07 December, 2016

BUKIT BROGA, SEMENYIH : Pemandangan Yang Menginsafkan

Disember 2016


Bukit Broga dengan ketinggian 400 meter dan terletak di Pekan Semenyih memang dah jadi tumpuan orang ramai untuk berekreasi, mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, menguji ketahanan dan keyakinan diri dan paling penting menginsafi dan mencari pengajaran atas penciptaan Allah. Tak kira, orang muda, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas, orang Malaysia, orang Putih, orang Arab, orang Asia Tenggara masing-masing teruja untuk sampai ke puncak untuk melihat keindahan yang menakjubkan.

Kami bermalam di Hotel Soho, Pekan Semenyih dengan harga bilik RM 85 untuk 2 orang duduk. Ini la hotel yang paling dekat dengan Bukit Broga sebab jimat masa, lebih kurang 10 minit dah sampai. Lepas subuh kami nak terus mendaki untuk nak tengok pemandangan waktu pagi ketika matahari terbit. Disebabkan kami pergi hari biasa, orang pun tak ramai dan tak yah nak bersesak-sesak untuk mendaki. Lepas bayar parking RM 3 kat kebun kelapa sawit ni, kami terus je mendaki, sebab teruja sangat, terlupa nak warm up. Masa kami mendaki masih lagi gelap dan tak ramai orang, cuaca pun Alhamdulillah baik, pendakian pun takde la mencabar sangat cuma perlu hati-hati gak sebab ada beberapa tempat yang curam. Peluh dan termengah-mengah gak nak sampai puncak dalam masa 30 minit.

Syukur, kami dapat sampai puncak dan berjaya menikmati pemandangan pagi ketika matahari terbit, masih lagi terasa kedinginan angin dengan angin yang bertiup perlahan, masih ada lagi kabus pagi dan gumpalan awan yang cukup indah, kehijauan pokok-pokok yang cukup indah dan batu-batu yang memutih dan bersinar bila terkena sinaran matahari. Cukup menginsafkan, mengasyikkan dan tak henti-henti bersyukur dan memuji Pencipta yang Maha Besar.
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment