Februari 2018
Alhamdulillah...selesai 2 gunung dalam senarai G7. Sebelum 'mission accomplished' ni, aduiiii, banyaknya cabaran dan kesukaran yang kena hadapi. Beberapa hari sebelum pergi, sorang team kami tak boleh pergi sebab masalah tak dapat dielakkan. Pastu semasa pemeriksaan permit di pejabat hutan kat area starting point, kebetulan ada operasi jabatan hutan pulak, 5 orang team kami tidak dibenarkan naik gunung sebab tiada nama dalam senarai permit walaupun pemit dah dibuat. Rupa-rupanya guide tersilap bagi nama pulak. Pastu orang yang ganti orang lain yang tak dapat pergi pun dilarang keras untuk naik gunung. Selain team kami, ada team lain jugak sangkut 10 orang tak boleh naik sebab tukar orang lain yang tak pergi. 4 jam berbincang dan merayu kat Penguatkuasa Jabatan Hutan, akhirnya GAGAL dan TIDAK DILAYAN. Uhuuuu, disebabkan dah dekat jam 1 tengahari sangkut kat pos jabatan hutan, kami pun terpaksa pujuk dan mohon maaf kat 5 orang yang gagal naik bersama kami. Memang rasa sedih dan kecewa setelah persediaan rapi dan motivasi yang tinggi nak naik G 7 ni, tapi kami redho ketentuan Allah, mesti ada hikmah yang sangat besar. Apa-apa pun, jom share pengalaman kami....
NAMA GUNUNG : GUNUNG KORBU & GUNUNG GAYONG (KORGA)
BANJARAN : TITIWANGSA
KETINGGIAN : KORBU - 2183 meter GAYONG - 2173 meter
REPUTASI :
- GUNUNG KORBU- Ke-2 Tertinggi Semenanjung Malaysia (G7) & Ke-7 Tertinggi Malaysia
- GUNUNG GAYONG- Ke-4 Tertinggi Semenanjung Malaysia (G7) & Ke-9 Tertinggi Malaysia
JARAK PERJALANAN : Lebih kurang 30 KM naik dan turun
PUNCAK KORBU : Pemandangan terhad sebab dikelilingi pokok-pokok renek, agak luas dan sesuai untuk camping serta cuaca sejuk.
PUNCAK GAYONG : Persekitarannya agak sempit, tak sesuai camping. Tak nampak pemandangan sekeliling pun sebab dibatasi dengan pokok-pokok renek yang tebal.
CUACA : Cuaca sepanjang trek SEDERHANA dan PANAS. Di kawasan kem pun agak panas, cuma malam sejuk. Di puncak Korbu dan Gayong memang dingin, sejuk dan sangat sejuk waktu malam.
CABARAN : 8/10. Cabarannya mantap dan pelbagai. Melalui denai, laluan sungai yang panjang dan merentasi sungai, trek berbukit dengan hutan tebal, kayu balak dan hutan buluh. Kemudian masuk hutan lumut, trek bukit curam 90 darjah, risiko bahaya tinggi, banyak lopak, selut terutama masa hujan. Melalui trek yang banyak akar kayu. Dikelilingi hutan bonsai dan hutan pokok renek. Meredah cuaca agak sejuk terutama trek Puncak Korbu - Puncak Gayong. Ada gak trek berbatu dan memerlukan tali dan tangga. Memang menguji fizikal, minda dan emosi.
TEMPOH PENDAKIAN : Kami bermula jam 12.30 tgh dari starting point dan sampai ke Kem Kijang 6.00 ptg ( 5 jam 30 minit). Dari Kem Kijang jam 7.00 pagi ke Puncak Gunung Korbu jam 12.30 tgh ( 5 jam 30 minit). Dari Puncak Korbu jam 1.00 tgh ke Puncak Gayong jam 4.00 ptg (3 jam)
Dari Puncak Gayong jam 4.30 ptg ke Kem Kijang jam 9.30 malam (5 jam perjalanan).
Masa kami turun, dari Kem Kijang jam 10 pagi ke Starting Point jam 3.00 ptg ( 5 jam perjalanan)
KEUNIKAN GUNUNG KORBU & GUNUNG GAYONG:
- Kita akan melalui HUTAN LUMUT, HUTAN BONSAI DAN HUTAN POKOK RENEK yang sangat menakjubkan
- Melalui sungai yang airnya DINGIN dan NYAMAN
- Boleh camping atas PUNCAK GUNUNG KORBU
- Perjalanan semasa hampir sampai ke Puncak Korbu dan perjalanan dari Puncak Korbu ke Puncak Gayong, saksikan pemandangan kiri kanan yang awesome
BERKUMPUL KAT : Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta. Kat area masjid ni senang nak sarapan sebab banyak warong-warong, jalan kaki je. Stesen minyak dan restoran pun dekat. Dari masjid ke starting point (Empangan), lebih kurang 15 minit perjalanan kereta.
