JANUARI 2011
Hebat tempat ni. Tak sedar pulak, rupa-rupanya tempat ni dah ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi kemudian dinaik taraf pada tahun 1989. Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Karak kemudian masuk Lebuhraya Pantai Timur dan keluar ikut susur keluar Lanchang. Pastu ikut papan tanda sepanjang jalan kampung.Tempat ni sangat strategik, semakin cantik dan kemudahan pun semakin banyak disediakan. Bila melepasi pagar utama, kita akan daftar dulu di Pusat Pendaftaran. Nanti diorang akan bagi pas masuk lawatan dan pas menunggang gajah.Masa saya pergi, ramai pelancong luar datang. Nasib baik ada baki 3 tiket, dapat la merasa naik gajah. Bayaran takde tapi kena bagi sumbangan brapa-brapa je, yang penting ikhlas.Di bangunan ini juga ada kawasan pameran gajah dan bilik tayangan cerita tentang gajah.
Nak maklumat lanjut tengok web kat bawah ni:
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385
Selesai sahaja pertunjukan, sampai masa untuk menunggang gajah. Ala...dekat je pusingannya. Tak sampai 8 minit dah selesai. Tak puas langsung..Lepas tu, pengunjung diberi peluang untuk memandikan gajah kat sungai.Sapa yang berminat, kena bawak siap-siap pakaian lain. Kemudian, di akhiri dengan persembahan video berkaitan gajah.
Yang syoknya kat sini ialah kita dapat merasai kehadiran gajah secara dekat dalam kawasan semulajadi hutan.Bila sekali gajah ni menjerit, satu hutan bergegar.Gajah dibiarkan bebas dengan kawalan pelatih.Kita boleh belai, sentuh dan berkomunikasi secara dekat.Jadi rasai la pengalaman ni...jangan lupa bawak anak-anak, mesti 'enjoy' diaorang.
No comments:
Post a Comment