

Bila masuk je DISCOVERIA, kita akan merasakan satu suasana yang sangat berbeza, persekitaran yang agak gelap dengan lampu yang samar-samar dicelah-celah hutan buatan, diikuti bunyi-bunyi dinosaur yang kadang-kadang menggerunkan seperti betul-betul berada dalam era Dinasaur Mesozoic, 250 juta tahun dahulu. Terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Avenue K berdekatan dengan Suria KLCC dibuka bermula jam 10 pagi - 7.00 petang dengan tiket dewasa RM 25 dan kanak-kanak RM 35. Sebelum masuk, pengunjung akan diberi baju khas, lampu suluh dan peta untuk buat aktiviti.
1) DINOSAUR ANIMATRONICS & DINO QUEST
Saksikan 22 jenis dinosaur
animatronics yang boleh bergerak-gerak dengan suaranya sekali seperti Diplodocus, Ankylosaurus, Stegosaurus, Pachycephalosaurus, Pteranodon, Triceratops, Sinosauropteryx, Ornitholestes, Parasaurolophus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus, Ornithomimus, Dimetrodon, Utahraptor, Styracosaurus dan Tyrannosaurus Rex . Setiap
dinosaur disediakan maklumat berkaitan latarbelakang dinosaur Selain itu, kanak-kanak akan diberi satu Dino Detector
Wristband dan peta berbentuk tugasan dan soalan yang perlu
diselesaikan. Seolah-olah seperti aktiviti mencari Harta Karun. Kalau
berjaya selesaikan 10 tugasan tersebut dengan betul akan diberi satu
sijil.
2) RACE A THEROPOD
Pengunjung boleh berlumba lari sejauh 10m dengan dinosaur secara simulasi.
3) BE A PALEONTOLOGIST
Kanak-kanak akan cuba cari tulang dinasour di kawasan berpasir.
4) DINOSHOOTING RANGE
Tembak dinosaur menggunakan senapang paintball.
5) BERMAIN BOLA DI GUNUNG BERAPI
No comments:
Post a Comment