Januari 2013
Selepas kami jalan-jalan di Koh Samui, kami pun bertolak ke Krabi, lebih kurang 4 jam perjalanan.Saya teringin nak tau gak apa hebatnya Krabi ni sehingga ramai orang kata Krabi ni best...Betul ke !!!.Krabi ni berada di daerah selatan Thailand dan pantainya berada di kawasan Laut Andaman.Jumlah penduduknya hampir 440,000 orang dengan keluasan 4,708.5 km persegi. Majoritinya masih orang Budha dan penduduk Islam sekitar 42%.Kat sini nampak banyak restoran-restoran halal dan makanan-makanan halal yang diusahakan oleh Orang Islam Krabi.Boleh nampak la perempuan Islam Krabi pakai tudung ketika sedang menjual makanan.Chalet-chalet dan hotel pun ada yang dipunyai oleh orang Islam.

TEMPAT MENGINAP
KRABI PEARL
Kami dibawa oleh Tourist Guide ke Krabi Pearl. Kita boleh beli cenderahati, kek, makanan berasaskan laut, keropok-keropok, baju t'shirt dan sebagainya.
Kami makan di restoran Muslim, betul-betul dekat dengan Hotel Hasna. Seperti biasa la menunya, tomyam, sayur, telur dadar dan ikan.Jangan harap nak order asam padas, gulai dan masak lemak.
Sekitar Pantai Krabi
Bila waktu siang, macam takde pelancong asing je...sebab semua pergi bergelimpangan di pulau-pulau sekitar Krabi.Bila malam tiba, baru la penuh orang putih sepanjang pantai Krabi untuk makan malam & berhibur. Memang banyak chalet-chalet, hotel-hotel, apartment & rumah-rumah penginapan, pub-pub, peminum-peminum arak bersepah di mana-mana, bilik-bilik berkaraoke, pemain-pemain snooker sambil memegang botol Tiger, bilik-bilik mengurut beserta pakej pelacurannya. Ada juga kedai-kedai menjual cenderahati, pakaian, makanan dan sebagainya. Dasyat gak tempat ni, tapi kalau bandingkan dengan Koh Samui, lagi la dasyat giler.
MERONDA PULAU
(Ko Poda,Chicken,Phranang Cave (The Princess Bay) dan Yaowasam Island
Kami, seramai 75 orang, ambil pakej meronda pulau & snorkeling menggunakan 3 bot nelayan.Tak tau le berapa harga pakejnya sebab semuanya diuruskan oleh Tourist Guard. Dengan satu bot dekat 25 orang dan ada pulak yang tak cukup jaket, ermmm...memang kena tawakal betul la...kalau jadi ape-ape, memang masuk berita Berita Harian 7 hari 7 malam la jawabnya..
Terdapat lebih 200 pulau di sekitar Krabi contohnya yang terkenal Phi Phi Island, Koh Lanta, Chicken Island, Koh Poda, Koh Talu, Koh Tap & Koh Mar, Koh Hong, Koh Yaou TYai & Koh Yau Noi.
Rasa tak puas snorkeling kat sini.Diaorang bagi masa tak sampai 1 jam. Pastu ikan nemo hijau je yang banyak.Kalau camni, snorkeling kat Pulau Payar Kedah, Pulau Perhentian, Pulau Manukan Sabah lagi best.
Ini la tokong kemaluan yang dipuja |
Kami bayar seorang RM 25...Makan la sepuas hati tapi kalau membazir, kedai akan charge RM 2 setiap makanan yang dibazirkan.Pelancong Malaysia pun ramai gak kat sini.
No comments:
Post a Comment