan hijau dan jurang di bawah, batu-batu gunung di kiri kanan, lautan dan pulau di hadapan, langit yang putih kebiruan di atas, kemudian angin sejuk yang kadang-kadang bertiup kencang. Kat laluan jambatan ni, ada laluan kaca lutsinar, boleh tengok jurang dalam kat bawah. Cuba la berdiri kat kaca tu, rasa macam nak jatuh pun ada. Macammana diaorang buat ye.Dengar cerita banyak guna helikopter.















4) LANGKAWI DUCK TOUR
Duck Tour menggabungkan Running, Splashing dan Sailing. Sama macam Duck Tour kat Melaka. Harga dewasa : RM 38, Kanak-kanak : RM 22. Tempatnya kat pintu masuk kawasan Cable Car (Kawasan Parking). Mula-mula tu lalu jalan raya, boleh la nampak pemandangan Pantai Kok, kawasan sekitar The Danna Hotel. Pastu, masuk Pantai Kok. Syok gak tengok pemandangan laut, pulau buatan, Light House, kawasan nelayan, Telaga Harbour Park, tengok bot-bot mewah yang sewanya sehari RM 5000, tengok bot mewah Vincent Tan & Robert Kuok (Terkaya di Malaysia), Perdana Quay dan tengok kapal layar jalur Gemilang Azhar Mansor. Semuanya mengambil masa 45 minit perjalanan.















KUALA PERLIS
Pukul 6.00 petang, kami pun meninggalkan Langkawi menuju ke Kuala Perlis. Tak sampai sejam dah sampai.Tiket pun lebih murah.Kebetulan malam tu ada gerhana bulan, so sempat la solah gerhana kat masjid situ.






Malam ni kami ada jamuan kat Restoran berpandangan tepi laut. Dekat je tempat ni. Sebelah masjid je.Kebetulan arini Birthday anak saya. So sambut sekali.



 


4 comments:

  1. mmg terbaik..boleh dijadikan review sblom nk ke sana ����

    ReplyDelete
  2. Price per pax berapa ye??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya, untuk duck tour kena booking dulu ka? Satu board maximum berapa orang? Pakej sekali dengan cable car ka?

    ReplyDelete