03 August, 2011

EKSPEDISI KE DUSUN DURIAN KUALA NERANG, KEDAH ; Makan Durian Sambil Tengok Durian Jatuh Dari Pokok.....

6 JULAI 2011
Kat Kuala Nerang ni memang terkenal dengan dusun durian dan pokok rambutan. Tahun ni, alhamdulillah pokok durian banyak menjadi...banyak buah berbanding tahun-tahun sebelum ni. Harga durian pun dah turun mencanak sehingga sebiji RM 1. Nak buat camne, buah banyak , penawaran melebihi permintaan.
 
 
 
Saya pun apa lagi buat 'plan' dengan 'students' kuliah saya hampir 40 orang, naik bas kolej dan pergi waktu petang, lepas asar ke dusun durian Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang.Kami tempah pulut dengan santan (pulut durian, orang Kedah punya menu). Pastu kami beli rambutan lebih 10 ikat.
 
 
Alhamdulillah, dah rezeki kami. Pemilik dusun durian ni, tak mau terima duit. Dia kata, nak buat kenduri "makan la sepuas-puasnya durian ni sampai muntah". Kemudian ada lagi, orang kampung yang sedekah rambutan jenis kacang goreng. Wowwww, memang pesta buah-buahan betul la.(KOLEKSI GAMBAR IHSAN KAWAN SAYA,CIKGU MIOR, dia ni pakar ambil gambar, tengok la website dia '1001 kenangan')
 
 
 
 
Memang sangat berbeza, makan durian kat rumah dengan makan durian kat dusun. Makan kat dusun, memang ada 'feel' la. Kepuasannya sangat berbeza. Bentang tikar kat tepi pokok durian, pastu belasah durian ramai-ramai sambil makan pulut dan rambutan.Tengah asyik makan, tiba-tiba, gedebukkkkk, durian luruh macam bom jatuh. Apalagi, kami pun serbu kat semak-semak, mencari hasil yang 'fresh'.Pemandangan sekeliling pun cukup menenangkan dengan terbentangnya sawah padi yang hampir menguning dengan tiupan angin yang menenangkan fikiran.
 
 
Saya seumur hidup, tak pernah pergi dusun durian dan saya yakin pelajar saya pun ada yang tak pernah pergi dusun durian. 'So' ini lah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.Saya sempat bagi cadangan kat pakcik pemilik durian " tempat ni boleh jadi kawasan pelancongan dusun durian yang popular pada masa akan datang, kalau dimajukan sebab tempatnya sangat strategik"

2 comments:

  1. salam harmoni...encik...!!
    Nama saya kumuthavani sedang belajar bac.ekonomi di UPM. bagi semester ini, saya tengah buat suatu projek mengenai madu tualang, di kuala nerang. setelah baca blog en...saya dapat tahu encik pernah pergi ke kuala nerang kedah. soalan saya..ada tak encik pergi ke ulu muda untuk melancong tempat mengambil madu tualang? saya juga perlu membuat satu data mengenai dusun durian yang berada di Kuala nerang. saya perlu sertakan jumlah kuantiti durian bg setahun dan harganya. boleh tak saya dapat no contact pemilik dusun durian? saya juga minta bantuan encik untuk dapatkan maklumat lain tentang Durian dusun dan madu tualang yang terdapat di k.nerang..? bantuan encik amat diharagai...saya sedang menunggu untuk balasan encik..!! kalau boleh balas saya secepat mungkin...email saya: vanikumutha@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  2. Buah ada lagi x bos
    Klau ada wasap sya
    0196969913

    ReplyDelete