PEMERIKSAAN JABATAN HUTAN & BIROKRASI: Pejabat berdekatan Pintu Pagar Empangan.
Nak naik KORGA memang kena buat permit di Pejabat Hutan Perak (Biasanya guide yang tolong buatkan). Kemudian kena beri senarai nama kat Pejabat Polis berdekatan. Kemudian, pejabat hutan akan check permit dan kad pengenalan serta senarai semak barang-barang yang kita nak bawak masa hiking. Kemudian baru la boleh masuk empangan dengan kebenaran Pejabat Hutan. Uhuuu...rumit gak birokrasinya nak masuk gunung ni.
STARTING POINT : Empangan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Dari pintu pagar empangan nak menuju starting point, perjalanan 20 minit kereta menggunakan jalan tar. Dulu, masa takde jalan tar, hikers kena jalan start kat pintu empangan sampai starting point, lebih kurang 2 - 3 jam gak.
Sambil drive, boleh layan tengok pemandangan cantik sekitar kawasan empangan, sungai, hutan-hutan penuh kehijauan dan penempatan kampung orang asli. Kereta boleh parking kat starting point.
KEKUATAN : 7 orang (Semua lelaki)
PAKEJ : 3 Hari 2 Malam
GUIDE : Nama sebenar : Mohd Fauzi Suhardi. Panggilan : Tawau (011-11874932), guide full time, boleh jadi guide mana-mana gunung di Malaysia kecuali Gunung Tahan, memang orang Sabah, sangat ramah, sangat membantu, sangat kuat, sangat laju dan pandai memasak.
HARGA PAKEJ : RM 150 seorang - permit, guide, chef, sarapan, makan tengahari, makan malam, fly and ground.
ITTENARY : HARI 1 & 2
7.00 pagi : Berkumpul di Masjid Ulu Kinta. Kami bersarapan kat warong sebelah masjid ni. Jalan kaki je. Ada 3-4 warong gak jual roti canai, nasi lemak, kuih muih dan sebagainya. Nasi berlauk takde pulak orang jual. So bungkus untuk lunch nasi goreng je.
8.00 pagi : Bertolak ke Empangan Sultan Azlan Shah. Lebih kurang 15-20 minit perjalanan naik kereta. Sampai-sampai je, geng-geng Jabatan Hutan dan ready untuk check permit, IC dan segala barang yang nak di bawa. Sangkut 5 orang, tidak dibenarkan daki gunung sebab tiada nama kat permit yang dipohon. Jabatan Hutan dengan tegas, hanya nama kat permit sahaja yang boleh masuk hutan. Banyak konflik dan emosi berlaku.
8.00 - 11.30 pagi : Masih tunggu dan tunggu dan mengharapkan sesuatu yang positif. Akhirnya team kami mengalah dan 5 orang terpaksa balik naik Grab Car.
11.30 pagi : Baki 7 orang meneruskan perjalanan masuk kawasan empangan, naik kereta ke Starting Point. Hampir 20 minit perjalanan, sampai ke Starting Point. Bagi-bagi ration, taklimat dari guide, senaman ringan dan bacaan doa.
12.30 tgh : Bermula masuk hutan. Permulaan trek sedikit mendatar, kawasan hutan bagi penduduk orang asli mencari petai, durian dan hasil hutan. Kemudian, bermulanya pendakian yang sedikit mencabar dengan melalui laluan tepi sungai yang agak deras dan menyeberangi sungai lebih kurang 6 kali atau mungkin lebih. Pertengahan jalan, rehat jap kat Kem Pacat. Memang banyak pacat kat laluan sungai ni terutama kalau laluan yang berair.
2.30 - 3.30 petang : Alhamdulillah sampai kat Air Terjun Sungai Terjun. Kami makan tengahari dulu, pastu solah Jamak Takdim dan mandi. Airnya sangat sejuk. Persekitarannya dingin dan cukup menenangkan fikiran. Hampir 40 minit berehat. Kami meneruskan perjalanan.
3.30 petang : Bermula la, mengerah tenaga untuk memanjat trek yang berbukit, banyak pokok berduri dan rimbunan buluh sepanjang perjalanan. Trek jelas dan hutan pun semakin tebal. Akhirnya sampai Bukit Penat dan rehat jap. Guide kata lepas ni kita akan naik Bukit Lagi Penat, so pendakian naik turun bukit yang lebih mencabar dan memenatkan.
5.00 petang : Sampai kat KEM SEROJA. woww..banyak khemah dan fly team lain. Sangat meriah. Kawasan kem ni, memang luas, boleh muat sekitar 80 orang, dekat dengan sungai dan tanahnya pun rata. Selesa sangat camping. Disebabkan masih awal, kami pun buat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke kem seterusnya lebih kurang 1 jam perjalanan. Macam biasa la, naik bukit turun bukit, trek pun biasa je, tidak mencabar sangat, hutan semakin tebal dan dikelilingi banyak gak pokok-pokok macam spesis keladi.

7.00 pagi : Lepas solah Subuh berjemaah dan sarapan. Kami pun meneruskan perjalanan. Kali ni beg berat letak kat kem je. Ringan le sikit. Macam biasa la. kami pun panjat bukit dengan kekuatan dan kesegaran yang baru.

12.30 tgh : Alhamdulillah sampai PUNCAK GUNUNG KORBU. Puncaknya luas dan ada orang camping pun. Pemandangan sekeliling terhad sebab dikelilingi pokok-pokok. Cuacanya wow....sejukkkkkkk...selesai ambik gambar dan makan tengahari, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Gayong pulak.
Cabaran trek ke Gunung Gayong pun tak kurang hebatnya. Landai, curam, berlopak, trek yang banyak akar. Cuma yang bestnya, pemandangan sepanjang trek dari Gunung Korbu ke Gunung Gayong memang Subhanallah....cantik sangatttt....hampir 90% hutan berlumut dan hutan bonsai serta renek. Kiri kanan trek boleh nampak pemandangan gunung-gunung sekitarnya. Kejap angin sejuk bertiup, kemudian tiba-tiba berkabus, berawan. Kami terserempak di atas langit, dekat sangat dengan kami, sekumpulan burung besar yang sedang terbang. Rasa macam kat Jurassic Park dan macam cerita Hobbit pun ada.
4.00 petang : Alhamdulillah sampai PUNCAK GUNUNG GAYONG. Baru 5 minit sampai, tiba-tiba hujan lebat dan cuaca pun jadi sangat sejukkkkkk... lepas 30 minit, kami pun turun kembali sebab cuaca yang tak mengizinkan. Trek pun semakin licin, berlopak dan berselut.
6.00 petang : Tiba di Puncak Gunung Korbu sekali lagi. Kali ni, puncak sangat sejukkkkkkk....sampai menggigil sebab hujan. Kami pun solah Jamak Takhir dulu. Kemudian sambung perjalanan. Sampai Puncak Chuban dah maghrib. Trek dah semakin teruk, licin sangat dan banyak selut dan lopak. So, kami redah je, kasut pun dah takde rupa kasut. Setelah melalui malam yang gelap dalam hutan. Alhamdulillah, kami sampai kat Kem Kijang, lebih kurang jam 9.30 malam.
HARI KE-3
Lebih kurang jam 10 pagi, kami pun bertolak pulang dengan trek yang sama. Lega sikit, sebab banyak turun bukit. Alhamdulillah sampai kat Starting Point jam 3.00 PETANG.
MORAL : Kepada hikers.... agar kita renung...kita mampu berjalan berbelas-belas jam...mengharungi malam pekat hutan dan segala cabaran yang sangat hebat. Tapi malangnya kami perhatikan ada hikers yang tak mampu nak SOLAH di dalam hutan walaupun ambik masa tak sampai 10 minit. uhuuuuuu...
TEMPAT BERKUMPUL MASJID BT 8 ULU KINTA. Boleh nampak Gunung Korbu dari masjid ni. Dapat le sembang-sembang dengan Wahid Senario
TENGAH CHECK PERMIT DAN BARANG KAT PEJABAT HUTAN
DAH SELESAI URUSAN DI PEJABAT JABATAN HUTAN. MASA UNTUK MASUK EMPANGAN
PENDAKIAN AWAL. LALUAN SUNGAI DAN SEBERANG SUNGAI
REHAT JAP KAT AIR TERJUN SUNGAI TERMIN. Boleh mandi-mandi kat sini
PENDAKIAN SETERUSNYA SAMPAI KE KEM SEROJA
PENDAKIAN FASA KE-3 : PERJALANAN KE KEM KIJANG pulak
PENDAKIAN FASA-4 : LAST WATER POINT, PUNCAK BOTAK & PUNCAK CHUBAN
FASA 5 : PERJALANAN DARI PUNCAK CHUBAN KE PUNCAK KORBU
PUNCAK KORBU : KE-2 TERTINGGI SEMENANJUNG MALAYSIA
PENDAKIAN FASA 6 : PERJALANAN DARI PUNCAK KORBU KE PUNCAK GAYONG
PUNCAK KORBU : KE-4 TERTINGGI SEMENANJUNG MALAYSIA
PENDAKIAN FASA 7 : VIEW AWESOME PERJALANAN TURUN DARI PUNCAK GAYONG
Assalamualaikum. Minta izin guna pengalaman untuk buat rujukan. Thnk you
ReplyDeleteterbaik...
DeleteSalam, Terbaik
ReplyDeleteSalam Encik Haizan,
ReplyDeleteMacam mana ya nak contact encik, saya nak minta izin untuk guna bebarapa keping gambar dalam blog ni untuk video pendek. Boleh saya dapatkan email Encik Haizan?
Bagusnya...
ReplyDelete