03 December, 2017

SKYTREX ADVENTURE MELAKA : Menguji Fizikal dan Mental tapi Best

NOVEMBER 2017

SKYTREX ADVENTURE MELAKA terletak di dalam kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh, dekat dengan Taman Burung, Muzium Lebah dan Melaka Wonderland. Kami team Kolej MARA Kuala Nerang seramai 33 orang buat tempahan melalui online di website www.skytrex-adventure.org. Tempahan melalui online dapat la harga seorang RM 65. Kalau beli tiket kat kaunter RM 70, cuma risikonya, takut tempahan penuh. 

Risiko kalau beli tiket secara online ni, kalau ada sapa-sapa yang tak boleh join, bayaran tak boleh mintak balik. Duit burnt. Nasihat diorang, kena cari pengganti, kalau sapa-sapa tak boleh join. Semasa kita buat tempahan online, ada ruangan 'add on' untuk sapa-sapa yang nak beli stokin, sarung tangan, mineral water, sijil dan sebagainya. Kami tak beli apa-apa 'add on' pun. Sediakan sendiri je. Sebarang masalah call 018-9075679

Satu lagi, paling penting, sebelum tempah pastikan BERAT tidak lebih 100 kg dan TINGGI tidak kurang 140 cm.Ada slot pagi dan petang. Kami ambik slot 9.00 pagi. Setiap slot dibenarkan maksimum 20 orang. Tapi disebabkan kami ramai, 33 orang dan satu team pulak tu, so semua mula 9 pagi. Mesti lengkap pakaian sukan.

Kami menginap satu malam di Taman Botanikal ni. Betul-betul sebelah Skytrex, so jalan kaki je. Harga satu malam RM 50 dan boleh muat 6 orang. Tilam single disediakan, tiada katil, tiada bantal dan tiada cadar. Tidur je kat lantai. Hanya ada satu kipas dinding sahaja. Siang dan malam sangat panas, berpeluh dibuatnya. Tandas kat luar, nak mandi pun kat luar, lebih kurang 50m jalan kaki. Waktu petang, nyamuk sangattttttt banyak. Tapak perkhemahan pun ada, kalau nak sewa. Hubungi Dangau Ilham Taman Botanikal Melaka : 017-6171379 (Puan Nazihah) atau 011-10109137 

Ada 3 level halangan yang disediakan iaitu :
1) Little Dino : Sesuai untuk kanak-kanak ni. Ada 11 halangan.

2) Pahlawan Thrill : Sesuai untuk intermediate. Ada lebih kurang 25 halangan

3) Extreme Warrior: Sesuai untuk Advance. Ada lebih kurang 37 halangan. Yeaaaaaaa... kami ambik pakej yang ni. Flying Fox pun ada 15 point. Lain-lain halangan seperti Ladder Up, Wood Step, Walking Cable, Cargo Net Up, Flying Swing, Rope Bridge, Floating Bridge, Zig Zag, Circle, The UFO, Sky Bike, Zig Zag, Trampoline dan sebagainya.

Sebelum mula, kami dimestikan isi borang dulu yang mengesahkan jika berlaku apa-apa risiko, pihak Skytrex tidak bertanggungjawab. Disebabkan pagi, hujan, so kami lewat sikit mula. Cuaca dah ok, kami pun pakai peralatan untuk skytrex. Kemudian ada taklimat cara-cara penggunaan peralatan di kabel. Kemudian buat practise sikit kat halangan yang mudah supaya kita boleh biasakan bagaimana menggunakan peralatan. 

Kemudian kami dibahagi-bahagikan kepada 6 orang untuk setiap instructor. Kemudian....lets gooooooo.....bermulanya cabaran Skytrex. Tempoh masa nak selesaikan semua halangan bergantung kepada kelajuan setiap kumpulan. Average dalam tempoh 2 - 3 jam. Memang agak memenatkan, berpeluh dan agak menyakitkan badan. Perlu kekuatan fizikal terutama kaki dan tangan. Apa-apa pun best dan mampu ubah diri kita ke arah yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment