17-22 Mei 2013
Syukur, saya diberi peluang untuk mengikuti program motivasi di Sek. Keb. Kanibongan, Pitas Sabah bersama 14 orang pelajar cemerlang SPC UniKL. Di sini, tidak ada apa-apa yang menarik untuk dilawati tetapi saya akan berkongsi pengalaman tentang apa yang saya rasa berkenaan erti kehidupan, budaya, survival, perasaan, penderitaan, suka dan duka di Kanibongan, Sabah.
9.00 pagi, hari sabtu, kami pun bertolak. Sepanjang perjalanan, macam-macam pemandangan kami nikmati. sekejap melalui sawah padi, kejap ladang kelapa sawit, pastu naik bukit turun bukit, naik bukit turun bukit lagi, kemudian melalui kawasan hutan, tiba-tiba jalan pantai pulak, masuk pekan kecil, pastu masuk kawasan perkampungan dan akhirnya sampai juga ke Kanibongan, Pitas, Sabah mengambil masa 4 jam lebih.
Gambar : Pelajar sekolah menyambut kedatangan kami
Gambar : Satu-satunya bilik penginapan di sekitar sekolah ini. Satu Malam RM 50.Betul-betul tepi sungai dan lalu lalang bot.
Pencarian utama penduduk kampung ialah nelayan, sebab itu setiap rumah pasti ada pukat dan bau-bau hanyir yang menjadi rutin setiap hari. Jalan menghubungkan ke kampung lain, masih menggunakan jambatan gantung merentasi sungai yang dikatakan banyak buaya. Risikonya kehidupan mereka. Dah la setiap hari berhadapan risiko di sungai dan laut, kena pulak berhadapan dengan buaya.
Kami pun sampai di pintu pagar sekolah. Alamak...beberapa ekor anjing menjadi penyambut tetamu kami dengan muka yang bengis, mata yang merenung tajam dan menjerkah dengan salakan yang sedikit merimaskan kami. Takpe la, anjing tu tak kenal kami lagi.
Gambar : Asrama mereka
Kemudahan sekolah masih lagi serba kekurangan dan suasana sekolah pun kurang selesa. Bangunan sekolah dan asrama masih menggunakan tiang dan papan kayu, ada kelas yang ala-ala kabin, jalan-jalan di dalam sekolah ada yang rosak, tanah merah dan berlopak. Padang pun takde untuk bermain, koperasi pun kecil dan tiada perpustakaan sekolah. Rumah guru kurang sehinggakan pengetua sendiri terpaksa tidur di pejabat sekolah. Hebatnya pengorbanan pengetua sekolah ini. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran yang besar.
Makmal sains juga kurang lengkap, pelajar-pelajar ni belajar sains banyak melalui teori sahaja. Pelajar sekolah Menengah tak belajar pun matematik tambahan, fizik, biologi, kimia. Jadi diorang agak sukar untuk masuk Matrikulasi Perakaunan dan Sains. Diaorang hanya mengharapkan untuk sambung peringkat sijil atau diploma je. Elektrik pun tak stabil, kadang-kadang ok, kadang-kadang blackout. Bekalan air paip pun sama, kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. WALAUPUN KEHIDUPAN SEKOLAH MEREKA SERBA KEKURANGAN, SAYA DAPAT RASAKAN MEREKA SANGAT TABAH. HATI YANG KENTAL DAN TETAP BERSEMANGAT TINGGI MENERUSKAN PERJUANGAN. Sepatutnya kita yang belajar di sekolah yang selesa, kena bersyukur betul-betul.
Gambar : Aktiviti khidmat masyarakat menyediakan mini perpustakaan
Mereka sanggup meninggalkan kehidupan yang selesa semata-mata untuk berbakti kepada sekolah ini.Bila saya tanya "tak nak tukar Semenanjung ke". Mereka menjawab " terlalu kuat sentimental value di sini..kami dah rapat dengan pelajar-pelajar, semua cikgu dan orang kampung". Hebat...hebat semoga Allah memberi rahmat, keberkatan dan pahala yang besar kepada guru-guru ini.
Saya pun ada bertanya beberapa orang pelajar sekolah Menengah. Mereka cukup bermotivasi untuk menjadi manusia yang berjaya dan mengubah kehidupan mereka yang hidup miskin dan serba kekurangan. Ada pelajar-pelajar ni yang kampungnya masih tiada bekalan elektrik dan air. Mengharapkan air hujan dan generator elektrik. Ada pelajar yang menangis, bila dia memberitahu kepada kami yang dia tiada kad pengenalan disebabkan perkahwinan campur.
Gambar : Aktiviti yang kami jalankan
Mereka tiada tuisyen. Buku-buku rujukan pun kurang. Mereka kurang mendapat program motivasi sehinggakan mereka mengatakan, kami adalah orang luar yang pertama menjalankan program motivasi di sekolah ini. Saya sangat bersimpati dengan semua pelajar ini. Kami sempat berpesan pada hari terakhir yang penuh sayu dan beremosi "PELAJAR-PELAJAR SEKALIAN, KITA TIADA WANG RINGGIT YANG BANYAK, KITA TIADA RUMAH YANG ELOK, KITA TIADA TANAH, KITA TIADA APA-APA HARTA NAMUN KITA MASIH ADA SATU HARTA YANG SANGAT-SANGAT BERNILAI IAITU ILMU YANG MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KITA PADA MASA HADAPAN. BELAJAR LAH BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR MENJADI ORANG YANG HEBAT PADA MASA HADAPAN. JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DAN JANGAN SESEKALI MENYERAH KALAH DAN TERUS BERJUANG MENJADI ORANG YANG BERJAYA."entah bila ke sini lagi.....[Teringat bila pelajar-pelajar ni nyanyi ramai-ramai lagu Happy Birthday untuk saya semasa di dalam dewan.]
الله اكبر
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak tuan dan pasukan motivasi tuan datang memberi motivasi yang begitu berharga dan amat bermakna kepada pelajar kami di SK dan SMK Kanibongan Pitas pada tahun 2013.
uhuuu..terima kasih cikgu...kami masih menjalankan projek motivasi sekolah luar bandar tanpa bayaran seluruh Malaysia... Insha Allah team sy sanggup berkongsi ilmu dan semangat kepada mana-mana sekolah... Whatsaap sy : Haizan, 019-4198523
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInshaAllah cikgu...ada rezeki boleh sampai kat situ
DeleteUtk makluman admin.. Pas lawatan bkn dikeluarkn kastam tetapi imegresen.. Kastam Tanya control barang sahaja
ReplyDeleteIzinkan sy share Ye tuan😊
ReplyDeleteUpdate 2024 tiada ke?
ReplyDelete