DISEMBER 2016
Sebenarnya banyak konsultan yang mengendalikan aktiviti ekstrim di Gopeng. Contohnya Nomad, Riverbug, Radak Adventure, Kem Bara Murni, My Gopeng Resort dan banyak lagi. Setelah buat survey secara terperinci kami pun pilih pakej RADAK ADVENTURE. Dengan 35 orang peserta, diorang kenakan RM 150 seorang untuk pakej
- CAVING GUA TEMPURUNG (LEVEL 3) dan WHITE WATER RAFTING SUNGAI KAMPAR
- MAKAN TENGAHARI & MINUM PETANG
- AIR MINUMAN BOTOL
- PERUNDING YANG BERPENGALAMAN, MAHIR DAN SIJIL YANG DIIKTIRAF
- TOPI KESELAMATAN & JAKET KESELAMATAN
- DAPAT SIJIL RADAK ADVENTURE
- GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
- PENGANGKUTAN LORI KE GUA TEMPURUNG & SUNGAI KAMPAR
Kadang-kadang tu risau gak bawak student ni sebab selain takde pengalaman, lelaki 10 orang je, 25 orang lagi perempuan. Boleh ke diorang ni. Tawakal je la. Setelah call Radak Adventure, diorang pun beri jaminan Insha Allah selamat dan diorang pun mengamalkan polisi 'Safety First' serta mempunyai perunding yang berkelayakan. So...apa lagi kita on je...
BUCKET LIST #1 : CAVING GUA TEMPURUNG








Gua Tempurung ada 5 kubah besar dengan syilingnya berbentuk seperti tempurung kelapa. Cukup menakjubkan bila masuk gua ni. Di sini memang dah disediakan tangga khas dan lampu spotlight yang mengindahkan lagi suasana gua. Jangan bimbang dengan kemudahan dalam gua ni sebab dah diiktiraf selamat oleh IKRAM. Follow je tangga tu sambil menikmati keindahan gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia sepanjang 1.9 km dan menghayati kehebatan ciptaan Allah yang wujud sejak 8,000 sebelum masihi lagi. Just hayati kejadian stalagmit dan stalaktit yang terbentuk melalui proses ribuan tahun dengan pelbagai bentuk yang menakjubkan dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kalau
ikut sejarah, ada dua peristiwa penting berkaitan Gua Tempurung iaitu
pernah dijadikan tempat persembunyian komunis sekitar 1950 - 1960 dan
tempat perlombongan bijih timah, buktinya ada tulisan cina lama yang
ditulis di batu sebagai memperingati aktiviti perlombongan.Kami
pun sampai ke penghujung tangga dan selesai Level 1. Bermulanya saat
penerokaan yang sangat mencabar dan menggerunkan. Nak masuk Level 3
& 4 perlukan jurupandu yang bertauliah, tak boleh pegi tanpa
pengawasan. Kalau nak rasa selamat, lebih baik guna pakej konsultant
seperti Radak Adventure sebab diorang sediakan topi keselamatan dan 3
jurupandu yang mengawasi keselamatan.
Boleh
tahan gak cabaran dalam gua ni. Terpaksa lalui jalan yang sempit,
melalui lubang kecil, sliding kat batu yang besar dan licin untuk sampai
ke bawah, melalui laluan yang sempit, melalui anak sungai dalam gua dan
memang confirm satu badan akan basah. Di pertengahan jalan, kami
berhenti jap untuk bertafakur. Semua orang tutup lampu dan senyap selama
1 minit. Perasaan yang cukup hebat dan tak mampu diungkap dengan
kata-kata, gelap yang sangat gelap, adakah begini suasana dalam
kubur.....
Setelah 1 jam 30 minit, kami pun selesai. Syukur semuanya selamat dan pengalaman yang sangat hebat.
BUCKET LIST #2 : WATER RAFTING SUNGAI KAMPAR
Setelah penat caving, kami pun makan tengahari (disediakan oleh Radak). Rehat jap, pastu jam 2.30 petang, kami bertolak naik lori ke Sungai Kampar. Kami diberi penerangan yang sangat lengkap dan jelas berkaitan keselamatan dan teknik untuk mengendalikan paddle dan segala situasi semasa dalam bot.
Tapi sebelum bermulanya water rafting. Semua orang kena buat water confident. ahhh saya failed part ni, banyak gak terminum air. Trauma gak sekejap.
Kami akan melalui lebih kurang 22 jeram yang berbeza sejauh 7 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Boleh tahan jauh tu. Meh tengok gambar part-part yang menakutkan tapi menyeronokkan...
Di pertengahan jalan, kami rehat jap untuk mandi-mandi, minum air dan ambik gambar.
Dah puas mandi kami pun meneruskan perhentian terakhir iaitu di kem Radak. So tamat la water rafting yang sangat mengujakan dan menguji kekuatan fizikal, mental dan emosi. Tawakal yang kuat mesti ada. Kena lawan perasaan takut dan kena ada prinsip 'never give up'. Sebagai kejayaan meneroka gua dan water rafting, kami diberi sijil sebagai kenang-kenangan.....memang best la...u all cuba la pulak....
bestnya....mmg teringin nak pergi...tq for the info... :-)
ReplyDeletehi..macamana nak hubungi radak tu ye..
ReplyDeletetaip je RADAK ADVENTURE...diaorang ada facebook n website
DeleteHi, i'm Ika, a travel agent. Interested in exploring Gua Tempurung, whatsapp me +6013-9663707 or email nooratikahn@gmail.com for any question. Tq 😉
ReplyDelete#tripjalanjalan