05 December, 2010

MENYUSUR SUNGAI TERENGGANU : Memang Terserlah Keklasikannya...

NOVEMBER 2010


Terasa damai fikiran bila angin sungai Terengganu menerpa muka saya. TTI 'river cruise' terletak di sebelah Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal. Kembara sungai menggunakan bot tradisional lebih kurang 45 minit ni cukup klasik kerana kita boleh mengenali lebih dekat kehidupan dan aktiviti penduduk terutamanya nelayan di sepanjang sungai.



Perjalanan menyusuri Sungai Terengganu sepanjang 2.5 kilometer bermula di Jeti Tok Ku Paloh berhampiran Masjid Kristal dan kami dibawa melalui lebih 14 tempat menarik antaranya Muzium Negeri, Pulau Sekati, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pengkalan Keropok Lekor Losong. Kami juga melalui beberapa bangunan dan seni bina Terengganu seperti Jambatan Sultan Mahmud, Bazar Warisan, Kampung Cina, Pengkalan Keropok Losong dan Hotel Ri-Yaz Resort yang menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.


 
 
 Gambar di atas : Menaiki bot di Jeti Taman Tamadun Islam. Ala bayar sorang RM 10 je.Anak saya tak kena. Kebetulan masa ni mendung nak hujan, 'so' nampak cantik sikit pemandangan kebiru-biruan.

 
 
 
 
 Gambar di atas : Sepanjang menyusuri Sungai Terengganu, antaranya kami melalui Masjid kristal,Taman Tamadun Islam, Jeti Nelayan dan Muzium


 
  
Gambar di atas : Cantik tak pemandangan sekitar Sungai Terengganu. Kawasan paya bakau yang masih tak tercemar. Banyak lagi pokok nipah kat sungai ni.

 
       
Gambar di atas : Kami melalui di bawah Jambatan Kuala Terengganu-Kota Bharu. Selain itu, kami ditunjukkan satu-satunya Rumah Rakit yang didiami seorang nenek tua. Kami juga disajikan pemandangan gugusan-gugusan pulau, dengar cerita, ada dekat 6 pulau kecil kat Sungai Terengganu ni.Kami nampak kawasan pembuatan bot besar di Seberang Takir dan Pulau Duyong dan Resort yang menjadi penganjur 'Monsun Cup'.

 
 

 
 Gambar di atas : Tempat berlangsungnya Piala Monsun, Pulau Duyung. Pemandu pelancong tu kata resort ni 5 star.

Bandar tepi Sungai. Pasar Payang pun boleh nampak.

Pemandangan menarik sempat saya  'snap' kan

Abis dah...jom balik. Setelah lebih 30 minit menyusuri Sungai Terengganu

No comments:

Post a Comment