Februari 2019

Lokasi : Tasik Sri Murni, Jalan 1/3 A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (Dekat dengan Pasar Borong Selayang)
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum ditutup hingga 12.00 tgh malam)
Isnin dan Selasa : Ditutup
Tiket Dewasa : RM 13 Kanak-Kanak 4 - 12 tahun : RM 8
Tiket Cruise Dewasa : RM 10 Kanak-Kanak : RM 5
Jetty & Cruise dan Colourful Water Fountains
Pelayaran sekitar tasik sambil melihat pemandangan lampu, itik dan angsa yang sedang berenang. Selain itu, boleh lihat air pancut yang berwarna-warni di tengah-tengah tasik.
Sky Fountain
Kolam hiasan yang dihiasi lampu, ikan koi Jepun dan air pancut. Pelawat biasanya mengambil gambar di sini.
T-Rex Ring
Ada Tyrannosaurus yang sedang bergerak dan berketinggian 3.5 meter. Ala-ala Jurassic Park.
Magical Bridge
Kalau waktu malam memang cantik sebab dihiasi lampu.
Permainan Madagascar Carousel
Deer Yard, Bird Square, Ostrich Farm & Peacock House
Boleh bagi makan kat rusa, pengalaman yang best untuk anak-anak.
Duck Lagoon
Seronok tengok itik ni berkerumun dan mengejar makanan yang kita bagi.
Persembahan Bunga Api
Golden Waterfall
Air terjun emas yang panjangnya 115 meter. Port terbaik ambik gambar.
12 Zodiac Walkway & Boarwalk
Sepanjang laluan, ada 12 patung haiwan Zodiak yang merupakan kepercayaan kaum cina yang mana setiap tahun diwakili sejenis haiwan. Kemudian kita boleh berjalan-jalan di boardwalk sejauh 175 meter dan menyaksikan pemandangan tasik.
Bird Island & Snake House & Harchery Room
Buggy, Train, Duck Boat & Swan Boat
Pelbagai Arca LED
wah menarik... leh gi nanti
ReplyDelete