1 - 3 MEI 2015
Percutian ke Langkawi sempena cuti umum 4 hari ni sempena cuti pekerja dan wesak memang memberi pengalaman yang agak menggerunkan, merimaskan, memeluhkan, menguji kesabaran yang sangat tinggi dan kadang-kadang menakutkan. Mungkin kami bercuti di tempat dan masa yang salah. Tapi nak buat camne, kami dah lama tak cuti satu family, so nak tak nak, kami terpaksa redah je dan bertawakal. Kami tiba jam 8.00 pagi tapi orang dah terlalu ramai beratur beli tiket. Setelah lebih sejam beratur, akhirnya dapat la tiket feri jam 3.30 petang. Ada orang yang tak bernasib baik dapat tiket malam.Feri di Kuala Kedah dah penuh, jadi ramai orang bertumpu ke Jeti Kuala Perlis menyebabkan jalan semakin sesak dan semakin padat.
Cerita masa balik pulak....feri kami pukul 7.00 petang ari ahad. Bila sampai jeti Langkawi, saya sangat terkejut sebab orang terlalu..terlalu..ramai & terlalu..terlalu padat sehingga nak bergerak pun susah. Jalan raya terlalu sesak sehingga berbelas kilometer menuju ke jeti Langkawi. Bayangkan apabila kami sampai pukul 6.00 petang, rupa-rupanya tiket feri pukul 4.00 petang pun belum naik lagi. Bayangkan bila ribuan pengunjung tiket Kuala Perlis bertembung dengan ribuan tiket Kuala Kedah dan ratusan tiket Pulau Pinang menuju ke satu arah yang sama.
Memang sangat kesian dengan orang-orang tua yang tercungap-cungap, anak-anak kecil dan baby yang menangis tak henti-henti, orang-orang OKU yang mengharap belas kasihan tapi bila keadaan camtu, setengah orang dah takde perasaan hormat, dah takde perasaan kasihan, semua nafsi-nafsi dan bersifat individualistik, mula marah-marah, semakin emosional dan mula nak bergaduh, semuanya nak cepat masuk feri. Laluan masuk ke jeti dah sesak dan ribuan orang masih tersadai diluar. Keadaannya cukup...cukup.. panas, sehingga saya pun semakin sukar bernafas. Terima kasih kat pegawai kastam yang memberi keizinan untuk ibu mengandung, orang yang ada baby dan anak kecil untuk masuk pejabat diaorang.
Akhirnya, kami berjaya masuk feri pukul 8.45 malam. Dah takde sistem tiket, feri datang je, semua masuk je tak kira masa tiket pukul berapa. Feri kami pun bertolak, terasa kasihan yang amat sangat bila tengok di jeti, masih ribuan yang tak dapat masuk feri dengan perasaan yang marah dan kecewa. Bila terfikir hikmah disebalik pengalaman ni, teringat saya, mungkin Allah nak tunjuk sikit, camni la kot keadaan di Padang Mashar di mana ribuan tahun manusia menunggu dan bersesak-sesak menuju tempat penghakiman. Ini baru beberapa jam...Memang terasa keinsafan...
Sebenarnya kejadian camni jarang-jarang berlaku walaupun ada LIMA dan cuti sekolah, orang ramai, tapi orang masih boleh bergerak lagi. Tak tau la nak salahkan siapa, yang penting, pihak terlibat ambil pengajaran pada akan datang. Lepas ni saya kena berhati-hati pilih hari yang sesuai bila nak jalan-jalan ke Langkawi. Serik dah bersesak-sesak, bertolak-tolak dan berhimpit-himpit camni.
Sorry sebab awal-awal lagi dah meluahkan perasaan, kita lupakan pengalaman tu, jom kita pegi jalan-jalan Langkawi....Best...
ORIENTAL VILLAGE
Sementara beratur panjang menunggu beli tiket, lebih baik bagi anak-anak main belon dulu....
1) INTERACTIVE 3D ART MUSEUM
Rasa puas ambik gambar 3D kat sini sebab terbesar di Malaysia dan antara terbesar di dunia. Lokasinya di Oriental Village bersebelahan dengan kereta kabel. Kebanyakan lukisan 3D ni, dilukis selama 5 bulan oleh 23 orang pelukis profesional dan sangat pakar dari Korea yang umurnya sekitar 60 tahun dan dikatakan pelukis 3D generasi terakhir. Ada lebih 100 lukisan yang dibahagikan kepada beberapa zon seperti Akuatik, Safari, Klasik, Fantasi dan Malaysia. Lukisannya memang sangat kreatif, sangat cantik dan besar. Memang best tempat ni untuk ambik gambar.
2) ROLLER ORB
RM 10 seorang untuk 8 minit. Pastu cuba la berjalan atau berlari-lari dalam belon besar tu kat tasik. Boleh tahan penat melayan budak-budak ni...
3) MENAIKI KUDA
Bayaran seorang RM 15 dalam tempoh 10 minit. Pastu, jalan-jalan naik kuda sekitar Oriental Village.Sekejap sangat...tak puas...
4) LANGKAWI ELEPHANT ADVENTURES
UNDERWATER WORLD LANGKAWI
BIRD PARADISE & WILDLIFE PARK LANGKAWI
MARDI AGROTECHNOLOGY PARK LANGKAWI


LAKSA IKAN SEEKOR
Lokasinya di belakang Lapangan Terbang, tepi jalan dan tepi laut. Sambil makan laksa dengan air buah kelapa, kita dapat merasai angin laut dan nampak pulak kapal terbang Airasia dan Firefly nak berlepas dan mendarat. Dah la kuah laksanya sangat sedap, pastu suasananya pun menarik. Kena pergi lagi lepas ni...
mmg teringin nak naik gajah tu.. :)
ReplyDeletesalam..nk tanya brapa la bajet puan bwk fmly p langkawi baru2 ni...
ReplyDeletesaya memang dok plan nk bwk fmly 2016 ni...
agaknya, hari apa la sesuai utk holiday d langkawi ni( musim cuti sek, utk elak traffic jam)
sesiapa yang berminat untuk melancongan ke langkawi dan memerlukan kereta sewa bolehlah hubungi saya 0175693431 zainudin anita 01124119079
ReplyDeleteLasah, sedih bila tau cerita dia.. Diikat empat2 kaki pada waktu malam dalam keadaan berdiri..kdg2 saja duduk.. Hal ni tak semua tau, tapi kami wakil2 NGO, wakil SPCA tau.. Bulan lepas kami ada misi nak selamatkan Lasah tapi bukan senang2 mcmtu je nak masuk tempat tu dan ambil Lasah. Dekat Thailand lagi la, mereka guna kayu tajam utk suruh gajah berjalan.. So, no elephant riding for me..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDelete'JOM KE SABAH'...
Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah
Myvi Rm120 sehari
Saga RM120
Alza Rm150
Exora RM160
Avanza RM170
Innova Rm200
Urvan Rm250
Hubungi Raziman
0129600702 Whatsapp/call
Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam
Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari
Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
ReplyDelete-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM
Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388
Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385
Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389
Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387
Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381
Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386