EAGLE RANCH RESORT
Kalau anda inginkan resort yang unik, lain dari yang lain dan penuh kreativiti dicadangkan menginap kat sini. Resort ini menggunakan konsep, suasana dan mood seperti perkampungan koboi. Bilik-bilik yang disediakan menyerupai seperti kereta kuda, khemah Red Indian, Kabin koboi dan sebagainya. Ada bilik untuk 2 orang, ada dorm yang boleh memuatkan lebih 10 orang dan ada rumah yang boleh memuatkan untuk keluarga yang besar. Kami teruja untuk menginap di bilik seperti kereta kuda dipanggil Bandwagon (bahagian atas). Ada 2 katil single, 2 orang untuk sarapan (lebih orang kena bayar), ada air-condition, ada kipas, TV dan siap ada loteng lagi tu. Agak luas & boleh duduk sampai 4-5 orang, tapi kena bawak toto sendiri. Di bawah ni kadar bilik setakat Disember 2015 :
Weekdays Weekend/Public & School Holiday
1) Paddock Chalet / Family Room : 250+ 290+
2) Eagle Terrace Suite 250+ 290+
3) Eagle Terrace 230+ 260+
4) Log Cabin 230+ 260+
5) Kampung House 210+ 240+
6) Bandwagon Upper 200+ 230+
7) Bandwagon Lower 180+ 210+
8) Tepee (khemah Red Indian) 118+ 149+
9) Log Dorm (20 orang) 30+ /bed 45+/bed
10)Paddock Dorm (9 orang) 30+ /bed 45+/bed
Alamat : Jalan Pantai, Port Dickson (06-6610495) (peta boleh check Waze)
Selain daripada duduk rehat-rehat, ada beberapa aktiviti berbayar yang kita boleh sertai seperti menembak guna senapang paintball, memanah, go-kart, naik kuda, mandi kat swimming pool (percuma), aktiviti team building dan sebagainya.
RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Rumah terbalik pertama di negeri sembilan ini terletak berhampiran dengan Politeknik PD dan Ostrich Farm. Tempat ni kat bangunan kedai 2 tingkat je. Tiket untuk dewasa RM 20 dan kanak-kanak RM 15, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi - 9 malam. Bukan setakat peralatan dan dekorasi yang terbalik, gambar-gambar 3D dan bangunan mini pun banyak dipamerkan.
OSTRICH FARM
tq for the info
ReplyDeleteBanyak gambar. Sy pon pernah smp sini. Best chalet ni. Xcrowded. Paling best sbb boleh parking smp depan pintu bilik. 😄
ReplyDelete