08 September, 2010

TAMAN AGRO & LADANG BOH CAMERON HIGHLAND: 'B' est 'O' f 'H' ighland

JANUARI 2010
Semasa saya darjah 6, Cameron Highland dianggap 'The Wonder of Malaysia'. Memang terasa sejuknya tak kira waktu, pagi, tengahari, petang dan malam, lagi la sejuk.Suhu masa tu antara 16-20 darjah celcius.Jangan lupa bawak baju sejuk sekali ye..."kata emak saya".

Tapi sekarang, segala-galanya dah berubah.Saya takde masalah memakai baju t'shirt cotton nipis lengan pendek sahaja sepanjang hari.Kalau waktu tengahari, terasa panasnya sehingga peluh menitik.Suhu pun dah melebihi 25 darjah celcius.Apa maksudnya tu kalau berpeluh......dulu nak keluar peluh setitik pun payah..kecewa...kecewa.Dulu tahun 90 an, kawasan hutan Cameron Highland ada 78%, sekarang dah jadi 54% (mengikut Pejabat Tanah Cameron Highland)

Betul la apa yang ada dalam Al-Quran, segala kerosakan dan bencana di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan manusia yang melanggari amanah.Sekarang Allah nak tunjuk balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan..tu yang Karam Sigh Walia marah sangat kat orang-orang cam ni.

Ada 3 tempat yang menenteramkan jiwa saya.
  • Taman Agro Tourism (zaman saya kecik, takde lagi tempat ni )
Tempat ni 5 dalam 1 : Boleh tengok kebun salad, sayur & tomato agroponik, boleh tengok macam-macam spesis bunga yang berwarna-warni termasuk kaktus, kebun strawbery (ni part yang paling best.Nak masuk kena bayar pastu petik sendiri strawbery), tempat permainan kanak-kanak & strawbery cafe (macam-macam makanan & minuman berasaskan strawbery ada kat sini). 


    • Ladang Teh Boh Ringlet
    oooo nak pegi tempat ni sangat mencabar.Jalan sempit, jalan tar yang rosak, jalan ada yang masih bertanah merah macam zaman Jepun pun ada, berbonggol-bonggol dan berlopak-lopak.So silap-silap gaya boleh jahanam kereta.Kalau ada lori atau trekta bawak daun teh kat depan kita, abis aaa, kena undur la jawabnya.Ada sesetengah tempat tu jalannya agak sunyi.Takut gak kot-kot ada orang tahan nak rompak duit kita.Tapi yang syoknya sepanjang perjalanan, kita akan melihat kiri dan kanan jalan, orang tanam kobis, salad, tomato, kacang panjang dan pelbagai sayur-sayuran.Semua tanam dalam tanah, bukan hidroponik tau.
    Kat sini, ada kilang teh dan 'Tea Shop'.Boleh la rehat-rehat sambil minum secawan teh sambil menikmati pemandangan indah.Kat sini gak ada satu bukit...so saya berjaya naik sampai ke puncak ( tak tinggi pun).Wuuuiiiiii, kat atas ni, cantik sangat pemandangan dengan kehijauan daun-daun teh yang tersusun indah, dengan kesejukan sehingga menusuk ketenangan jiwa, dengan desiran angin yang kadang-kadang menerpa laju ke muka...ermmm 'best'.  


      Pemandangan daripada atas bukit

      • Ladang Teh Boh Sungai Palas
      Jalan kat sini tak la se mencabar macam Ladang Teh Boh Ringlet.Tapi 'still' lagi sempit dan banyak kenderaan.Syoknya, sepanjang perjalanan memang kita dihiburkan dengan pemandangan ladang teh yang mengasyikkan.Memang tempat ni, ramai orang la...Parking kat sini agak jauh daripada kilang.Terpaksa jalan jauh sikit la ye...takpe...kurang sikit penat sebab di kiri kanan jalan, kita ditemani dengan barisan pokok-pokok teh yang menghijau.

      Kat sini ada kilang Teh Boh.Kita boleh tengok secara dekat macam mana proses membuat teh dan segala mesin dan teknologi yang digunakan, siap ada orang bagi penerangan lagi tu.Pastu tu kami pegi ke kedai teh, macam-macam jenis teh ada kat sini. 'Last' sekali...kami pegi ke tengok pemandangan kat kafe teh.Kami berdiri di atas para yang tidak mempunyai tiang dihujungnya.Seolah-olah kita berada di atas awan dan awang-awangan..Pemandangan di sini cukup jelas kelihatan dengan kehijauan teh yang cukup indah ditanam di atas bukit dan cerun-cerun bukit. Kekadang kita akan melihat keasyikan pekerja menyandang bakul besar sambil mencantas daun teh dan menghamburkan daun ke dalam bakul...Cukup teruja... 

          No comments:

          Post a Comment