01 August, 2012

BELI DI BAZAR RAMADHAN STADIUM MALAWATI, BERBUKA PUASA DI PADANG MBSA SHAH ALAM.......


JULAI 2012

Orang kata, BAZAR RAMADHAN STADIUM MALAWATI SHAH ALAM adalah antara yang terbesar dan terkenal di Selangor. Jadi, untuk mengetahui kebenarannya, saya dan family berusaha gak untuk sampai tempat ni.

Niat asal, nak peruntukkan bawah RM 15 je untuk beli makanan kat sini tapi akhirnya gagal sebab ADA BANYAKKKKK GERAI YANG MENJUAL MACAM-MACAM MAKANAN DAN MINUMAN. Rasanya semua makanan terkenal di Selangor ada di sini. Kalau nak beli Pecal tak yah nak pegi Tanjung Karang, kat sini ada... Kalau nak beli Burger Bakar yang terkenal, tak yah nak pegi Rawang, kat sini pun ada...Kalau nak beli cendol yang terkenal kat Klang, kat sini pun ada...Kalau nak beli soto terkenal di Kuala Selangor, kat sini pun ada gak....So semua ada kat sini...

Memang penat nak menghabiskan menengok ratusan gerai ni...Pastu nak menempuh lagi orang yang semakin ramai....Ditambah lagi dengan cahaya matahari yang terik... Tak tahu la nak beli apa..semuanya menarik..nafsu..nafsu..Akhirnya saya beli makanan dan minuman yang susah nak beli di tempat lain :
  • BURGER BAKAR RAWANG..saya beli burger jenis OMBAK RINDU. Siap kene tempah dulu tu sebab ramai orang..terpaksa tunggu dekat 40 minit baru siap.


            

  • KEBAB KAMBING, AYAM DAN DAGING yang dicucuk lidi beserta sayur-sayuran segar. Siap kene beratur panjang lagi tu..terkenal la kot...

 
  • PECAL SPECIAL TANJUNG KARANG...fresh...fresh...
  • POPIA BASAH
  • AIR BUAH MANGGA COKANAN...memang betul-betul cokanan bukan jus dalam botol tau...








Saya dan family, mengambil keputusan berbuka puasa di PADANG MBSA betul-betul berhadapan dengan Masjid Negeri Shah Alam...Boleh tahan gak ramai orang berbuka secara berkumpulan di sini yang beralaskan rumput hijau, beratapkan langit ,bercahayakan spotlight, bertemankan bangunan pencakar langit dan bermuzikkan alunan Al-Quran dan tazkirah dari Masjid.......

Saya tertanya-tanya kenapa tren sekarang orang-orang bandar suka buka puasa di kawasan terbuka, kenapa tak buka kat rumah !!!!!... Sekarang saya faham....perasaannya cukup berbeza berbanding di rumah...lebih tenang, pemikiran luas, tidak berserabut dan apa yang paling penting MENGUKUHKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM.....Tapi jangan sampai tak sempat SOLAH MAGHRIB sudah .....







2 comments:

  1. Hahaha... Dah jadi macam jalan2 cari makan dah... Best la... Tak penah dengar pom makanan macam tu..

    ReplyDelete
  2. berapa km perjalanan dri bazaar stadium ke padang MBSA?

    ReplyDelete